Friday, February 10, 2012

Visa ke Nigeria


Aku ni dah beberapa kali buat permohonan visa ke Nigeria. Opps..bukan untuk aku, tapi untuk bos ku. Takde keje aku nak melancong ke sana, bukan cantik pun tempatnya. Disebabkan kesukaran mendapat kerjasama daripada pihak yang sepatutnya, jadi ada baiknya aku buat entry mengenai cecara memohon visa ke Nigeria. Mana la tau…kekalau ada yang perlukannya selepas ni. 

Perlu untuk korang tau, permohonan visa untuk ke Nigeria mesti dilakukan sendiri. Orang lain tak boleh. Kalau tak, aku suh je travel agent yang buatkan. Pastu hantar invois ke opis je..sonang den!

Cara-caranya..cam nak masak pulak aku rasa, ni untuk business visa ok, tapi untuk visa lawatan pun lebih kurang je caranya kalau tak silap.

  1. Download visa guideline daripada http://www.nigeria.org.my/ 
  2. Dokumen yang perlu
    1. Invitation letter daripada syarikat di Nigeria (tak kisah le cawangan company korang atau syarikat lain disana atau pejabat kerajaan bergantung kepada siapa yang korang nak lawat)
    2. Jika pergi atas urusan bisnes, mesti ada certification letter yang mengesahkan korang adalah pekerja yang sah di syarikat korang keje, tujuan lawatan, jangkamasa perjalanan dan sapa yang bayar semua perbelanjaan kat sana.
    3. Kat dalam guidline minta flight ticket/ flight itinerary. Selalu aku bagi flight itinerary je.
    4. 2 keping gambar berukuran 52mm x 52mm berlatar belakang putih
    5. Salinan passport – bahagian yang ada maklumat pasal korang.
    6. Salinan pendaftaran syarikat yang keluarkan invitation letter.
  3. Ok, semua dokumen dah ada.  Seterusnya download borang permohonan visa dari sini http://www.nigeria.org.my/application-forms
  4. Dapatkan maklumat hotel mana yang korang akan bermalam sebab ada soalan dalam borang nanti.
  5. Isi borang tu, soalannya biasa je. Cuma dia ada tanya berapa banyak duit yang korang bawak pegi sana. Biasa aku letak USD2000 (padahal takde la banyak tu, bos aku mana bawak cash sangat, credit card je). Soalan yang tak berkenaan, sila tinggalkan ok. Jangan pulak pecah kepala pikir nak tulis apa kat situ.
  6. Bila offline form dah siap isi, korang kena isi online form pulak (rumit, tapi ni la prosesnya) sebab bayaran untuk permohonan visa dilakukan secara online. Masuk kat link ni www.immigration.gov.ng
  7. Click kat apply online. Ok ni, rumit sikit..
  8. Cari entry visa application form di bahagian visa dan klik kat situ. Pastu tu klik kat country yang memproses visa. Contoh, sekarang bos aku tu warganegara Jepun tapi keje dan tinggal kat Malaysia so klik Malaysia la. Lepas tu, akan keluar butang ‘Start Application’ klik kat situ.
  9. Untuk sampai ke online form, korang kena register 1 email account. Email account ni untuk dia hantar dokumen pengesahan lepas isi borang dengan slip bayaran visa nanti. Boleh guna, google, yahoo dan Open ID. Untuk Open ID, boleh guna mana-mana email yang sah selain daripada google dan yahoo. Aku guna ofis punya email account jadinye Open ID.
  10. Lepas register, akan ada 1 email untuk pengesahan pendaftaran. Klik link kat situ.
  11. Isi online form – kandungan lebih kurang sama dengan offline form jadi pastikan semua maklumat sama ok.
  12. Lepas submit form, tunggu sekejap depan pc. Diorang akan hantar NIS application confirmation. Dalam email tu ada application ID dengan reference no.
  13. Lepas tu pegi kat sini balik https://portal.immigration.gov.ng/
  14. Pegi kat application – klik ‘query your application payment status’.
  15. Dah masuk, skrol ke bawah then klik untuk bayaran kalau tak salah. Pastu guna la mana-mana visa kad untuk bayar.
  16. Lepas bayar diorang akan hantar 1 lagi email yang menyatakan bayaran telah dijelaskan dengan jayanya…proses permohonan tamat.
Jangan padam email yang diterima. Ia boleh dijadikan rujukan untuk masa depan. Juga jangan lupa buat salinan segala online form dan sebarang resit yang ada. 

Juga, untuk permohonan visa ke Nigeria, sediakan 3 salinan. 2 salinan akan diambil oleh pejabat memproses dan 1 untuk simpanan korang sendiri. Jangan lupa passport asal. Passport akan di bawah jagaan pejabat yang memproses buat sementara waktu (tak lama, dalam 2 ke 3 hari je). Diorang akan bagi balik passport bersama visa didalamnya nanti.

Lagi 1 untuk penghantaran permohonan visa adalah pada 9 pagi – 1 tengah hari, setiap Isnin hingga Rabu dan mesti dihantar oleh pemohon, orang lain tak boleh ok. Manakala, pengambilan adalah 2.30 petang hingga ke 3.30 petang (kalau tak salah) setiap Khamis dan Jumaat. Apapun, sebaik-baiknya call dulu. Nanti sia-sia je kalau pegi tapi diorang tak proses apa pun. 

Sebelum aku lupa, selepas bayaran dijelaskan..kalau korang perhatikan betul-betul ada interview date kat bawah tu. Yang tu tak semestinya berlaku sebab diorang hanya akan panggil untuk interview jika diorang rasa tak berpuas hati dengan maklumat yang ditulis dalam borang korang. Yang penting, bila dah siap dokumen dan dah bayar visa fee. Terus hantar ke pejabat diorang.
                                                       

 

1 comment:

Anonymous said...

Salam... perlukan pertolongan. Borang online visa tu dah xde kat Nigeria website. Boleh emelkan kepada saya : jaffiza@yahoo.com