Sunday, January 23, 2011

Kenapa saya malas menerima pendapat orang lain dalam menjalani kehidupan rumahtangga saya.


1. Masa depan rumahtangga adalah di tangan saya (dengan tidak menolak takdir tuhan). Saya tidak mahu mendengar cakap2 orang lain yang cakap "ini tidak bagus", "kau buat begini baru bagus" menguasai saya. Saya tidak mahu rasa menyesal kerana mengikut pendapat orang lain tetapi akhirnya pendapat mereka tidak sesuai dengan kehidupan saya mungkin dari segi sosial, ekonomi dan corak hidup saya.

2. Sepanjang pengalaman saya, orang lain hanya akan komen itu ini dan pergi. Mereka tidak bersama-sama saya apabila saya telah membuat keputusan seperti yang mereka sarankan. Apa yang mereka kata ialah "itukan hidup ko, ko pandai2 la nak hidup".. eh, tau la pulak cakap macam tu..masa bagi cadangan bukan main lagi berbakul-bakul siap cakap saya ni degil taknak dengar cakap orang..bila saya dengar cakap mereka tetapi keadaan tak jadi seperti yang diharapkan mereka tidak membawa saya keluar dari masalah tersebut, mereka hanya akan mengelakkan diri saja takpun mereka hanya ada seketika sahaja selebihnya saya jugak yang terpaksa hadapi.

3. Mereka yang hanya tahu memberi cadangan itu tidak hidup bersama saya. Mereka adalah pemerhati sahaja. Jadi, mereka tidak tahu apakah sebenarnya yang terbaik kepada saya. Mereka hanya memberi buah fikiran dari sudut pandangan mereka bukan saya dan cadangan yang dilontarkan mungkan baik untuk diaplikasi oleh mereka bukan saya.

4. Orang yang selalu beri cadangan itu kadang-kadang kehidupan takdela bagus mana. Bukanla saya taknak terima tapi pernah dengar tak ayat ni "seperti ketam mengajar anaknya berjalan"? So, fikirla sendiri.

5. Saya tidak kata saya tak pernah tak menyesal dengan keputusan saya sebelum2 ni..tapi sebab keputusan saya yang sebelum-sebelum ni diambil oleh pendapat saya sendiri (of course mengambil kira pandangan orang lain jugak tapi bukan bulat-bulat je) jadi saya sangat berpuas hati dan belajar untuk lebih maju secara tak langsung. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa atas keputusan saya yang ambil sebelum2 ni. 

6. Daripada pengalaman saya, pendapat orang hanya boleh di dengar dan ambil sebagai iktibar atau langkah berjaga-jaga. Tak semestinya ianya akan terjadi pada saya.  Contohnya, dulu semasa saya cakap teman lelaki saya berasal dari Malaysia Timur, seorang kawan (berdasarkan pengalaman dia) pernah berkata pada saya kalau boleh elakkan berkawan secara serius dengan orang dari sana kerana ianya mungkin tidak sampai ke jinjang pelamin, saya hanya untuk girlie2 sahaja.  Mula-mula memang saya agak skeptikal tentang teman lelaki saya itu, tapi disebabkan dasar saya adalah untuk tidak mendengar cakap orang maka saya pun meneruskan hubungan itu dan akhirnya si dia adalah suami saya sekarang ini. 

7. Kalau saya dengar cakap orang, saya takkan puas hidup bujang dan saya masih bujang pada waktu ini sebab :
  • orang asyik suruh saya kawin cepat takut hubungan saya putus & tak sempat kawin sedang saya inginkan kepuasan dalam kehidupan solo saya, thank god saya tak dengar cakap diorang masa tu saya lakukan apa yang saya hajati dan saya tidak rasa menyesal kerana berkahwin pada usia saya menjangkau 26 tahun. Saya mungkin menyesal sekiranya saya berkahwin lebih awal daripada itu.
  • mungkin saya putuskan hubungan dengan teman lelaki kerana pengalaman kawan saya 
  • saya buat keputusan untuk berkahwin pada saat yang saya rasakan sudah bersedia secara emosi dan fizikal tapi sebenarnya ada la jugak sedikit campur tangan orang lain yang menyebabkan saya kawin hujung tahun lepas. kalau tak saya nak kawin tahun ni, takpela tercepat sedikit.. :)
  • kalau dengar cakap orang mungkin saya belum kawin sebab orang asyik mengata saya lebih tinggi dari suami saya, kampung halaman dia sangat jauh dan dia adalah anak lelaki tunggal, takut nanti dia tak benarkan saya balik jenguk ibu bapa dan ibu bapa saya juga sukar untuk melawat kalau saya tinggal di sana, dia tak hensem kalau nak dibandingkan dengan saya, maaf saya bukan nak angkat bakul sendiri ini adalah cakap2 & pendapat orang la, itu sebab saya tak suka DENGAR CAKAP ORANG.
8. Kalau diteliti Islam menggalakkan penganutnya mencari pasangan yang sekufu dengannya. Pada saya pengertian sekufu bukan hanya diukur pada taraf pendidikan, latar belakang keluarga dan keadaan fizikal tetapi juga sekufu dalam pemikiran. Jadi selagi saya sependapat dengan suami saya, bukanlah satu masalah walaupun keputusan yang dibuat itu tidak kena pada pendapat orang lain.

Jadi, walaupun orang akan berkata "awak tak patut fikir macam tu, kalau jadi macam ini macam mana?". Ayat yang terlalu banyak 'macam' itu tidak bagus dalam kehidupan, jadi tetapkan hati minta pertolongan-Nya semoga diperkenankan dan dijauhkan perkara negatif kemudian teruskan hidup seperti biasa. Apapun yang terjadi selepas itu adalah qada' dan qadar tuhan. Jangan biarkan apa yang telah orang lain lalui menguasai diri lalu mengganggu rencana yang telah dibuat. Apa yang terjadi pada orang lain adalah ketentuan-Nya belum tentu perkara yang sama akan menimpa diri kamu. Jadi, pandang ke hadapan dan teruslah melangkah dengan yakin.




 

2 comments:

NikShah said...

"Orang yang selalu beri cadangan itu kadang-kadang kehidupan takdela bagus mana" - Straight to the point...

Azi said...

Yezza!!!