Wednesday, May 27, 2015

Harumanis, istimewa dari Perlis

Harumanis, mangga termahal keluaran Malaysia. Dahla mahal, setahun sekali je musimnya. Nasib aku baik tahun ni dapat merasa. Ada kawan yang duduk di Perlis jual. 



Lama jugak tunggu giliran nak dapat buah ni. Akhirnya penantianku berakhir apabila sekotak harumanis sampai ke opis mingu lepas.  Tapi sabar dulu ye...sampai 23 May tapi belum boleh buka dan kupas. Kena tunggu cukup syarat baru boleh. Nasibla beli buah mahal ni banyak peraturannya.

Dah depan mata pun boleh pandang kotak je. Penantian berakhir di pagi Isnin. Balik rumah terus kupas, buah pertama dikupas rasanya biasa saja.


Tapi bila kupas buah kedua, wahhhhhh...manisssss...dapat jugak merasa yang sedap di tekak.....nasibla..bila beli online ni...bukan dapat pilih sendiri. Redha je la dapat yang macam mana pun.


Wednesday, May 13, 2015

Tanjung Wellness Spa



Company aku ada sediakan bajet untuk aktiviti rekreasi. Aktiviti rekreasi tahun lepas kitorang pegi spa. Biasanya kitorang pegi dinner je. Tapi tahun lepas banyak sangat dinner sampai muak. Aku pun cadangkan pegi massage je. Kalau department besar bleh la rancang aktiviti best sikit sebab bajet ikut no of pax, pegi Legoland ke, white water rafting ke, ni ada 7 ketul je. Sugar rush level tak sama plak tu.

Yang bagusnya bila department kecik senang nak capai kata sepakat dan attendance mesti full. Tak la sepakat sangat sebenarnya diorang malas nak fikir jugak tu yang follow je apa aku cakap.

Ada jacuzzi
So kitorang pegi Tanjung Wellness Spa. Spa ni dipilih sebab dia ada sembilan katil dan boleh operate semua dalam 1 masa. Permintaan bos la ni. Dia nak treatment kitorang serentak.

Kitorang sampai awal. Lepas tu dia suruh duduk kat waiting room. Kat situ ada tv dan dihidangkan air teh halia. Selepas semua sampai satu-satu dipanggil masuk treatment room. Aku taktau la bilik diorang macam mana tapi aku dapat bilik besar lengkap dengan jacuzzi dan sauna tapi tak termasuk dalam package.

Bilik sauna

Package yang kitorang ambik tu ada scrub dengan urut seluruh badan. Nama pakejnya dah lupa. Sesi bermula dengan rendaman dan urutan lembut dibahagian kaki sambil menikmati teh halia. Lepas tu dia bagi dispose panty dengan baju ala yukata. Tukar kat dalam bilik air.

Pandangan dari dalam bilik
Lepas tu, walnut body scrub....ermmm...memang best dan selesa sangat bila ada tangan yang tolong scrub badan ni. Memang betul-betul enjoy 'me time' la waktu tu. Tau-tau je la bila dah ada anak mana ada lagi masa nak memanjakan diri sendiri kat rumah.

Habis je dia scrub badan, pegi mandi. Masa ni ikut suka hati la berapa lama nak mandi. Dia tak kisah sangat walaupun dalam pakej treatment untuk 2 jam. Tapi tak boleh la mandi lama sangat nanti keluar tak sama dengan orang lain.

Lepas mandi urut badan pulak. Aiiii...nak cakap apa lagi badan yang letih kena urut. Selesanya...........Kalau bukan sebab dia suruh tukar-tukar position memang dah tertido aku. Haiii...masa tengah taip ni rasa macam nak pegi berurut sekarang jugak.

Baju ala Yukata

Dah siap urut. Tukar baju, dia bagi lagi teh halia tu lepas tu keluar dari bilik rawatan. Rupa-rupanya aku orang last keluar...aiii..diorang x enjoy ke? Hehe...bukan tak enjoy tapi ada yang tak ambik body scrub, ganti dengan foot refleksology, ada yang pendekkan treatment sendiri.

Tak kisahla....janji misi aku tercapai. Merasa jugak buat treatment kat spa mahal. Nak pegi sendiri memang jauhla lagi waktunya.

Teh halia dan tuala lembap untuk segarkan wajah

Pemeriksaan perubatan tahunan - bhg 2 (keputusan yang mengejutkan)

2 hari lepas sesi bersama doktor. Bangun pagi tak sabar nak tengok laporan makmal.

Sebelum pukul 9 dah kena panggil turun. Mula-mula doktor cek tekanan darah. Ok. Lepas tu dia cek perut. Dia cakap kalau sakit bagitau. Sakit sangat tu tak...sakit sebab belum makan pagi adela, tak sempat hehehe...
Ni result tahun lepas, tak dapat capture full. Yang 5.1 tu total cholesterol, yang bold 3.11 tu LDL tinggi sikit tahun lepas
Lepas tu baru dia bukak fail. Laju je dia review, semua cun katanya.....dan tahun ni LDL level aku masuk dalam kategori selamat.....yeeehaaaaaaa! Total kolestrol pulak turun banyak gila......tahun lepas 5.1 tahun ni cuma 4.3 je.....level yang disarankan adalah kurang daripada 5.2. Ni penangan jus tomato ke teh hijau ke aku taktau....tapi pemakanan aku takdela berubah sangat pun. Makan nasi gitu gak.

Ni yang terbaru, total cholesterol 4.3, LDL 2.5 je....besar perbezaan tu....harapnya cun lagi tahun depan.
Lagi tak sangka kadar bilirubin yang sebelum ni tinggi pun turun jugak masuk dalam range selamat. Setiap tahun doktor akan pesan minum banyak air, minum banyak air....macam baby jaundis la...banyakkan menyusu, susu dan susu......tapi aku takde jaundis, lever function pun ok.

Ini analisis kandungan berat badan, semua cukup.

Pemeriksaan perubatan tahunan - bhg 1

Dah 4 tahun dengan company ni, dah 4 kali jugak buat medical check up. Masa 1st time buat dulu terketar-ketar aku. Maklumla tak pernah kena ambik darah. Lama-lama, macam tertunggu-tunggu pulak. 


Sebab nak tau status kesihatan terkini. Kalau ada yang tak kena boleh ambik tindakan cepat. Tak perlu tunggu sampai melarat.


Biasanya kena ambik sampel  darah lepas tu urin kemudian cek tinggi dan berat. Selepas ujian makmal keluar, sesi bersama doktor pulak. Masa ni doktor akan ambil tekanan darah lepas tu go through laporan makmal. Kalau ada masalah dia akan beri nasihat yang sepatutnya. Kalau ada kemusykilan masa ni la masanya nak tanya. Biar soalan tak berapa cerdik pun doktor akan terangkan satu persatu.

Monday, May 11, 2015

Minyak Batooka

Pertama kali ada Batooka masa pegi klinik kat Ulu Klang dulu. Darrien tak sihat masa tu, semput. Doktor bagi ubat dan syorkan minyak ni sekali.

Alhamdulillah serasi dengan Darrien. Sebab Darrien alergik dengan vicks. Kena cari alterbatif lain untuk legakan pernafasan kalau dia selsema. Doktor pesan minyak ni sapu arah lawan jam di dada dan belakang. Tapi aku letak kat kaki dan tapak kaki sekali. Hidung pun aku calit sikit. 

Sebotol kecil tu bila dia tak sihat tahan seminggu je. Tapi kalau dia ok, lama sikit. Bau minyak ni harum (mint) dan tak tinggalkan kesan dekat baju. Aku guna Batooka Gold. Warna minyaknya jernih. Botol pulak kecik je, senang nak bawak kemana-mana. 

Masa aku selsema pun pakai minyak ni jugak, barula aku rasa kesannya. Bila letak kat hidung yang tersumbat, terus hidung rasa selesa dan mampu bernafas semula. Sekarang aku dah tak guna minyak telon untuk Darrien, guna minyak Batooka je letak selepas setiap kali selepas mandi.

Maafkan daku kerana letak gambar penutup botol kemik kena gigit Darrien

Saturday, May 9, 2015

Selamat hari ibu!

Tahun 2013, pertama kali membahasakan diri sebagai mama. Pertama kali terasa sambutan hari ibu terkena pada batang hidung sendiri. Darrien tak faham apa pun masa tu.

Tahun  2014, Darrien cuma pandai sebut 'ma' je yang sebenarnya itu cuma sebahagian daripada proses perkembangan bahasa dia je. Kadang-kadang tak merujuk kepada maksud 'mama' itu sendiri.

Tahun 2015, dia dah pandai sebut 'mama'! Weehoooo!!! Tahun ni betul-betul perkataan mama tu bermaksud 'mama'. Kembang kempis hidung mamamu ini. Sekarang ni sampai dalam tandas pun dia kejar. Sikit-sikit mama, terjeling sikit mama,sakit mama, marah mama, nangis pun mamaaaa.....jugak.

Cam over ye mak ko ni Darrien....biarlah...lama kot mama tunggu anak yang mama lahirkan panggil mama. Ada yang mungkin belum berpeluang lagi. Untung mama sempat dengar mulut kecik Darrien tu sebut mama berpuluh kali sehari. Walaupun dalam keadaan kita tak sehaluan. Hehehe....bertekak dengan Darrien adalah drama bersiri yang tak pernah habis.

Selamat hari ibu!

Wefie merupakan aktiviti kegemaran bersama

Wednesday, May 6, 2015

Apam balik mini

Ni la hasil aku buat, lembut dan tak liat walaupun dah sejuk

Bila sampai waktu petang nak minum petang, terpikir nak makan cekodok pisang pulak takde. Terpikir lama tak makan kuih apam balik tapi kacang tumbuk dengan krim jagung takde. Buh sekaya la, nutella pun ada lagi. Guna resepi dari Azie Kitchen. Takyah ragu resepi Puan Azie ni memang mudah,sedap dan lembut. Nak adun bahan pun 5 minit je.

Resepi apam balik lembut dan mudah dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega

Cara cara:
Blend telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam. Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi.

Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna. Blend sebati. Perap selama 1 hingga 2 jam.

Dengan menggunakan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil kecil, letak inti banyak banyak.

Saturday, May 2, 2015

CIQ Restaurant China Imam Qin Halal Food , Bukit Rimau

Kami sekeluarga suka chinese food. Sekarang ada banyak chinese style restoran yang halal. Salah satunya adalah Restoran Imam Qin, Bukit Rimau, Shah Alam.

Kami suka makan kat restoran ni sebab sedap, cepat, dan harga pun berpatutan. Paling penting terasa keaslian masakan cina tu.

Keluarga yang ada anak kecik lasak dan suka explore tempat macam kitorang memang sesuai makan kat sini sebab restoran berpintu kaca, susun atur perabot yang tak padat dan bersih. Bawak Darrien makan memang takla nak ke open door atau open air restoran. Kang nanti tengah makan anak dah lari ke jalan....mintak simpang la. Kalau kat sini lepas bagi dia makan kitorang pantau je dia jalan dalam restoran sambil kitorang makan. Selesa sikit nak makan.

Senang je nak cari restoran ni, melalui KESAS exit Bukit Rimau, korang akan nampak Aeon Big di sebelah kanan, trafik light belok kanan sampai jumpa 1 lagi trafik light dan korang kena U-turn. Restoran sebelah Pizza Hut Bukit Rimau. So pandai-pandai la carik jalan masuk.

Cendawan goreng, rangup.
Ayam goreng, tak pedas biasa je sesuai untuk anak kecik.


Meatball soup, sedap lain sikit resepi daripada biasa

Sedappppp....

Siakap stim, sedapppp...

Butter prawn, sedapla jugak udang kecik sarang je tebal.
Seriusnya pilih menu..

Dinner kami untuk 5 dewasa dan 5 budak.