Inilah kegemaran aku sekarang!
Dah lama aku cari cara untuk menambah
tomato dalam diet harian. Aku kurang gemar makan tomato mentah sebab tak suka
baunya. Tapi khasiatnya sangat banyak. Sebelum ni aku, aku makan tomato kalau
dimasukkan dalam masakan macam ayam masak merah atau tomyam. Kadang-kadang aku
buat kerabu tomato. Kalau hirisan tomato mentah dalam nasi goreng tu memang
tolak tepi la. Tapi setakat tu je mana cukup. Kena cari alternative lain supaya
tak jemu. Semalam, setelah lama men’google’ jumpa idea orang buat jus tomato
yang sedap. Aku pun apa lagi, berangan apa yang ada kat dapur.
Sampai rumah
semalam, terus keluarkan tomato, lobak merah kupas, potong dan blend. Lepas tu,
rasa macam nak keluarkan angin dari badan sekali, masukkan sikit halia muda.
Blend lagi. Lepas blend bau jus tu ok la….takde bau tak sedap tomato tu. Bagus
halia dengan lobak tu…hilangkan bau tomato yang kurang sedap. Try minum,
ish…cam tak lalu je….terpikir kalau baunya harum and manis sikit kan best.
Terus belah limau kasturi dan perah jusnya kedalam jus tomato tadi, untuk manis
aku masukkan madu lebah. Hoiiii….ni hari-hari minum jus tomato pun takpe kalau
sedap camni. Dah la sedap, senang, murah dan menyihatkan plak tu. Dapat bonus
kulit sihat dan lewatkan tanda penuaan lagi. Bleh la umur 50 nanti ada budak
belasan panggil aku kakak!
Meh sini aku kongsi resepi.
Bahan
1 biji tomato (dipotong kiub)
¼ batang lobak merah (dipotong kiub)
1 inci halia muda (boleh juga halia tua untuk
rasa halia yang lebih)
3 biji limau kasturi (jus lemon/limau nipis tp xperlu sampai 3 biji)
Madu lebah (sesuaikan dengan tahap
kemanisan masing-masing)
Caranya;
1. Kisar tomato, lobak dan halia
2. Tuang dalam bekas air
3. Perah jus limau kasturi ke dalam bekas air tadi
4. Tambah madu dan kacau. Kalau takde madu lebah, gantikan dengan gula.
*boleh minum terus atau ditapis kalau tak suka telan hampasnya.
Kalau tapis, hampasnya buat masker muka.
Lain kali kalau aku dapat buat jus lain
yang sedap dan berkhasiat, aku kongsi lagi.