Thursday, December 30, 2010

One Stop Waffle@Alamanda, Putrajaya

Nak upload gambar kat fb, sekali terungkai gambar lama masa aku pegi Alamanda berapa bulan yang lepas.

Masa tu beria aku ajak laki aku (masa tu masih tunang) pegi Alamanda sebab aku teringin nak cari waffle kat situ. Aku taktau la kalau ada kiosk waffle tu kat tempat lain selain Alamanda. Korang cari la sendiri kalau nak tau.

Kiosk waffle tu kat area foodcourt Alamanda, sampai je terus aku order. Nama kiosk tu One Stop Waffle. Ada 2 saiz kalau ko nak kecik ko ambik saiz spoon kot kalau tak salah aku, satu lagi ape ntah..tapi saiz penuh la..bajet macam order waffle kat Daily Fresh kat Maju Junction tu la.....masa dapat tu aku senyum gumbira...yeay!!!at last dapat jugak aku merasa waffle kat sini..yang si tunang aku pun taknak kalah...takmau share ngan aku...dia pun order satu..aku punya waffle Rich Choc kalau tak salah, dia pulak Strawberry with Ice cream.

Sedappp..tapi pastikan perut betul2 kosong time order.

Tengok ketebalan waffle tu...memang berbaloi dengan harga yang dibayar dan kekenyangan yang diberi.


1st quarter sedapppp nyerrrr........2nd quarter..sedapp...3rd quarter...aku mula la slow..ya Allah...kenyangnya..tebal waffle tu...tak larat aku nak abiskan...yang laki aku pun slow je makan lepas 2nd quarter. Tapi..akhirnya dia habiskan jugak..aku pulak..hehehe...kalau orang dah kata "kalau tak larat tinggal je"...terus aku tenggekkan garfu dengan pisau tu kat tepi pinggan.

Masa ni aku dah mintak tolong laki aku ambik 1 bahagian waffle aku. Lepas tu ..aku surrender...




 

Thursday, December 23, 2010

Ayam Kung Pao


Resepi ambik dari blog Cik Min. Dok beli je Kung Pao Chicken kat kedai Uncle Win kat bangunan Pertama Kompleks tu sekali terasa macam nak try masak sendiri pulak. Hehe..dah ada dapur sendiri senang...agak2 tak suka orang tengok..kunci je pintu yang kat dapur tu..ngehehehehehehe...

Resepi ni senang je..tapi orang tak pro macam aku ni ambik masa skit la nak masak..meh tinjau resepi dari dapur Cik Min kita ni...aku tempekkan kat blog ni untuk tatapan kengkawan yang teringin nak cuba resepi ni.

Snap guna kamera tepon je..jadi gambar tak bape nak lawa..

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam -
diganti dengan 1/4 kiub ayam dan tambah air 1/4 cawan
1 sudubesar kicap manis - ganti dengan 1sudu besar kicap cair campur dengan 1 sudu besar kicap pekat
2 sudubesar sos cili bawang putih - ganti dengan sos cili biasa je..
1 sudubesar gula - nak kurang atau lebih ikut suka 
1 sudukecil garam nak kurang atau lebih ikut suka 
1/2 sudukecil tepong jagung.
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih – dihiris
Halia muda sebesar ibu jari- dihiris -
aku guna halia tua...tapi sebesar 1/2 ibu jari je..
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.- tak masukkan pun..xde kat umah
Cara-cara:
Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu.
Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cili sedikit gareng.
Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan.
Sedia untuk dihidang
Walaupun rasa ayam kung pao yang aku masak tak sama dengan Uncle Win...tapi cukup rasa. Hilangla kerinduan nak makan ayam Kung Pao tu...cuma sebolehnya gunala halia muda kurang panas skit...kat umah time tu cuma ada halia tua je..aku bedal ajela masuk dalam resepi tu..kalau tunggu halia muda, memang tak berasapla dapur aku malam tadi. 



 

Tuesday, December 21, 2010

Birthday gift untuk Iman


Semalam 21.12.2010 birthday Iman yang ke-4...taktau nak pegi mana lunch time semalam aku pun ambik purse pegi jalan-jalan nak cari hadiah kat Iman. Mulanya nak pegi Sogo, tiba-tiba tergerak hati singgah ke Reject shop kat Pertama Kompleks. Tengok baju-baju budak kat situ macam cute jugak..lagi-lagi baju untuk girls.

Alang-alang dah masuk situ malas la nak gi Sogo lagi..kang nak pusing cari baju tambah lagi masa. Pilihan memang banyak tapi nak memilih yang kena dengan bajet aku bukan senang. Takkannye aku nak beli baju untuk budak kalau baju tu sama dengan harga baju aku. Tak berbaloi langsung! Kang baru pakai 6 bulan dah kecik. Budak-budak kan cepat besar. Belum campur dia belasah baju tahap gaban..sampai ke lumpur pun dia pakai baju tu..kalau beli kat pasar malam takpela..kalau baju tu Osh Kosh B'Gosh......sedey tau..


A'am
Iman
Ok..sambung balik...selain cari baju untuk Iman...aku pun nak beli baju untuk abangnya, A'am..sebab peperiksaan akhir tahun lepas dia berjaya dapat keputusan yang baik. Hadiah ni sebagai tanda galakan supaya dia berusaha lagi. Dekat sejam jugak la aku cari baju untuk dua beradik ni..kalau boleh nak cari yang sama supaya tak cemburu sesama sendiri..tapi tak dapat..last-last aku beli la yang ni....

Ni untuk Iman..

Budak Iman ni pantang tengok motor besar kat jalan..ha..ni baju gambar motor untuk Iman..nak belikan motornya...alahai..tak mampu ler..

Ni untuk A'am..tshirt gambar motor tu takde saiz yang sesuai dengan A'am..terpaksa ambik yang ni.
Nak kasi camtu je..tak best la kan..lalu atas pertolongan kak Anah..buat 2 paper bag untuk masukkan hadiah-hadiah tu...cam best la skit dari letak dalam plastik je...hehehe...Thank u kak Anah..

Hadiah tu aku bagi pagi tadi..semalam cam malas pulak nak singgah kat rumah dia sebab sampai rumah lewat sikit semalam..lepas bagi tu aku kiss la dahi dia pastu cakap 'adik busuk'..dengan selambe je dia berjalan naik ke rumah dia sambil cakap 'adik tak busuk la...' padahal air liur basi dia berjejer lagi kat tepi bibir..Imannnn...iman....

Sebab entry ni adalah untuk Iman..aku selitkan gambar-gambar dia yang aku simpan.
Masa ni umur dia baru setahun lebih..tengah merajuk ni..
Yeehaaa!!!
Ngehehe....

Iman & A'am
Sibuk je pakai tudung...

Muka mengada-ngada Iman
Wanna me to kiss u??? Ummmmahh!!!
Apa dalam mulut dia??limau kasturi..korang makan limau kastu ri cam dia tak???
Adik tumbuk abang long..eyahh!!
Lakonan semata-mata..asalkan ada orang snap dia..hahaha...
Ada bran???
Kalo bergambar...mau aje..
Boys in red
Boring tunggu makanan tak sampai2..kan Iman?
Show off spender baru & nak tunjuk dia dah tak pakai pampers lagi..
Pantang jumpa glasses..mesti minta ambik gambar..
Aihh...adik penat ke? Balik dari service kete...
Mama & Iman
Hai awek..bleh berkenalan??





 

Thursday, December 16, 2010

Wishlist

Setelah 2 minggu menjadi isteri aku mula biasa dengan kehadiran orang baru disisi apabila mahu, sedang dan bangun tidur. Tugas mengemas rumah mula berkurangan berikutan kerja-kerja mengemas yang ekstrem dah aku buat minggu lepas. Hambik ko..nak kemas baju punya pasal berjaga sampai pukul 4 pagi pasang almari. Kami berdua juga penat keluar masuk kedai demi melengkapkan 'syurga' kecil itu.
Setelah seminggu, aku berjaya memenuhi ruang dapurku yang comel itu menjadi ruang yang paling aku suka untuk menghabiskan masa bereksperimen..hahahahahaha....nasibla laki aku tu..jadi tester tak bertauliah...

Well......dapur aku tu boleh dikatakan agak lengkap untuk orang yang baru 2 minggu kawin. Dari segi peralatan..beres, blehla takat nak makan dua tiga orang tu lepas la....cuma bahan mentah tu takdela aku beli banyak-banyak kan..kalau tak plan nak masak sesuatu resepi tu takdela aku beli. Sebut je..peti ais, microwave, oven, bread toaster, blender, kettle, periuk nasi, dapur gas, set kutleri tambah lagi lesung batu pun aku ada tau.....dan aku sedang menunggu-nunggu 3 hadiah lagi yang tertangguh daripada kawan2 aku...hehehehehe......sebabbbbb....aku masih memerlukan beberapa barang tambahan untuk melengkapkan lagi dapur aku tu...iaitu...

 1. Dinner set

Orang macam aku kalau makan guna set noritake mau ada yang jatuh rahang nanti.


2. Sandwich toaster
Kalaula jumpa 3 in 1 sandwich maker brand Kenwood ni...uih..syokk...

3. Water filter
Elken punya nih..bapak la mahal..taun bila la aku mampu beli benda nih.

4. Steamer

5.Bread maker


6.Stainless steel rack
Penting untuk susun barang nih.

7.Slow cooker
Kalau ada benda nih...syoknya menyantap steamboat di dalam rumah sambil menengok movie..ngehehe...

8. Juice extractor



Kan bagus kalau dapat barang yang aku belum ada, boleh guna, save ruang simpanan aku dan jimat belanja..maklumlah pengantin baru mana ada duit sangat. Macam kakak guardian tu, beli hadiah masa aku dah masuk keje..siap tanya lagi apa yang belum ada dan aku pun cakap bagus kalau dapat blender sebab memang akan guna. Esoknya aku terima kotak berbalut cantik berisi blender berjenama Philips. THANK YOU SO MUCH!!!!!!!













Nih nak masuk topik lain lak...rumah aku memang takde orang lain pernah masuk lagi sejak kami kawin. Dan sejak kaki aku melangkah ke rumah tu...memang la orang lain tertanya-tanya macam mana hidup aku....teratur atau tunggang langgang....Well......aku dah biasa terima cabaran-cabaran kecil tu...sapa2 yang rasa hidup aku lebih teruk daripada aku bujang dulu silalah bertandang ke rumah...takat nak buat spot check sambil cari gosip panas nak menjatuhkan self-confident aku..aku tak takut la...ingat barang2 yang aku beli & orang kasi tu aku buat 'dispaly item' je kat dapur? Please come and see ok...

Walaupun masak takdela standard chef kat hotel....tapi blum ade lagi yang masuk hospital cirit birit sebab makan makanan aku masak. Bleh tanya lagi dah 2 minggu kawin 'DAH START MASAK KE BELUM?'......dua tiga hari pertama je tau aku tak masak..bukan sebab aku taknak buat, tapi nak masak apenya kalau barang kat dapur pun takde. Yang penting laki aku tu takdela makan nak setakat nak menjaga hati aku yang penat bekerja di dapur je sebab takdela pulak dia buat-buat keluar nak beli barang lepas makan..ecece...kalau nak tau...itula adela taktik sebab makan kat rumah tidak memuaskan hati ataupun pegi cari makan kat rumah mak pulak lepas makan kat rumah sendiri...hikhikhik....ini kisah benar ye..tapi laki aku memang takleh ar wat camni...mak mertua aku nun disana....walaupun aku masak tak setanding ngan mak mertua aku, dia kenala terima seadanya...huahahahahahaaaaa....

Rumah aku tak di'prepared by mom'.....berbangga jugak bila barang-barang dalam rumah tu kami sendiri yang keluar berbelanja selain daripada beberapa 'alatan tambahan' yang ditaja oleh kawan-kawan dan adik beradik. TERIME KASIH YE.... At least, pilihan barang dan susunan di tangan kami sendiri tanpa campurtangan citarasa orang lain. Bukanke itu namanya berdikari?

Jangan salah faham ye yang membaca kat sini...aku bukan nak berlagak..cuma menyampah kalau ada yang over skeptical kat aku...lagi menyampah kalau orang yang di'compare'kan dengan aku bukanla best mana pun...hahahaha..lainla ko 'compare'kan dengan Radzatul Mazwin tu...yang tu barula aku surrender.




 

Wednesday, December 8, 2010

AYAM TERGOLEK-GOLEK….by Radzatul Mazwin


Resepi ni diberi oleh seorang kawan yang sangat rajin memasak iaitu Radzatul Mazwin. Untungnya sape yang kawin dengan dia. Setiap hari boleh makan makanan yang sedap-sedap. Haiiii...bertuahnya badan.....

AYAM TERGOLEK-GOLEK….

Bahan2nya:

Cili kering (ikut suka hati la ye….)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai (5 btg)
(kisar bahan2 ni smua)
Santan (1 1/2 biji)
Asam keeping
Daun salam( klu xde pon xpe… Cuma nk buat wangi je…)

Cara2 menumis:
Tumis bahan2 di atas, kemudian masukkan garam secukup rase, penambah perisa, sedikit gula(ikut suka, klu bole jgn manis sgt nnti x sedap) dan campakkan asam keping. Bila agak2 tumisan dh ok, masukkan santan. Klu nk kuah byk tambah la santan lebih sikit… last skali masukkan ayam…. Tunggulah smpi msk ayam tu ye…. Hehehehe


Bahan2 lain:
Telur rebus
Kentang rebus
(bahan2 ni smua nnti masukkan dlm kuah yg dh siap tu kemudian ayam tu SILA BAKAR….) nyum nyum nyum….
SEKIANNNNNN…. Dh siap pon ayam golek korg…. hehehehehehe

Terima kasih kak Awin kerana mengizinkan saya upload resepi ni dalam blog saya. Bukan apa takut hilang nanti resepi ni nanti kalau print biasa saja.


 

Wednesday, November 10, 2010

Adoiiii....!!!!! sakit perut Cici..



Cari benda tersembunyi........

Nampak tak ada makhluk berbulu kat atas karpet tu???

Makhluk tersebut bernama CICI.  Satu malam, Cici baring. Kedudukan Cici masa tu lebih kurang macam gambar ni la...cuma masa tu dia baring dekat kaki sofa.

Tiba-tiba datang la budak kecik baju merah ni jalan laju-laju ke arah sofa nak naik duduk atas sofa ni.....secara tak sengaja dia terlanggar Cici. Secara otomatik, Cici terkejut lepas tu cepat-cepat dia meniarap macam kat gambar atas tu takut perut dia kena pijak lagi. "Adoiiii...sakit perut Cici..." agaknya camtu la kot dia nak cakap. Aku yang tengah pegang telepon ni apa lagi...sambil paksa budak kecik tu mintak maaf kat Cici, aku ambil gambar la..Cici pulak macam memahami, tak gerak2 dia dari situ. Dia tenung je muka si Iman ni. Banyak kali aku cakap "Adik pijak kucing bibik, cepat mintak ampun kat Cici". Tapi jangan harap la budak kecik ni nak cakap...ego nak mampus. Tapi dari cara dia pandang aku memang dia dah rasa bersalah pun..hehehehehehe...cuma taknak cakap je..pelik kot dia rasa kalau mintak maaf kat kucing. 

Tenungan dari Cici yang masih mengharapkan ucapan maaf dari budak kecik tu.......hahahahahahaha...

"Cepatla mintak maaf kat Cici......."

"Hmmm...hampeh tul budak ni..sakit perut aku dia pijak..bukan nak minta maaf pun, garu kepala aku pun dia taknak".

Tapi masa ni mata budak kecik ni dah berair dah.....lepas tu dia turun dari sofa pegi kat mama dia....hahahahahaha...suka aku dapat mengenakan budak kecik ni...

Cici pulak, aku naikkan atas sofa...biar dia baring sebelah aku...selamat daripada kaki budak kecik tu....