1. Minum
air kosong sebaik sahaja bangun tidur. Kalau nak perah limau nipis atau limau
kasturi skit pun boleh untuk hilangkan rasa payau.
2. Minum
air asam jawa.
3. Minum
susu sebagai minuman semasa sarapan. Susu baik untuk tubuh, baik untuk perut
juga.
4. Kalau
sanggup, boleh juga telan sesudu kecil minyak zaitun (extra virgin) yang
diperah sedikit limau nipis padanya.
5. Rajinkan
diri buat jus buah-buahan sendiri. Kalau nak makan pun boleh, tapi aku
surrender la nak mengunyah buah je tiap masa, minum lebih senang dan jus tu
boleh dicampur dengan sayuran yang tak berapa disukai.
6. Masak
makanan orang malas, contohnya ada masa aku malas nak goreng ikan jadi aku
kukus je. Caranya, beli ikan yang siap dipotong macam ikan tenggiri atau ikan
merah, lumur ikan dengan lada hitam dan garam kemudian kukus selama 15 minit.
Sedappppp dan mejimatkan masa sebab tak payah siang ikan…boleh habis nasi
seperiuk..eh, ni kan entry untuk kuruskan badan….
7. Mesti
ada sayur masa makan nasi!!! Tapi bukan sayur masak lemak…rebus atau tumis je
yang di benarkan. Kerabu lagi bagus. Aku rasa sejak kawin ni boleh bilang ngan
sebelah tangan je berapa kali masakan aku bersantan.
8. Tipu
diri sendiri dengan meletakkan lebih sayur dalam pinggan berbanding
nasi..supaya mata dapat hantar isyarat kepada otak “ooo…banyaknya aku makan
hari ni, jadi aku sangat kenyang.”
9. 30
minit sebelum lunch time…..sila minum segelas penuh air kosong ye…..supaya otak
rasa yang ko tak terlalu lapar. Tambah lagi, boleh jaga air muka bila makan kat
kedai. Takdela nafsu nak penuhkan pinggan macam everest ada dalam pinggan ko
seterusnya membuatkan lelaki yang baru nak ngorat lari..wakaka…
10. Variasikan
makanan, mana tau ada sesetengah khasiat tak ada dalam makanan yang menjadi
kegemaran, jadi kenala lebih terbuka dalam soal pemakanan asalkan bukan yang
haram.
11. Jauhkan
diri daripada junk food atau fast food!!! Dulu masa aku naik berat badan, salah
satu puncanya adalah keropok dan kerepek goreng…keropok bantal, roda, kerepek
ubi, kerepek pisang, kerepek bla..bla…bla..
Nak tau satu rahsia…Zz cakap orang yang mengusahakan
kerepek secara komersil tu akan guna minyak yang sama berulang kali sampai
minyak tu hitam legam..takut aku..patut la dulu berat naik. Minyak yang
teroksida! Aku guna minyak masak untuk 2 kali goreng je…pastu aku buang…no
sayang- sayang ok!
12. Minum
yogurt drink atau makan yogurt selalu, kandungan bakterianya boleh lancarkan
penghadaman dan elakkan perut buncit. Sayangilah perut anda setiap hari!
13. Puasa.
Kalau rajin..
14. Makan
masakan sendiri, elakkan makan kat luar selalu. Logiknya kalau kat luar, kita
cenderung untuk habiskan makanan tu sebab kita berkira dengan harganya, kalau
makan kat rumah pulak boleh simpan makanan yang lebih kalau takut bazir dan
hanya makan cukup-cukup je. Lagipun, orang kat kedai tu, basuh sayur pun cincai
je…
15. Bersenam…camla
aku buat yang ni..eh, aku yang sapu & mop lantai, cuci kipas, sental bilik
air..sekali buat boleh tahan jugak la peluhnya, kira senaman la tu kan?
16. Minum
air kosong…jangan buat-buat lupa plak.
17. Tidur
mesti cukup. Jangan lewat, orang yang tidur lewat cenderung menambah kalori
dalam badan. Tak caye ce terai….tengok tv sampai pukul 2 pagi lapar tau.
18. Bangun
awal pagi…jangan malas…orang suka bangun lewat cenderung naik berat badan sebab
waktu makan tak terurus, muka sembab dan lebih letih daripada orang yang waktu
tidurnya cukup-cukup saja.
19. Makan
dengan kerap tapi jangan banyak.
20. Elakkan
minuman manis kecuali susu dan jus (jus tanpa gula).
Itu antara yang aku amalkan. Terserah pada korang la kalau nak buat ke tak, lagipun segala risiko atas diri sendiri ye. Jadi fahamilah badan sendiri sebelum buat sesuatu perubahan. Taknakla aku dapat komen karang ada side effect tang ni, tang tu pulak bila korang cuba amalan aku nanti.