Minggu lepas, Zz tetiba je ajak pegi tengok kamera kat Low
Yat. Asalnya aku cuma bagi tau, ada kamera murah kat Carrefour xde niat pun nak
ke Low Yat pun. Brand Olympus, RM 299, 12MP
sangatla menepati bajet aku yang kecil itu. Tup-tup dia cakap nak pegi Low Yat cari compact camera untuk aku guna sebab aku fail dalam usaha memegang kamera dia yang gedabak itu. Mana taknya, berat kamera tu dah 10% daripada berat aku (aku hentam je ni). Tangan pulak spesis gegar-gegar punya. Memang takkan berjaya la kalau aku nak snap gambar guna kamera dia.
sangatla menepati bajet aku yang kecil itu. Tup-tup dia cakap nak pegi Low Yat cari compact camera untuk aku guna sebab aku fail dalam usaha memegang kamera dia yang gedabak itu. Mana taknya, berat kamera tu dah 10% daripada berat aku (aku hentam je ni). Tangan pulak spesis gegar-gegar punya. Memang takkan berjaya la kalau aku nak snap gambar guna kamera dia.
Olympus VG110 |
Sony - dulu berangan nak yang cenggini la |
Mula-mula masuk Sony store, oooooo…kamera Sony memang cute,
slim dan ringan tapi kenapa tidak berkenan pun entahla padahal dulu kalau tanya
jenama apa untuk kompak kamera yang diminati pasti Sony. Mungkin sebab tak
study dulu sebelum shopping. Lepas tu pegi ke kedai seterusnya, ada interest
untuk bertanya di situ tapi semua staff dia tengah sibuk layan pelanggan pulak.
Jalan lagi dan berhenti di kedai seterusnya. Okeh ada orang entertain.
Samsung Multiview |
Seperti biasa, setiap kedai akan tunjuk Samsung sebab ianya
affordable dan fungsinya lebih terutama part editing. Dan kamera Samsung yang
terbaru LCD skrinnya boleh slide macam Galaxy S tau!
Nikon S100 |
Hmmm..tak minat. Nikon
yang baru, sleek and slim, sekali pandang tak berupa kamera. Tak minat jugak.
Pandang atas sikit, nampak rupa yang agak klasik tapi smart. Bila tengok, eh
macam ada cirri-ciri DSLR la…tapi kecik. Fungsi untuk snap gambar pun pelbagai
cuma tak ada editing function yang girlie-girlie tu..contoh macam nak letak
hati atau love kat gambar. Takper, yang tu tak penting pun. Terus
berkenan…pastu…pandang Zz, dia pun macam suka je…aku cakap pada dia, kalau pegi
outstation sorang dan banyak barang nak bawa tak perlula nak angkut sekali
kamera yang besar tu, ada pilihan untuk bawa yang kecil sikit tapi dengan
kualiti yang hampir sama dengan kamera besar tu. Lagipun, bukannya nak pasang
flash atau tukar-tukar lense kalau ambik gambar untuk tujuan kerja. Dia
setuju.
So, kitorang beli Panasonic Lumix DMC-LX5.
Panasonic Lumix DMC-LX5
Sekarang memupuk minat untuk belajar tip-tip fotografi.
Mencari sumber bacaan untuk compact camera.
Dan, mempertimbangkan untuk study editing software walau
hakikatnya ntah bila nak belajar padahal bekerja dikelilingi oleh orang yang
guna AI segala. Jadinya kalau nak belajar, bukanla sesukar mana.
p/s: Zz (sebutan zizi) tu kata ganti nama terbaru yang aku create
untuk laki aku mulai sekarang.