Sebab dia sayang
saya.
Sebab dia percayakan
saya.
Sebab dia adalah GPS
saya.
Sebab dia adalah
foreman saya.
Sebab dia adalah
tukang paip saya.
Sebab dia je yang
cakap saya cantik.
Sebab dia pandai baca
peta, saya tak.
Sebab saya suka
baring kat lengan dia.
Sebab bila saya
merajuk dia akan pujuk
Sebab saya tak perlu
berpura-pura ayu dengannya.
Sebab dia hanya
menari dihadapan saya seorang saja.
Sebab bila saya
keletihan dia akan ironkan uniform saya.
Sebab dia akan kiss
saya setiap malam walaupun saya dah tidur.
Sebab bila saya nak
campak ‘tantrum’ saya dia tak lari. Boleh ke?
Sebab dia merupakan
travel agent tetap saya. Contract mati tu…
Sebab tiap-tiap malam
dia akan ‘on’kan alarm dan set timer untuk aircond.
Sebab lepas saya cuci
baju dia akan tolong sidaikan walaupun dah pukul 2 pagi.
Sebab dia akan teman
saya pegi shopping walau akhirnya satu barang pun saya tak beli.
Sebab dia akan spray
bilik sebelum tidur bila saya hantar report nyamuk berkeliaran dalam bilik.
Sebab dia menjadi imam
solat saya, lepas salam mesti dia kiss dahi saya dan tegur bila ada
jerawat..uh!
Sebab bila dia balik
kerja saya akan sergah dia dari belakang pintu dan dia akan cakap..”eleh, abang
tau dah..” .
Sebab dia tetap cuba
makanan yang saya masak walaupun kadangkali saya try resepi baru yang diakui
tak menjadi.
Sebab saya bebas
bercerita apa sahaja genre yang diingini termasuk gosip artis semasa, dia
adalah teman gosip saya.
Sebab dia adalah
driver saya tapi kadangkala saya merupakan supir yang bawa pulang kereta bos
dari airport dan vice versa.
Sebab dia tak pernah
marah bila saya belanja duit untuk kecantikan kecuali kalau barang tu terlalu
mahal dia tegurla sikit.
Sebab dia akan charge
phone tanpa perlu saya minta. Tiap-tiap malam dia akan check telepon saya sama
ada bateri masih cukup atau tidak.
Sebab dia sanggup
start enjin ke shopping mall seterusnya bila saya mahukan sesuatu barang dan
tak dijumpai di shopping mall yang pertama.
Sebab dia adalah agen
kenderaan saya. Service kete, renew road tax, tampal road tax baru kat cermin
kete, cuci kete, check tekanan tayar etc.
Sebab masa
jalan-jalan dalam mall, kalau dia tak pegang tangan maksudnya boleh jelajah
sesuka hati dan dia akan follow je..sebaliknya kalau dia dah mula hulur tangan
balik maksudnya “sayang, mari sini jangan jalan jauh sangat nanti berkenan nak
beli”.
Yang paling hebat
sekali adalah……………..dia adalah ejen
penghapus cicak dalam rumah saya! Dah 2 ekor cicak dia spray dan buang dalam
lubang dalam bilik air.
No comments:
Post a Comment