Setelah 2 minggu menjadi isteri aku mula biasa dengan kehadiran orang baru disisi apabila mahu, sedang dan bangun tidur. Tugas mengemas rumah mula berkurangan berikutan kerja-kerja mengemas yang ekstrem dah aku buat minggu lepas. Hambik ko..nak kemas baju punya pasal berjaga sampai pukul 4 pagi pasang almari. Kami berdua juga penat keluar masuk kedai demi melengkapkan 'syurga' kecil itu.
Setelah seminggu, aku berjaya memenuhi ruang dapurku yang comel itu menjadi ruang yang paling aku suka untuk menghabiskan masa bereksperimen..hahahahahaha....nasibla laki aku tu..jadi tester tak bertauliah...
Well......dapur aku tu boleh dikatakan agak lengkap untuk orang yang baru 2 minggu kawin. Dari segi peralatan..beres, blehla takat nak makan dua tiga orang tu lepas la....cuma bahan mentah tu takdela aku beli banyak-banyak kan..kalau tak plan nak masak sesuatu resepi tu takdela aku beli. Sebut je..peti ais, microwave, oven, bread toaster, blender, kettle, periuk nasi, dapur gas, set kutleri tambah lagi lesung batu pun aku ada tau.....dan aku sedang menunggu-nunggu 3 hadiah lagi yang tertangguh daripada kawan2 aku...hehehehehe......sebabbbbb....aku masih memerlukan beberapa barang tambahan untuk melengkapkan lagi dapur aku tu...iaitu...
1. Dinner set
|
Orang macam aku kalau makan guna set noritake mau ada yang jatuh rahang nanti. |
2. Sandwich toaster
|
Kalaula jumpa 3 in 1 sandwich maker brand Kenwood ni...uih..syokk... |
3. Water filter
|
Elken punya nih..bapak la mahal..taun bila la aku mampu beli benda nih. |
4. Steamer
5.Bread maker
6.Stainless steel rack
|
Penting untuk susun barang nih. |
7.Slow cooker
|
Kalau ada benda nih...syoknya menyantap steamboat di dalam rumah sambil menengok movie..ngehehe... |
8. Juice extractor
Kan bagus kalau dapat barang yang aku belum ada, boleh guna, save ruang simpanan aku dan jimat belanja..maklumlah pengantin baru mana ada duit sangat. Macam kakak guardian tu, beli hadiah masa aku dah masuk keje..siap tanya lagi apa yang belum ada dan aku pun cakap bagus kalau dapat blender sebab memang akan guna. Esoknya aku terima kotak berbalut cantik berisi blender berjenama Philips. THANK YOU SO MUCH!!!!!!!
Nih nak masuk topik lain lak...rumah aku memang takde orang lain pernah masuk lagi sejak kami kawin. Dan sejak kaki aku melangkah ke rumah tu...memang la orang lain tertanya-tanya macam mana hidup aku....teratur atau tunggang langgang....Well......aku dah biasa terima cabaran-cabaran kecil tu...sapa2 yang rasa hidup aku lebih teruk daripada aku bujang dulu silalah bertandang ke rumah...takat nak buat spot check sambil cari gosip panas nak menjatuhkan self-confident aku..aku tak takut la...ingat barang2 yang aku beli & orang kasi tu aku buat 'dispaly item' je kat dapur? Please come and see ok...
Walaupun masak takdela standard chef kat hotel....tapi blum ade lagi yang masuk hospital cirit birit sebab makan makanan aku masak. Bleh tanya lagi dah 2 minggu kawin 'DAH START MASAK KE BELUM?'......dua tiga hari pertama je tau aku tak masak..bukan sebab aku taknak buat, tapi nak masak apenya kalau barang kat dapur pun takde. Yang penting laki aku tu takdela makan nak setakat nak menjaga hati aku yang penat bekerja di dapur je sebab takdela pulak dia buat-buat keluar nak beli barang lepas makan..ecece...kalau nak tau...itula adela taktik sebab makan kat rumah tidak memuaskan hati ataupun pegi cari makan kat rumah mak pulak lepas makan kat rumah sendiri...hikhikhik....ini kisah benar ye..tapi laki aku memang takleh ar wat camni...mak mertua aku nun disana....walaupun aku masak tak setanding ngan mak mertua aku, dia kenala terima seadanya...huahahahahahaaaaa....
Rumah aku tak di'prepared by mom'.....berbangga jugak bila barang-barang dalam rumah tu kami sendiri yang keluar berbelanja selain daripada beberapa 'alatan tambahan' yang ditaja oleh kawan-kawan dan adik beradik. TERIME KASIH YE.... At least, pilihan barang dan susunan di tangan kami sendiri tanpa campurtangan citarasa orang lain. Bukanke itu namanya berdikari?
Jangan salah faham ye yang membaca kat sini...aku bukan nak berlagak..cuma menyampah kalau ada yang over skeptical kat aku...lagi menyampah kalau orang yang di'compare'kan dengan aku bukanla best mana pun...hahahaha..lainla ko 'compare'kan dengan
Radzatul Mazwin tu...yang tu barula aku surrender.