Friday, June 18, 2010

Apple Cider Vinegar (ACV)

Pernah baca or dengar citer pasal apple cider vinegar (ACV) or cuka epal tak?

Entry kali ni aku nak citer pasal ACV plak.  First time aku tau pasal ACV ni masa aku rajin beli majalah Rapi lebih kurang 3 tahun yang lepas.  Dalam tu ada kolum untuk orang yang berjaya menurunkan berat badan.  Salah satu cara diet yang aku baca adalah dengan mengamalkan ACV setiap hari.  

Disebabkan aku memang suka pasal diet tanpa penggunaan ubat atau pun slimming produk.  Aku pun cari maklumat pasal ACV.  Rupa-rupanya ACV ada banyak kebaikan selain membantu menurunkan berat badan.  
Yang aku tau, ACV boleh digunakan untuk membilas rambut, kurangkan batuk (yang ni aku dah cuba, nanti aku bagi tau cara aku buat), cantikkan kulit, jadi dressing salad, buat minuman waktu petang dan macam2 lagi.  Aku bukan minum sebab nak diet, aku minum sebab lain.  Sila teruskan baca.

Mula-mula beli ACV masa tahun 2007, masa tu aku ada masalah sembelit.  Rutin aku pegi toilet tak tetap langsung, sakit plak tu bila sampai waktu benda tu nak keluar (rasa cam geli bila baca tapi ni la kebenarannya).  Aku beli ACV beberapa hari sebelum puasa, sebulan puasa aku minum ACV pada waktu sahur dan berbuka.  Waktu terbaik untuk minum adalah sebelum makan.  Jadi, sebelum makan nasi waktu sahur ataupun berbuka aku pastikan aku minum ACV dulu.  Kesannya, sistem pencernaan aku jadi sangat lancar.  Hampir setiap hari aku masuk toilet.  Hehe..memang tu pun tujuan aku.  Eh, pernah dengar tak orang cakap kalau kita 'membuang' setiap hari adalah salah satu cara untuk awet muda?  Selain tu, badan pun jadi lebih segar.

Logiknya, apabila ko 'membuang' setiap hari bermakna bahan2 buangan tidak terkumpul didalam badan.  Ini kerana...korang ada belajar bio tak? Hish...susah nak terang.....kolon/usus besar akan menyerap air pada bahan buangan kita, hari2..selagi buangan ko tak keluar dari badan, selagi tu la ia berusaha menyerap air darinya...jadinya kalau lama sangat bahan buangan tu kat kolon...tentu la semakin busuk dan kotor air yang diserap.Tul tak?bila air yang diserap kotor, lalu bersatu dengan darah...darah pun kotor lalu mengalir ke seluruh badan, pastu kulit ko pun tumbuh la jerawat la, parut hitam la, badan lemah la...dan macam2 lagi..eh, kalau ada orang yang belajar perubatan kat sini, tolong terangkan secara istilah sains ye...Senang cakap detoks setiap hari la bila ko buang hari2.

ACV tak bertindak macam julap k. Kalau tak minum takleh 'membuang' once ko dah minum. TAKKKK!!!Sebab aku berenti minum ACV sekejap dulu bila aku rasa sistem pencernaan aku dah normal.  Tapi takde kesan sampingan pun.  Itulah kebaikan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia.  Suka hati nak guna dan suka hati nak berenti jugak.  Cuma baru-baru ni aku beli balik sebotol ACV sebab aku asik batuk berkahak plus sakit tekak.  Tu pun bila dah sembuh aku berenti balik minum.  Aku simpan je buat bekal kalau2 aku perlukan ACV tu balik nanti.

Resepi untuk cegah batuk

1 Sudu besar ACV (aku guna jenama Wescobee)
1 Gelas air sejuk

Kacau dan minum.

Aku recommend minum waktu malam.  Kalau minum untuk kuruskan badan korang kena minum 2 sudu besar  ACV yang dicampur dengan segelas air sebelum makan 3 kali sehari.  Tapi aku tak recommend camtu. Nanti terhakis pulak dinding perut ko. ACV tu masam tau.  Minum macam aku buat untuk cegah batuk tu pagi dengan malam sudah...sebab kalau perut tak tahan dengan keasidan ACV boleh dapat ulser perut plak nanti.
AMARAN!! Jangan sesekali minum ACV tanpa dicairkan terlebih dahulu. Kalau buat jugak, memang cari nahas la..bukat takat ulser perut ko dapat.. ntah2 dah tak dapat rasa nikmat makan guna mulut nanti.   Dan jangan guna sudu besi.  Kalau takde sudu kayu, guna je sudu plastik.  Sebab sudu besi akan mengurangkan khasiat pada ACV terutama yang telah dicampur madu.

Harga ACV sangat murah kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya. Tak macam grape seed oil.  Mahal giler..tapi mungkin bagus kalau dalam diet ade kedua-duanya.

Aku tulis berdasarkan pengalaman.  Yang mana aku belum cuba, aku tak berani nak cakap lebih2.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal ACV baca kat sini  -->Honey_ACV_Info_Sheet-2.pdf.

Ada banyak lagi artikel pasal ACV, tapi yang aku bagi link tu sebab aku minum jenama tu.  Tu je.

4 comments:

Anonymous said...

uuuuuu~~
jimjim dah ada live traffic la...
teruja i sebentar..
shoutbox tanak letak ke? =)

Azi said...

hehe...nnti2 la..

Anonymous said...

orang mengandung boleh tak minum ACV ni???

Anonymous said...

yg bilas rambut tu mcm mane ye carenye????kene campur air
ke???