Friday, January 27, 2012

Kimchi rangup..krupp..krupp..

Resepi kimchi ni diturunkan daripada ibu mertuaku yang diperolehi daripada kenalannya dari Korea. Bukan copy daripada internet ok..prosesnya rumit tapi mudah sebenarnya. Untuk memudahkan korang faham (termasuk aku), aku sertakan gambar untuk panduan untuk panduan.

Bahan- bahan

1 biji kubis cina
2 biji lobak putih
4 pokok sawi
Secekak kucai cina
4 labu bawang putih
1/2 kg Garam kasar
Serbuk cili
Cili padi (jika suka pedas)
4 sudu tepung pulut
Secawan kecil air budu (lebih kurang 150 ml) - jika tiada, gunakan nampla/sos ikan

Cara-caranya:
1. Koyak dan lumurkan garam kasar di setiap helai daun kubis cina. Biarkan selama 2 jam. Selepas dua jam bilas di bawah air yang mengalir dan asingkan garam yang tertinggal.
2. Hiris lobak putih secara memanjang.
3. Asingkan sawi daripada batangnya.
4. Hiris kucai lebih kurang 1 inci.
5. Tumbuk cili
6. Hiris kasar bawang putih.
7. Kemudian, masak tepung pulut dengan dengan air budu dengan api perlahan. Tambah air jika terlalu pekat dan kacau perlahan hingga mendidih.
8. Gaulkan larutan tepung pulut+budu dengan bawang putih dan kucai.  Gaul rata.
9. Di dalam bekas yang besar, ambil sehelai dauun kubis dan sehelai sawi letakkan sedikit campuran tadi dan gulung (lihat gambar di bawah)
10. Ulang langkah 9 hingga sawi dan kubis habis.
11. Susunkan lobak putih di bahagian bawah bekas simpanan dan letakkan gulungan kubis dan sawi di atasnya, baki campuran tadi tuangkan ke dalam bekas simpanan.
12. Tutup rapat bekas simpanan dan biarkan selama 2 hari dalam suhu bilik. Selepas 2 hari, simpan dalam peti sejuk.
13. Sedia dinikmati. Selamat mencuba!

Kubis cina dan lobak putih
Leraikan kelopak kubis dan lumur dengan dengan garam kasar

Hirisan lobak putih
Sawi
Hirisan kucai
Kubis cina setelah dibiar selama 2 jam dan dibilas
Cili padi yang ditumbuk
Hirisan bawang putih
Larutan tepung pulut dan air budu, kacau hingga sedikit likat
Baki garam kasar setelah kubis dibilas, jangan buang, simpan
dan gunakan untuk  buat kimchi  lagi nanti
Serbuk cili
Sawi, kubis cina, lobak putih, kucai dan bawang putih
Campuran bawang putih dan kucai dengan  larutan tepung
pulut dan budu

Ambil daun kubis dan sawi, lapis seperti gambar
Letakkan campuran tadi di atasnya dan gulung
Gulungam kubis dan sawi
Siap, peram 2 hari, masukkan ke dalam peti sejuk selepas
2 hari dan sedia dimakan
Cadangan hidangan
Potong gulungan kimchi mengikut saiz yang disukai dan nikmati dengan nasi panas. 
Kimchi yang disimpan lebih lama lebih enak rasanya.
                                                       

 

2 comments:

Unknown said...

kenapa dia berkulat >_<

Azi said...

Mana kulat?yg putih tu bawang putih.kalau awak buat berkulat mungkin proses pengawetan garam tu tak sempurna atau proses fermentasi tak sempurna.