Monday, June 18, 2012

Nasi Lalapan


Tetiba rasa macam nak makan lalapan. Pernah makan sekali masa bulan puasa tahun lepas. Masa tu aku pertama kalinya menjejakkan kaki ke tanah Miri sempena majlis buka puasa company Zz. Dulu aku order lalapan tenggiri tapi kali ni macam nak makan lalapan empal. Mengidam? Eh, tak aa..…orang yang menyukai makanan memang sentiasa teringin itu dan ini.

 
kredit gambar, google: lalapan tenggiri
Kalau boleh nak makan lalapan untuk makan tengah hari sebab baru ada ‘kick’ bila cicah ngan sambalnya. Dulu makan lalapan pukul 12 tengah malam, macam kurang power je sambal belacan tu aku rasa. Pukul doblas tu….korang ada bran nak makan nasi tepat pukul doblas malam? 

Makan kat Murni dah berapa kali pegi sana dekat tengah malam, makanan yang diorder berat-berat lak tu. Nasib baik badan aku setakat ni masih superb dalam menentang lemak jahat daripada berkubu dalam badan aku. Kalau tak, memang dah jadi belon aku sekarang. 

 

No comments: