Friday, August 28, 2015

White Peach Jelly istimewa dari Okayama, Japan

Bos aku baru balik dari Okayama, Jepun. Dia belikan souvenir white peach jelly. 


Masa dapat pagi tadi terus aku tanya sikit-sikit pasal keistimewaan Okayama. Katanya Okayama agak jauh dari lapangan terbang Kansai yang terletak di Osaka. Menggunakan bas mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Hmmm...jauh...

Lepas tu aku tanya lagi keistimewaan Okayama. Katanya Okayama terkenal dengan white peach, anggur, dan beras yang berkualiti. Ouh....baru ku tahu ada white peach. Juga sumber yang menjadikan tanaman tersebut berkualiti tinggi adalah disebabkan airnya yang bersih dan bebas pencemaran.


Tapi aku tak makan pun white jelly ni sebab ragu dengan status halalnya. Beri pada kawan yang bukan Islam je.


Sesiapa yang ada plan melawat Jepun bolehla pertimbangkan Okayama. Isteri bos aku ni orang Okayama dan awet muda orangnya walaupun dah berusia 30-an, wajahnya macam remaja belasan tahun...mungkin sebab air di Okayama.

Thursday, August 27, 2015

Tat Nenas istimewa dari Taiwan

Kotak tat nenas
Tat nenas dari Taiwan? Tak sangkakan? Ingatkan kat Malaysia je ada tat nenas. Haaa....masa kawan aku pegi Taiwan tahun lepas dia belikan tat nenas ni.

Gambar tat nenas ni baru jumpa, sebab tu la baru nak citer...besar tat ni. Dah macam cupcake aku tengok. Harga pun boleh tahan. Sebiji lebih kurang RM4. Makan satu je dah kenyang.

Rasa pastri dia rangup, jem nenasnya pun cukup manis. Aku suka jem nenasnya yang berserat. Tak licin sangat.
Tat nenas, rupa macam kek
sedappp.....Jangan risau pasal status halalnya sebab tat nenas ni ada pengesahan halal daripada Taipei Grand Mosque, Taiwan.

Jadi, pada sesiapa yang nak pegi Taiwan tu....tau la buah tangan apa nak di beli. Sekali sekala sedap jugak makan tat nenas dari negara lain walaupun yang kat sini lebih sedap....

Wednesday, August 19, 2015

Pizza Al-Mizan

Sempena family day company bulan depan...... lepas raya hari tu sedap la kitorang menyantap sampel makanan yang bakal kitorang order. Elok sangat le tu...lepas puasa je menaram makanan...mana tak puasa turun 2kg lepas raya naik 5kg... :)

Macam-macam kitorang try, kiranya seminggu jugak la kitorang tak lunch kat kantin. Asal tengah hari je ada orang call turun, petang pun kadang-kadang ada jugak. Salah satu daripadanya ialah Pizza Al Mizan.

Pizza Al Mizan ni sedap jugak rupanya, rotinya tetap lembut walaupun dah sejuk tapi opkos makan masa panas lebih sedap. Kalau tak salah sebiji pizza harganya RM17 je. Diorang hantar 10 jenis. KAt bawah ni gambar pizzanya. Silalah korang menjamu mata.

Seafood
Beef pepperoni
Chicken Mushroom
Beef Blackpepper
Sausage Mushroom
Chicken Black Pepper
Spicy Tuna
Chicken pepperoni
Chicken slice

Madu Manuka istimewa dari New Zealand

Madu Manuka
Pada sesiapa yang berhajat ke New Zealand....aku cadangkan selain korang melawat tempat menarik kat sana, jangan lupa beli madu Manuka ni. Tak semestinya beli brand Avoca ni, korang boleh dapat brand lain jugak yang penting Manuka Honey.

Madu Manuka mendapat nama kerana lebahnya hanya menghisap manisan daripada bunga manuka yang banyak terdapat di New Zealand.

Madu yang terhasil daripada bunga manuka pula mempunyai khasiat lebih tinggi daripada madu biasa. Bukan sejadar tulis je tau....ada kajian pasal khasiat madu ni. Siap ada rating lagi, rating pun macam-macam jugak ada yang guna MGO ada yang guna UMF. Macam aku punya tu MG265. MG265 tu ialah methygloxyl content per kg dalam madu tu. Nak tahu apa itu methgloxyl dan kelebihan madu manuka? klik sini What is Methgloxyl.

Madu dalam gambar tu aku dapat daripada kawan aku yang melawat NZ beberapa bulan lepas. Harga sebenar tak diketahui sebab dia mintak RM50 je. Aku check kat dalam website dia harga dalam NZD32. Hmmm....mahal harganya.....bertuahnya aku dapat kawan yang baik. 

Madu Manuka ni pekat, ada rasa kasar bila kat lidah dan sangat manis.
Pada yang tak dapat pegi New Zealand, jangan sedih pulak...madu manuka ni ada je jual kat Malaysia ni. Yang ada rating ni ada jual kat Eu Yan Sang dan rangkaian farmasi Health Lane brand Honey Mart. Cuma harganya memang tinggi sikit kat sini. Kalau korang jumpa kat kedai lain, tolong bagi tau kat ruangan komen. Manala tau ada orang tercari-cari. Senang la sikit.

Saturday, August 8, 2015

Kedai makanan halal di Bintulu


Ada orang tanya dulu dalam komen susah ke tidak nak dapat makanan halal kat Bintulu. Maaf tak dapat nak reply secepat mungkin.

Ye, aku akui kalau baru datang dari semenanjung takde orang tempatan bawa memang agak keliru sikit. Sebab aku pun macam tu jugak.

Jadi balik raya tahun ni, aku siap-siap bagi tau Zizzi nak snap gambar kedai makanan milik muslim yang ada di bandar Bintulu atau orang tempatan lebih senang bahasakan bandar Bintulu sebagai ‘pasar’ untuk dijadikan satu entri dalam blog sebagai panduan.

Sila maklum aku tak dapat nak jelaskan kedudukan setiap restoran ye sebab aku masih tak hafal jalan sekitar kawasan Bintulu. Aku follow je.

Aku harap yang korang dapat ‘google’ sendiri lokasi restoran yang aku senaraikan. Sekurang-kurangnya ada idea nak makan kat mana.
  1.  Refah Café - sarapan pagi kat sini sedap
  2. Pon Café - mee kolok, mee sapi, laksa sarawak.
  3. Azah Pon Café – ni kedai adik Pon,  dekat Shell dan Farley supermarket
  4. Selera Kampung – sebaris dengan Azah Pon café
  5. Dafeezs Kafeteria & Katering
  6. Kedai Nasi Ayam Singapore - nasi ayam la...
  7. Kasturi Idaman 
  8. Famous Mama Café - roti canai la, kedai mamak ni
  9. An-Nur Café
  10. Danish Café
  11. Sri Impian - makanan berlauk tengah hari kat sini sedap terutama daging masak hitamnya.
  12. Abida Café - kedai mamak ni 
Ada satu lagi kedai makan berdepan dengan Pasar Utama Bintulu (PUB) tapi tak sempat snap. Sorilah gambar tak berapa cantik dan kurang jelas sebab aku snap dari dalam kereta je. Tak sempat nak turun dan snap satu persatu sebab aku pun kejar masa jugak nak beli barang.

Nak bagi review yang mana sedap pun tak dapat sebab balik sekejap je tak sempat nak try makanan yang diorang jual.

Lagipun bila balik kampung aku tak dapat meninggalkan menu-menu yang disediakan restoran Mak Timah (mak mertua aku lerrr…) sebab sedap sangat dia masak masakan Sarawak. Tu yang tak pernah masuk kedai-kedai makan yang aku senaraikan.

Tapi korang jangan risau senarai yang aku bagi ada di antaranya laki aku biasa makan dulu semasa mak mertua aku masih lagi bekerja. Cuma dia dah lama tak masuk sebab dah jarang balik kampung.
 

Wednesday, August 5, 2015

Review penuh Kek Lapis Sarawak 2015



Tahun ni aku bawak balik 5 biji kek lapis. 2 aku punya, 2 makcik aku order dan 1 kakak aku dari Perlis order. Tapi kek kegemaran aku tak dapat di order tahun ni….sebab tukang buat takut rosak. Kalau nak tunggu bila Zizzi ada outstation baru aku boleh order.

Kek yang aku order tahun ni ialah Kek Lapis Selipar Jepun, Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Buku dan Kek Lapis Watermelon Cheese.

Semua memang sedap sebab aku pilih dari senarai favourite pembuat kek. List yang aku dapat hanyalah recommended sahaja. Jadi tak payah susah-susah fikir sedap ke tidak. Memang sedap semuanya. Sebenarnya aku buka offer dekat kawan office aku jugak…tapi diorang pun tertanya-tanya rasa, rupa macam mana lama-lama tak jadi beli. Aku nak komen pun taktau jugak sebab aku sendiri gamble je beli ikut suka hati aku. Nak salahkan diorang pun tak boleh jugak sebab bukan senang nak keluarkan beratus bayar sebiji kek. Senang deal dengan makcik aku, aku bagi list terus dia balas nak dua bijik. Tak tanya langsung apa-apa kat aku. Yang tak beli tahun ni tahun depan aku tak dapat jamin boleh dapat harga sama ye…

Untuk orang semenanjung yang teringin nak makan kek lapis homemade dari  Sarawak, jangan fikir nak beli kek sebijik harga 50-60 hinggit ye…kalau nak murah pegi pusat kek lapis kat Kuching tu beli 10 hinggit seketul. Dah cukup bagus orang tolong bawak balik bagi by hand, kos pos yang mahal dah dapat jimat. Kalau nak pos harga pos je dah melebihi harga kek. Kita yang tolong bawak ni lagi tolong risau kalau-kalau kek pecah atau rosak dalam perjalanan. Pembungkusan dan pengurusan mesti teliti kalau nak bawak balik kek.

Kek Lapis Selipar Jepun

Dari kiri; Kek Lapis Evergreen, Sisik Ikan, Watermelon Cheese, Selipar Jepun dan Buku
Kek ni adik aku pernah order 2 tahun lepas. Disebabkan aku tak puas makan, tahun ni aku order sendiri. Kek ni memang sedap. Lemak manis dan harum. Ada 3 warna kat dalam merah, hijau  dan kuning.

Kek Lapis Evergreen
Gambar ni dari phone pakcik aku, kamera dia lagi cantik gambarnya

Macam namanya, kek ni berwarna hijau dan salah satu kek lapis jenis lama (klasik). Rasanya sedap, dengan haruman pandan dan tahan lama dengan syarat simpan dalam peti sejuk.

Kek Lapis Sisik Ikan

Pertama kali aku cuba kek ni, dulu ingat bukan kegemaran aku sebab aku tak suka hawflakes, tapi bila rasa sekali…ya allah sedapnya kek ni, balance rasa manis dengan masam hawflakes tu….kek ni pun jenis lama. Berwarna kuning dan susunan hawflakes seperti sisik ikan yang menjadikan namanya lapis sisik ikan. Boleh la aku order pulak next time.

Kek Lapis Buku

Kek ni pun pertama kali aku rasa, baunya macam bau susu pekat manis dan harum. Sedap juga bila masuk dalam mulut, lemak manis je rasanya.
Kek Lapis watermelon cheese

Saiz 8 x 8
Kek ni ada tiga lapisan warna, hijau, kuning  dan merah. Di bahagian merah tu ada coklat cip sebagai wakil biji tembikai. Tapi kalau makan tembikai betul semedang cari yang seedless, bila buat kek beria letak effeck biji. Sedap kek ni, Darrien paling suka yang ni antara kelima-lima kek yang ada. Mungkin sebab Darrien suka cheese kot jadi watermelon cheese yang paling dia suka makan.

Dan kat bawah ni adalah kek yang aku makan masa beraya di rumah pembuat kek.

Kek Lapis Idola

Lapisan  yang berwarna gelap tu adalah lapisan berperisa coklat.  Sedap ni…

Kek Lapis 1 Malaysia

Susah nak terangkan rasanya macam mana cuma ia memang sedap dimakan, belang coklat tu adalah coklat ye bukan lapisan kek berperisa coklat.

Kek Lapis Gado-gado

Kek ni kek jenis lama agak lembap dan ‘basah’ sikit. Sedap, berlemak dan kaya rasa.

Kek Hati Pari

Kek ni memang ‘long time’ favorite aku. Rasanya ‘kaya’ di dalam dan tak kosong. Takde unsur-unsur koko di dalam walaupun berwarna gelap.

Kek Lapis Winter Sonata

 

Kek ni susah aku nak komen, makan pun tergesa-gesa sambil tengok Darrien berebut toy dengan anak tuan rumah. Sedap dan menarik rupanya. 

Terhasilnya entri ni senangla lain kali aku nak buat order. Kalau tak, asikla lupa rupa dan rasa kek yang aku order.

Tuesday, July 28, 2015

Raya 2015



Dalam ETS ke KLIA, masa ni elok je perangai
Raya tahun ni raya paling simple dan sederhana. Baju raya pun beli masa minggu terakhir puasa. Aku pilih kaler biru tahun ni sebab Zizzi nak pakai baju melayu yang lama. Lagipun warna biru tu tak ada dalam gambar dulu, nampak macam pakai baju baru jugak. Baju aku pun last minit dah nak balik baru dapat. Dah hampir give up aku menengok sebenarnya. Ingat nak pakai je baju kurung lama. Tapi nak dijadikan rezeki aku dan peniaga tu, aku dapat baju murah kat Bangunan MARA.  Kena pulak dengan kaler yang aku pilih, last piece dan saiz sesuai try sekali terus bayar….gittew…

Tak cukup 1, aku beli lagi sepasang…kebaya pendek kaler hijau. Pon murah jugak…oklah…bajet untuk sepasang dapat 2 pasang pulak. Syukur….dapat salin baju baru tahun ni.

Sehari sebelum hari raya

Selamat pinggang aku dia nak duduk kat troli, kalau tak asyik minta dukung je
Beg konon nak kemas malam Ahad membawak ke malam nak balik baru kemas. Baju raya aku memang tak basuh terus pakai. Tak sempat. Gerak Khamis pagi 16 July 2015. Flight pukul 10.20. kereta parking kat Putrajaya Sentral sebab nak jimat duit. Banyak gila dapat jimat…tapi bersusah payah la sikit angkut beg besar.
Main dengan baby kat seat depan
Cuti raya pun pendek je kali ni. 5 hari je. Kali kedua Darrien naik flight. Dia memang excited sebab dah seminggu aku bercerita dekat dia nak naik aeroplane jumpa maknek dengan Nana (sepupu). Senang je bila dia bangun pagi, walaupun marah sebab kena kejut, tapi bila cakap nak naik aeroplane terus diam.

Laksa sarawak sebelum kuah diletakkan, bahagian atas kiri gambar tu kelupis
Naik train dari Putrajaya Sentral ke KLIA pun dia sangat ok. Excited jugak sebab dia suka semua jenis kenderaan. Dah la kat train station dia jerit ‘train’ kuat-kuat…dalam flight susah sikit nak pakaikan seatbelt. Tu je.flight pergi ada screen, pasang ‘Ice Age’ bagi dia tengok tingkap, dia ok. Cuma nak turun je kena pasangkan seatbelt je dia mengamuk, dahla baru tertido, mengamuk member…nasib dah sampai…takla rasa bersalah sangat dengan penumpang lain.

Petang tu dapat makan laksa Sarawak dan buka puasa pun awal sikit. Malam tu tak larat nak iron baju, lepas tolong mak kat dapur, Darrien mintak susu terus aku tetido sekali dengan Darrien.

Hari raya

Aku bangun awal tapi tak sempat mandi awal. Lepas solat subuh terus iron baju. Siapkan pakaian Darrien dengan Zizzi baru dapat mandi. Lepas semua berbaju raya sesi bersalam-salaman dan bergambar kat rumah. Budak-budak seronok la masing-masing dapat duit raya. Lepas tu apa lagi….makannnnn….mak masak kari ayam, rendang daging dan kuah kacang.

Baju raya Darrien tahun ni, sepasang je, masih aku belikan baju melayu kain t-shirt supaya dia selesa pakai
Hari raya pertama tak beraya ke rumah orang pun. Petang tu kitorang pegi studio bergambar. Rutin bila beraya kat sana, satu family bergambar.

Petang lepas bergambar kitorang keluar balik beli basikal untuk Darrien. Nasib baik dapat voucher RM100 hadiah dari paknek…dapat jimat duit sikit untuk beli basikal. Semua gara-gara Darrien sibuk nak main basikal sepupu dia.

Tak menyabor nak naik beskal...
Malam tu ronda dalam kampung naik motor tengok suasana raya kat sana….meriah sangat diorang…hampir semua rumah pasang lampu berwarna-warni…orang beraya dengan baju melayu, yang perempuan berfesyen-fesyen. Sekali pandang, rasa macam sambutan raya diorang lebih meriah dari di semenanjung.

Raya kedua

Ketammmm.....gggrrrrrrr......
Bintulu panas sangat raya ni, aku sampai hampir demam. Mak masak ketam, ikan pari dengan sayur paku......ketam is my favourite....apalagi....belasah la...Malam baru kami keluar beraya, pegi satu rumah je. Sebelum tu kami memborong roti kat ‘Chef’. Sedap-sedap roti kat situ. Tu yang beli banyak. ‘Chef’ bakeri halal kat Bintulu.

Raya ketiga

Buah ambang/ambeng...rasa macam pelam tapi kulitnya tebal
Siang, ada relative datang…mak masak sedap…tapi tak dapat tolong banyak….Darrien pun sama naik jugak perangai hari tu…nasib baik waktu makan tengah hari dia tido…dapat aku makan puas-puas.

Kek lapis
Malam ni kami keluar beraya lagi. kali ni banyak sikit berjalan…makan kek lapis. Tapi kali ni cepat pulak aku muak makan kek lapis…dulu setiap jenis yang terhidang aku makan. Kali ni aku cuba 2 jenis yang lain tak boleh masuk dah. Padahal nafsu aku teringin nak cuba semua yang ada tapi tak boleh. Faktor penuaan mungkin. Raya kali ni selesa sikit, Darrien dah besar dan tahu jaga kelakuan sikit-sikit. Dia tak boleh tahan perasaan kalau nampak toy je. Rumah lain yang takde toy dia sangat ok. Takde lagi Darrien yang mengamuk bila sampai rumah orang. Kalau dia dah bosan dan nak balik dia cakap elok-elok. ‘ma, jom cepat’.

Kek lapis
Raya keempat

Seronok anak aku tengok water fountain, asyik la panggil fish..tapi fishnya tak keluar-keluar pon
Flight kami ke KL lewat petang. Pagi ni aku dengan Zizzi dating berdua ke pasar. Lama kitorang keluar. Ambil kesempatan…hehehehe…Darrien titip dekat maknek. Cari ikan masin, ramai yang belum mula berniaga. Takdelah…aku pun kecewa jugak sebenarnya…dahla jarang balik, sekali balik takde pulak. Lepas tu Zizzi nak ajak makan mee kolok pun kedai belum buka.

Pasar utama Bintulu atau nama pendeknya PUB
Semua peniaga Muslim masih beraya lagi. Yang mula buka kedai hari tu pun…belum masak. Tak dapat la kami makan kat luar….nasib baik bila balik rumah menu sedapppp giler…..hahaaaa…..ada terubuk kukus, tongkol putih goreng, midin goreng, dengan butter prawn. First time aku buat butter prawn dengan tunjuk ajar mak  mertua...lepas ni boleh la buat sendiri kot. Lepas tu, makan sampai mak mertua lalu pun tak pandang.

Ni la midin, buat midin goreng campur baby corn sedappp...
Tengah hari pack barang…keluar ke airport.Balikkkkk rumah sendiri....

Menu tengah hari tu...midin goreng, butter prawn, terubok stim, ikan tongkol putih goreng
Bintulu epot dari dalam flight