Sunday, April 5, 2015

11 Kebaikan Teh Hijau Yang Kamu Tidak Tahu

Teh hijau pilihanku

Teh hijau dah lama wujud di dunia ni. Teh hijau bukan sekadar minuman biasa tapi mempunyai banyak khasiat selain daripada menjaga berat badan dan membantu menyingkirkan toksin dari badan. Seperti yang yang tercatat di laman www.lifehack.org.
Inilah sebahagian daripada kebaikan teh hijau. Sebahagian kebaikan masih lagi menjadi perdebatan, jadi jalankan kajian sendiri jika berhasrat untuk menjadikan teh hijau sebagai bahan perubatan.
  1. Turunkan berat badan - Polyfenol di dalam the hijau bertindak dengan meningkatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan tahap penukaran makanan kepada kalori.
  2. Diabetes – teh hijau membantu mengawal tahap glukosa seterusnya memperlahankan kadar kenaikan gula dalam darah selepas makan.  Proses ini mencegah kadar pengeluaran insulin mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.
  3. Penyakit Jantung – saintis percaya, teh hijau bermanfaat kepada lapisan di dalam salur darah, membantu ia stabil dan mampu bertahan dengan perubahan tekanan darah.  Ia juga melindungi salur darah daripada tersumbat yang merupakan punca utama serangan jantung.
  4. Kanser Esofagus – teh hijau menurunkan risiko kanser esofagus, juga dipercayai membunuh sel kanser yang lain tanpa merosakkan sel –sel yang sihat di sekelilingya.
  5. Kolestrol – teh hijau menurunkan paras LDL dalam darah and menaikkan nisbah HDL berbanding LDL.
  6. Alzheimer dan Parkinson – teh hijau dikatakan melewatkan penyusutan fungsi otak yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak daripada rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.
  7. Gigi reput – kajian mencadangkan senyawa kimia "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan  jangkitan tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
  8. Tekanan darah – pengambilan berterusan dikatakan boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  9. Kemurungan – Theanine merupakan asid amino semulajadi dalam daun teh. Bahan ini dikatakan memberi perasaan tenang dan santai dan bermanfaat kepada orang yang menikmatinya.
  10. Anti virus dan anti bakteria – catechin dalam teh adalah agen anti bakteria dan anti virus sangat efektif merawat jangkitan daripada selsema hingga kanser. Sesetengah kajian menunjukkan teh hijau menghalang penularan penyakit.
  11. Penjagaan kulit – teh hijau juga membantu melewatkan kewujudan kedut dan tanda penuaan. Ini kerana ciri anti oksida dan anti radang didalamnya. Kajian ke atas manusia dan haiwan menunjukkan aplikasi luaran boleh mengurangkan kerosakan kulit akibat terdedah kepada matahari.

No comments: