Thursday, June 14, 2012

Kenduri menyambut Ramadan


Rumah Embah
Dalam kesibukan ZZ, minggu lepas kami balik juga ke kampung nenek sebelah mak aku atau lebih glamor di panggil Embah Wedok (maksudnya nenek perempuan). Ada kenduri sempena menyambut kedatangan Syawal yang tak berapa lama lagi. 
Paman Wahid gigih menyangkul cari cacing. Diorang plan nak pergi pancing udang lepas majlis selesai malam tu.
Hasil cangkulan

Standard la orang Jawa kan, kenduri mesti bergotong-royong dan hidangan adalah stail ambeng. Cumanya ambeng jenis moden ni lain sikit. Kalau dulu, nasi ambeng dan lauk pauknya diletakkan dalam dulang beralaskan daun pisang dan dibahagi empat, sekarang embah aku dah tukar strategi. Dia letak dalam bekas makan terus. Senang untuk tetamu bawa pulang.
Susunan ambeng untuk diberi kepada tetamu yang hadir
Mee rebus sebagai hidangan malam kenduri
Hidangan sampingan
Tapai pun ada...enakkk banget..tapi aku dengan ZZ dah insaf dari menjadi hantu tapai sebab takut tak leh tido kerana penangan tapai. Makan sebungkus je sorang.
Dapur selepas majlis...
Kitorang adalah pasangan yang paling lewat sampai hari tu gara-gara kesibukan ZZ dengan pekerjaannya. Untuk cover kelewatan kitorang tu, kitorang angkut sekali adik aku yang studi kat KL tu iaitu Ija.  Tapi kegunaan dia sekejap je, dialah insan paling rilek sebab tak buat keje langsung malam tu. Asyik borak je dengan kazen yang lain pastu bila tengah malam menjelma cecepat dia cop tempat tidur untuk diri sendiri. Aku pula disuruh untuk memandikan dua orang budak yang berlainan pangkat iaitu Iman dan Zaim serentak. Diikuti dengan Syafi.  Sekejap aku bahasakan diriku bibik (makcik ok, bukan orang gaji) sekejap lagi kakak. Ces!!! Lastnyer aku yang terbelit lidah. 

Nasib baik kepulangan kali ni aku dengan brilliantnya telah bawak 3 bji bantal beserta 3 helai selimut untuk mengelakkan perebutan kuasa. So, time diorang bising-bising cari selimut dan bantal aku ngan ZZ selamber je. Yang 1 set lagi aku bawak sekali untuk Ija. Next time, aku nak bawak toto, kipas ngan extension cord sekali.

 

No comments: