Sunday, April 26, 2015

14 Tip menghindar serangan asma pada anak kecil

Bila anak tak sihat, ibu bapa tertekan anak lebih tertekan sebab tak tahu nak express kesakitannya. Gambar semasa Darrien admitted kali kedua.
Darrien mewarisi asma. Setakat ni dia dah 2 kali bermalam di hospital. Sejak daripada tu kami tumpukan pada pencegahan berbanding rawatan. Tambahan, semakin besar budak, semakin bertambah kekuatan sistem imunnya. Tu yang semakin jarang kena. Setakat ni langkah-langkah yang aku senaraikan ni berkesan terhadap Darrien untuk elak tanda awal seperti selsema dan batuk.

Tip yang aku nak bagi lebih kepada pencegahan dari serangan asma bukan merawat. Bagus jugak di jadikan panduan untuk elak anak sakit ringan seperti demam, selsema dan batuk ringan.

1. Masakan – kerapkan penggunaan herba seperti bawang putih dan halia dalam masakan kerana herba seperti ini antivirus, antibakteria, meningkatkan imunisasi dan boleh mencairkan kahak. Aku masak apa pun selagi relevan aku masukkan je bawang putih atau halia.

2. Kurangkan makanan berminyak – kawan aku pernah tegur aku makan keropok ikan masa tengah batuk, dia cakap kalau ikut perubatan Cina tak elok makan makanan yang berminyak nanti batuk lambat baik. So, aku pun kawal Darrien daripada makanan yang berminyak. 

3. Elakkan minuman sejuk/berais – sekali sekala masa dia sihat aku benarkan minum tapi kalau ada tanda batuk dan selsema satu family dilarang minum. Kat rumah pun memang takde air masak/manis simpan dalam esbok.

4. Minyak bawang putih – ini first aid kat rumah, kalau ada sikit hingus meleleh atau batuk je terus aku buat minyak ni dan lumur kat badan dia. Nasib baik Darrien tak tolak bila lumur minyak ni, dia siap cubit-cubit bawang putih tu letak kat perut dia. 

5. Minyak Batooka – minyak ni pertama kali diperkenalkan oleh seorang doktor kat Ulu Kelang. Sekarang dah simpan stok kat rumah. Kenapa? Sebab minyak ni berkesan untuk bantu melegakan pernafasan. Aku tau sebab masa aku selsema hidung tersumbat pakai minyak ni je, senang hidung nak bernafas. Rasa macam lubang pernafasan aku di buka semula. 

6. Mandi air suam – kalau ada tanda, pagi petang Darrien mandi air suam. Walaupun dia dah besar tetap mandi air suam. Gigih masak air setiap kali nak mandikan dia. 

7. Gunakan garam bukit dalam air mandian – ni sebagai salah satu usaha sebab aku ada terbaca pasal kebaikan garam bukit. Salah satunya meningkatkan sistem imun.

8. Minum air suam – bancuh susu dengan air suam. Lagi bagus kalau air kosong pun suam jugak.

9. Kismis sebagai snek – ni antara snek harian Darrien. Kismis bagus untuk memutuskan kahak. Madu je belum mula sebab pernah bagi dia luah. Mungkin tak dapat terima kemanisan madu masa tu. Nanti cuba lagi.

10. Scott Emulsion – Darrien suka sangat main air. Jadi aku bagi minum Scott hari-hari. Minyak ikan bagus untuk orang yang ada asma. 

11. Elak terlalu letih – ni aku pun tak reti apa hubungan dia dengan asma. Tapi aku perhatikan Darrien kalau terlebih letih macam senang kena serang batuk dan selsema. Contohnya macam perjalanan balik kampung yang panjang. Badan dia letih. Senang jatuh sakit. Ubatnya, pastikan dia cukup rehat je la. Aktiviti pulak tak boleh terlalu aktif. Kiranya kena bagi dia masa sesuaikan diri dulu baru boleh kitorang ligat nak berjalan.

12. Bersihkan rumah secara sistematik - walaupun habuk bukan punca utama untuk Darrien selsema kami tetap kawal kebersihan dalam rumah. Paling tidak seminggu sekali vacuum dan mop. Cadar memang standard la seminggu sekali tukar dan cuci.

13. Pakaian yang kering dan selesa - Darrien kalau makan atau minum kotorkan baju memang tak sah. Jangan sesekali biarkan anak dengan baju yang lembab. Dada anak-anak yang ada asma sensitif. Tukarkan bajunya walau semalam dia tukar 3 kali.

14. Nebulizer – kalau terdapat tanda yang berat, terus kitorang neb dia. Mesin ni memang beli sebagai langkah berjaga-jaga untuk kawal keadaan dia. Ini untuk elakkan keadaan dia lebih teruk atau bantuan awal sebelum sampai hospital. Kalau kurang kami pantau je kalau masih sama terus la ke hospital.

Ni cuma pengalaman aku menguruskan Darrien. Tips untuk elak serangan adalah tidak terhad sebenarnya. Cuma ini amalan aku setakat ni. Ada jugak aku baca orang bagi anak minum susu kambing. Bagus jugak tu, mungkin aku boleh cuba bagi Darrien minum. Paling penting lebih awal kesan alahan anak lebih bagus. Dapat la mulakan langkah pencegahan yang lebih spesifik.

Darrien pantang dengan sejuk tapi tak boleh terlebih panas sebab dia ada eczema.  Kena pandai-pandai kawal. Tentang kucing pulak, aku tak halang sangat dia nak main sebab setakat ni penyakit dia tak bereaksi dengan bulu kucing tapi bila dah puas dia main kami cuci kaki tangan dia. Takpun mandi terus.

P/s: ini adalah daripada pengalaman aku semata-mata bukan dari pandangan profesional. Sila rujuk pada yang pakar untuk maklumat yang lebih tepat.

Selamat Hari Lahir Anakku Sayang


gambar lama, botak kali ke-3

Sempena umur Darrien masuk 2 tahun ni…mama terasa nak menulis pasal Darrien pulak. Darrien sekarang dah pandai menari, bukan tarian balet tapi buat aksi bila mama dedi menyanyi nursery rhymes. Kat dalam kereta tugas mama menyanyi je tugas dedi drive, menyanyi  dan menari kalau tak buat terus kena sound “Diiiiii………”. Kalau dia taknak dengar satu satu lagu tu, cepat je dia geleng kepala sambil  cakap “nanak..nanak..nanaaaakkkkk…..”. Bila dengar qasidah pak Habib pun dia dah rajin bukak mulut..sambil dengar qasidah dalam kete kejap lagi keluar dari mulut dia “Allah”la, “Muhammad” la…walaupun sebutan dia belum jelas sangat tapi bolehla….dalam kete kalau dah pasang qasidah atau zikir jangan harap boleh tukar pegi radio..mengadap la 4 jam qasidah tu ulang-ulang tapi boleh tukar kalau lagu Barney and Friends.

‘Baba, bubu, ata, ata’
Minum teh cina

Sebelum terlupa, hari tu mama Zie cakap Darrien tak tido petang mama pun bagi la minum susu awal sikit. Lepas minum susu terus mama ajak masuk bilik. Darrien pun panggil daddy, “Di, tup, do”(Daddy tutup tv, tido) lepas tu kita baring sama-sama kat tilam…tak sampai 5 minit lepas tu Darrien menyanyi “baba, bubu, ata ata” dan seterusnya. Mula-mula mama daddy diam je lepas 2 round Darrien buat macam tu terus kami berdua pecah gelak. Nasib baik lepas setengah jam Darrien tido jugak dapat la mama lipat kain daddy pulak dah lena dulu.
Big boy, suap sendiri

Darrien suka makan mee, nasi kering goreng yang embah buat, berjalan memang nombor satu asal nampak mama bersiap je mula la tunjuk muka suka kehulu kehilir mengekor mama takut kena tinggal. Masa ni cium bontot pun takpe…yang penting dekat dengan mama. Baju kegemaran pun dah ada suka sangat baju yang ada gambar bas, traktor tu sampai baju dalam bakul kain kotor pun Darrien ambil nak sarung. Kalau order teh Cina kat kedai dia pun sibuk ikut minum jugak.

‘Tutu’
Main alligator vs ......

Darrien tengah berusaha nak cakap sekarang. Semua perkataan 2 suku kata jadi separuh rabbit - bit, nyamuk – mok, lizard – zerd, cat-tat, star-tar, mama-ma, daddy-di, air-i, abang-bang, adik-dik. Dog, cow, crane, truck, car, bus je betul setakat ni. Ahaa… ada satu perkataan 2 suku kata dia pandai sebut ‘turtle’ tapi cara dia sebut unik sikitlah…dia sebut ‘tutu’. Membebel ikut mood dia, bila dia happy sangat banyak la dia bebel, kalau tak keluar suara meraung je. Acik Nurin dengan Acik Dina sebelah rumah pun pandai panggil dah….nampak je…’cik yin’, kejap lagi ‘cik na’…dah la buat suara tu lemah lembut je….macam nak mengorat pun ada. ..kalau panggil mama bukan main kasar lagi…terkejut mama…

‘Maceh’ 

Cakkkkk....aaaaaa....

Kalau bagi atau terima barang dari dia sekarang bukan main bersopan lagi cakap terima kasih…ahaha…first time dengar nak ketawa sebab kecik and lembut je suara dia…tapi balas jugak la ‘sama-sama’ kat dia. Ohoiiii….sejuk hati mama asal bagi botol susu je ‘maceh’, bagi remote tv ‘maceh’ n blablabla….kalau nak marah pun tak jadi.

‘Ma, tut’
Dia tunjuk je, kita kena cakap

Kalau nak kentut, tak boleh kentut depan dia ok…nanti dia tegur…kalau aku yang terkentut sesaat lepas tu keluar dari mulut dia ‘haaa….ma tut’, kalau dia sendiri yang kentut pun dia akan highlight jugak ‘ermmm….tut’. hahaha……..harapnya jangan semua orang kentut kalau dia dengar dia tegur. Dah la pegi kemana-mana sekarang ni tak kira Melayu, Cina, India, Nepal, Arab, Korea semua dia nak ‘hi’ dan ‘bye’. Tapi bila orang bagi response ‘hi, how are you?’ terus diam.
Mmmuuuahhhh!!!!

Ni minggu ni, mama dapat mc 4 hari….syokla dia tak pegi rumah mama Zie selang sehari..sebab mama masuk office setengah hari setiap hari yang berselang tu. Good boy sangat, waktu tido dia tido, suruh minum susu dia minum sampai habis, makan banyak, mama masak dia tak kacau tunggu kat depan peti ais je. mama mandi dia tengok barney sambil makan waffle. Petang keluar main lepas minum petang. Pegi shopping kat aeon big pun elok je stay dalam troli. Pagi petang bagi kucing makan. Kelakar kalau tengok dia suruh kucing makan…macam la kucing tu paham….’cat, eat…tu (sambil jari tunjuk makanan kucing, yang kucing plak dok sondol2 dia)’. Heaven sangat la tu, dapat berkepit bersama. Tapi rumah….nauzubillah……sabo je la…semua toy dia keluar. Takpe…mama kasi can, bukan selalu.


My hero
Pagi-pagi hujung minggu kalau bangun mesti cari mama dulu lepas tu depang tangan luas-luas lari dekat mama. Mesti ‘morning hug’ dulu untuk mulakan hari. Dah jadi rutin pulak. Kalau celik mata mama ada lagi kat sebelah mesti senyum lebar je. Balik keje pun ambik kat rumah baby sitter peluk jugak, lepas tu sambung main. Kat rumah hari-hari main ‘hide n seek’ kat belakang langsir, dalam dan luar bilik. Main buaya kat katil. Dah pasti la buaya tu mama.
 
Selamat hari lahir sayangku Darrien Rahman.

Thursday, April 23, 2015

Trip 2 hari 1 malam ke Melaka


Trip 2 hari 1 malam ke Melaka dengan bajet paling minimum. Kitorang pegi Melaka sebab Zizi kena beli barang dari supplier cepat. Tak sempat nak tunggu kurier hantar. Tapi alang-alang dah sampai sana takkanla nak balik terus. Baik habiskan masa bersama-sama family round Melaka dulu. Last kitorang datang Melaka masa aku pregnant 5 bulan. Sekarang Darrien dah keluar dari perut…dah dekat 2 tahun pun. Eloklah jalan-jalan dulu.

Orang kata sambil menyelam minum air, ni sambil tunggu berak dulu.
Gerak dari rumah pukul 10.30 pagi lewat 2 jam dari plan asal. Sampai kat tempat supplier pukul 12.30 tengah hari. Urusan Zizi selesai pukul 1 lebih. Dalam pada tu sempat lagi Darrien melepas. Lepas tu  terus ajak pi tempat makan. Dah lewat dari Darrien punya timetable nanti masuk angin pulak perut dia. 

Tunggu daddy, boring ahhh....main askar masuk bawah meja lagi best.
Lepas makan kitorang bincang nak overnight atau nak balik. Zizi cakap nak pegi naik Melaka cruise dan nak naik Menara Taming Sari. Tempat lain tu tak payah la sebab dah pernah pegi.

Nak turunnnnnnn......pasir tu macam best!
Ni pun sebab bawak Darrien nak bagi dia seronok berjalan. Nak balik malam sikit. Biar puas berjalan kalau nak baliklah. Dah dia kata nak balik lewat sikit aku pun request bilik biar dapat berehat, mandi and solat. Takkan la nak mandikan Darrien pukul 11 malam kot….

Kagum tengok laut
So petang tu kita pegi kat pantai dulu….minum petang dan nak tunjuk Darrien tahu apa tu laut. Kitorang keep pointing finger kat kapal dan tiap kali sebut “ship” Darrien akan buat bunyi “mmmbeekkkkk” sebab dia ingat kita cakap “sheep”. Huhuhu……bertabahla…..

Darrien: Tak kenal dia ni, apsal datang dekat-dekat ni?
Round tanya bilik yang paling murah kitorang jumpa kat Hotel 906. Try tanya hourly rate tapi diorang tak offer weekend. Takpela sebab RM85nett je kita ambik je la..tido ke tak tak kisah. Yang penting dapat rehat dan bersihkan badan. Takla panas dok dalam kete je. 

1st time rasa air laut and pijak pasir...sekali datang ombak terus jerit.
So, lepas check in. rehat jap, mandi, solat kitorang keluar balik. Bagus water pressure hotel ni siap ada water heater lagi, bilik walaupun kecik kemas dan bersih…berbaloi sangat bayar RM85.

Darrien: Wow....weekend minggu ni lain la....I is happy!!!
Pegi makan, lepas tu terus try ke kaunter Menara Taming Sari. Darrien pun nampak macam berminat je bila dia tengok benda tu naik ke atas. Syukur kat takyah berbaris kat kaunter beli tiket tak lama lepas tu terus masuk dan naik atas. Kitorang cuak jugak kalau-kalau Darrien jerit ke. Rupa-rupanya dia pun sangat enjoy. Bagus…tak takut tempat tinggi budak ni. Oh ya…kat sini local adult tiket RM15, local child bawah 12 tahun RM10 je.
Famfie...

Turun dari menara kita pegi Melaka River Cruise pulak. Kitorang jalan je ke jeti tu sebab Darrien tak minat kat beca yang berlambak tu…tapi Darrien dalam perut ke luar perut ke mama jugak kena carry…..apa ni Darrien???

Ajak bergambar mau je...
Kalau mama tau macam ni baik mama buat semua masa Darrien dalam perut je….tak la lenguh lengan mama ni….bawa dalam perut ringan sikit. Tiket as of April 2015 adalah RM16 untuk dewasa. Darrien bawah 2 tahun (heheheeee….seminggu je lagi dia nak masuk 2 tahun…nasib baikkkkk) tak kena bayar. 

Sikit je dia makan ada la dalam 10%...kat tempat river cruise dia benam gula-gula dalam pasu terus aku buang.
Dalam bot tu, ada sorang budak perempuan tolong entertain Darrien. Dia bawak bubble pistol tu tiup direct kat Darrien….syok la anak aku main bubble memang kegemaran dia….bagus…bagus…Darrien pun behave je…tak merayau dalam bot sambil menikmati percikan air sungai…nasib baik malam, tak nampak kaler air tu.
Ni kat depan sekali, terpercik air sungai banyak gila...balik bilik lap muka, kaki, tangan n tukar baju.
Lepas cruise, kita decide balik bilik je dan tido. Esok je la balik rumah. Kaki dengan badan pun dah penat. Kalau Darrien terlampau tak boleh tido baru kita balik. 

Check out pukul 7pagi.
Malam tu, dia boleh tido tapi esok paginya dia bangun pukul 5 pagi…huhuhu….lepas sembahyang subuh, kemas barang kitorang check out around 7pagi. Lepas breakfast kita balik rumah……….habis dah trip.
Sambil breakfast main anak kucing

Berapa bajet?

Ni kiraan kasar 

Minyak pergi balik (Shah Alam – Melaka)   - RM70

Tol (keluar kat Spg Ampat)                          - RM 31 (return)                            

Makan                                                           - RM 72 (lunch, dinner & breakfast)

Menara                                                          - RM 40

River cruise                                                   - RM 32

Bilik hotel                                                      - RM85

Total                                                               - RM258

Tu je la. Jajan apa semua tu nasib baik tak beli sebab naik menara n cruise tu dapat bahulu, biskut dan air kosong dan air kotak. Dah jimat kat situ tak perlu nak beli air mineral untuk minum. Ni kan unexpected trip tak boleh simply belanja sebab tarikh gaji lambat lagi…hehee….
Darrien: Lama sangat ke check out process daddy?

Wednesday, April 22, 2015

Sabun Chandrika atasi masalah ekzema


Darrien sejak baby ada masalah kulit. Tak boleh panas sangat, tak boleh terdedah dekat habuk dan tak boleh pakai sabun wangi. Biasa kulit baby lembut je tapi kulit badan dia kasar dan kering. Pipi dia lagila...merah dan mengelupas je....petua orang bagi takyah cakapla...sampai tahap merepek x masuk akal pun ada. Dah bagi pakai sabun murah, sabun mahal tapi kulit dia tetap kasar especially kat betis dengan paha, yang sesuai terlebih mahal sampai tak mampu nak beli. Senang cakap dia ada masalah ekzema.

Nasib baik masa dia umur 6 bulan kalau tak silap ada sepupu cadangkan sabun ni kat kami. Anak dia pun ada masalah kulit yang sama. Sensitif. Kami pun cubala bagi Darrien pakai. Tak harap apa pun asalkan x memburukkan keadaan dah la. Tapi lepas 3 hari pakai. Ok la pulak kulit dia. Eh, bagus ni. Dapat la jimat duit beli sabun berpelembab yang harga tak masuk akal tu. Bukan la nak kedekut dengan anak sendiri cuma kalau ada alternatif yang baik dan menjimatkan apa salahnya kan? Kalau ada duit lebih boleh guna untuk barang lain pulak.

Sabun ni kami bekalkan kat rumah pengasuh jugak. Sekali pengasuh sabunkan semua anak yang dia bela dengan sabun yang sama. Budak- budak kat rumah dia semua bebas masalah kulit gatal. Keluarga pengasuh dia pun pakai sabun sama. Especially kalau rasa miang atau gatal-gatal. Anak-anak dia pun ada ekzema. Budak-budak kan kalau main berpeluh-peluh tu apa lagi, menggaru je la kerjanya. Ada sabun ni mak diorang lega sangat.

Baru-baru ni borak dengan jiran sebelah dia bagi tahu anak dia mandi tak guna sabun sebab kulit sensitif dan ada ekzema. Kalau nak pakaikan sabun kena pakai yang mahal. Lepas tu bagi la seketul kat jiran tu. Lepas seminggu dia cakap sekarang bukan anak dia je yang pakai,dia sendiri pun pakai sabun tu. Berkesan la tu sampai dia pun guna sabun tu.

Untuk orang yang ada masalah sama tapi nak konsisten pakai sabun yang mahal rasa kurang mampu sebab kos sara hidup sekarang makin tinggi, cubala sabun Chandrika ni. Harga sabun ni sebelum GST RM1.70 je. Biasanya kami beli kat 99 Speedmart je. Sekarang naik sikit kot. Tapi rasanya masih dalam kemampuan membeli.


Sunday, April 19, 2015

Happy birthday to dear Daddy (and hubby too) !!!

Gambar dari Berry's Bakery website. Beli kek ni tapi topping blueberry sauce...the real kek daddy tak sempat snap. 






We’re soooooooooooooo happy Jumaat lepas!!! Adakah ayat dapat itu menggambarkan seluruh kegembiraan kami? Mestila tak……sini aku nak cite. 

Sabtu lepas ialah hari ulangtahun kelahiran Zizi. Malam tu pukul 12++ kami bagi kejutan birthday song dengan kek. Mula-mula pasrah je kalau Darrien tetido….tapi lepas pukul 12 pun mata dia segar je….macam tau je mama ada plan nih……

Oh, mula dengan balik keje plan nak beli kek….dah borak dengan Darrien kita skip pegi beli kek dulu baru balik rumah. Tup-tup kat roundabout nampak kete daddy kat depan….takpe…daddy selalu tak alert pun…even kalau kete mama lalu sebelah dia pun dia selalu tak perasan. Tengok-tengok daddy pusing pukul 3 jugak…good…maknanya daddy belum beli dinner la tuh…bagus sebab kalau dia pegi beli dinner mesti kami akan sampai rumah dulu jugak…kita beli kek kejap je. 

Lucky sebab Darrien was very helpful….dia tak buat perangai pun kat bakeshop. Jumaat malam tu jiran jemput kenduri doa selamat kat rumah. Ok, kek kita biar dalam kete nanti masa kenduri balik kejap seludup kek masuk dalam rumah. Takut bawak awal daddy buka esbok pulak.

Kek berjaya di seludup….kami balik kenduri awal sikit. Daddy balik kemudian. Malam tu lepak kat bilik je dengan Darrien kalau dia nak tido. Tapi sampai pukul 12 lebih dia tak tido…..daddy pulak dah mula tido…….ok lah...jom Darrien nyalakan lilin…..tapi esbok terbuka skit….daddy ada buka esbok kot….ahhhh…tak kisah la pecah rahsia pun…

Darrien semangat sangat tengok mama nyalakan lilin…"api..api..api.."dia cakap…bila masa dia belajar xtau lah. Lepas tu gigih sebelah tangan bawak kek sebelah lagi pegang Darrien. Jap lagi kita tutup lampu. 

Lepas tutup lampu baru la cantik kek dengan lilin terpasang……kejut daddy suruh bangun….Darrien pun tolong kejut jugak….”Daddy….diiiiii….” sambil tangan dia tepuk-tepuk daddy. Lepas tu jerit happy birthday sama-sama. Yeayyy! 

Kita nyanyi birthday song….mama paling tak sangka masa ni la…mama pun dapat surprise jugak sebab mama ingat Darrien akan jadi tukang tepuk tangan je. Rupanya Darrien pun nyanyi birthday song jugak sama-sama dengan mama untuk daddy…...mama tak pernah ajar pun sebelum ni…Darrien cuma tengok video anak kawan mama je sekali sekala…rupanya Darrien ada angan-angan jugak yeeee….takpe next week kita organize untuk Darrien pulak. 

Sebenarnya bawak kek wish dekat daddy tu bukanla benda baru…tahun lepas pun mama buat jugak..cuma tahun lepas Darrien baru setahun dan dah tido masa tu. Cuma tahun ni Darrien panjang akal sikit nak join mama celebrate birthday daddy. Daddy pun tak sangka Darrien akan nyanyi untuk daddy jugak sebab Darrien belum fasih bercakap lagi. Cakap pun sekerat-sekerat. Mama rasa itula yang paling menggembirakan daddy, anak dia pun ikut sama celebrate walaupun sebutan tak berapa jelas lagi. 

Dan kisah malam tu berakhir dengan makan sepotong Bluberry topping cheesecake dan tidoooooooooooo…..zzzzzz…..