Aku dengan Zz dah janji yang kitorang takkan pegi ICT lagi (dulu dah pernah pegi masa masih free) melainkan ada orang lain bersama-sama yang join kitorang. Sebabnya tak best pun pegi dua-dua ke ICT tu melainkan ada budak kecik join sekali. Nak dijadikan cerita, minggu lepas keluarga pakcik dia datang bercuti ke KL. Untuk meraikan diorang, kitorang pun bawak diorang ke ICT, Shah Alam.
Kazen bongsu ZZ
Sampai lebih kurang pukul 6.30 petang, kami agak bertuah sebab masih banyak tempat letak kereta yang kosong. Kemudian, terus ke kaunter tiket Snowalk. Teruja la jugak nak masuk dalam tempat paling sejuk kat Shah Alam ni walaupun sekadar buatan manusia.
Harga tiket
Tiket untuk dewasa RM35. Untuk lain-lain kategori rujuk gambar ok. Pastu kat dalam, pelawat akan diberikan 1 pakaian musim sejuk, yang ni termasuk harga tiket. Kalau kasut yang dipakai tak sesuai dengan cuaca sejuk, disediakan kasut untuk disewa sebanyak RM20 (RM10 akan diberi selepas kasut dipulangkan), maksudnya kos sewa kasut tu RM10 je la. Jangan risau pasal kasut busuk atau berbau sebab setiap penyewa dibekalkan sepasang stokin pakai buang secara percuma.
Bayar tiket mahal-mahal, harusla ada jejakkan?
Antara lampu-lampi yang ada kat dalam tu
Antara bongkah ais yang ada
Cer perati kasut yang aku pakai tu...itula kasut sewanya.
Anggaran kasar untuk ke Snow Walk
Perkara
|
RM
|
Parking
|
10 per car
|
Snowalk
|
35
|
Kasut
|
10
|
Loker
|
2
|
Total
|
RM57
|
Kos tersebut lebih efisien sekiranya anda berkongsi kereta dan isi penuh-penuh kereta tu dengan manusia. Selain tu, korang boleh bawa siap-siap sport shoes dengan stokin tebal dan kongsi loker. Jadi kos RM 57 tu boleh dijimatkankan. Selain tu, datang awal supaya boleh menikmati permainan berbayar yang disediakan (kebanyakan lebih sesuai untuk kanak-kanak). Kalau datang lewat rugi je sebab orang dah ramai sangat , nak main pun kena beratur panjang.
Harga game lain
Juga boleh menonton filem pendek 4D, tiket RM12
seorang untuk tayangan selama 10 minit. Jangan risau pasal makan malam
sebab ada beberapa restoran yang dibuka di kawasan ICT. Juga terdapat
restoran makanan segera iaitu KFC. Harus ingat, harga KFC dalam ICT
berbeza sedikit.
Spacewalk
Selain tu, kawasan awal ICT dulu dimajukan sedikit
dengan SpaceWalk. Jadi, pada yang nak merehatkan kaki tetapi masih nak
menikmati keindahan lampu LED yang berwarna-warni tu boleh pegi naik
SpaceWalk je. Bayaran yang dikenakan RM10.
Pekena dereyan sebelum balik