Walaupun Syawal dah meninggalkan kita lebih sebulan lamanya, aku tetap ingin titipkan kenangan raya tahun 2011 aku dalam blog ni sebagai kenangan. Almaklumla...raya pertama sebagai seorang menantu di rumah mertua yang nun jauh disana....haruslah dikenang ye tak??
26 August 2011
Lepas balik keje, aku dan suamiku kelam kabut balik rumah kemas beg. Sebenarnya kami berdua dah kumpulkan kain baju malam semalam, tapi kepala kusut sebab 3 beg yang disediakan tak muat. Last-last cik abang pegi Tesco beli 1 beg baru yang besar malam tu jugak. Tapi bila dia sampai rumah, aku dah tido...tersadai la kain baju tu kat tepi katil. hehehehe....nak tak nak hari Jumaat tu berbuka sambil masukkan baju dalam beg. Plan nak keluar dari rumah pukul 8mlm sebab kami 1 flight dgn kakak dia tapi pukul 11.30 malam baru gerak.
27 August 2011
Ni pukul 12 pagi....kira dah masuk 27hb la kan? Aku ada 1 permintaan buat suamiku...aku nak pegi Jalan TAR. Tak boleh tidak...apasal?? sebab aku memang teringin merasai kehangatan Jalan TAR menjelang raya. Dulu masa belum kawen aku tak berani nak pegi Jalan TAR waktu tengah malam..dah kawen bleh la kan sebab ada yang menjaga keselamatan aku...hehehe..huh! Jalan TAR memang panas..okey...tahun depan abang taknak bawak pun takpe dah....susahhh giler nak kat situ...aku asik kepit beg kat dada je...untuk keselamatan....tapi baju giler murah...50 hinggit je sepasang kurung siap, kainnya pun berkualiti.
Pukul 1 pagi, kami sampai kat rumah kak Neni. Lagi surprise kakak belum siap kemas beg...Plan nak keluar rumah pukul 3 jadi pukul 3.30. Sampai kat KL Sentral kelam kabut ambik bas. Nasib baik ada seat untuk kitorang semua. Malam tu kitorang memang tak tido..ngantuk beb....
Pukul 5.15, sampai kat LCCT. Cepat..cepat nak sahur bagi yang berpuasa...makan bihun goreng yang sempat cik abang beli kat 7e je..jadila.....burp..alhamdulillah....
Pukul 7.00, hmm..lebih kurang pukul 7...naik flight...eh, dah nak sampai rupanya..tu la..masuk flight tido...pukul 9.20 sampai Bintulu...keluar dari airport je mak dengan bapak dah tunggu dengan 2 kereta..itulah kepentingan suami isteri ada lesen dan berkebolehan memandu...senang nak jemput anak menantu plus cucu kat airport....hehehe...
Sampai rumah, excited tengok katil baru dan tilam baru...(dulu kami balik tumpang bilik tido kakak, bilik kami penuh dengan barang) rehat dan tido.......buka puasa, mak yang masak...menantu tolong hidang dan basuh pinggan je...:)
28 August 2011
Mak pandai buat aku tak kekok walaupun 1st time aku beraya kat sana. Dia siap2 plan untuk aku hasilkan 1 biskut iaitu biskut kacang hijau...senang je..dia dah siapkan bahan-bahan, aku tinggal gaul dan tekap ikut acuan..bakar? mak yang buat...hehehehehe...tapi Aiman (anak buah) tetap cakap mak ngah hebat la, biskut sedapp gilerrrr...hahahaha...
Ouh, hari ni jugak ada orang datang pasang aircond kat bilik...hehehe...yeay..malam ni bersejuk la tido...
Kemas bilik...lama kan balik kali ni..harusla mempamer koleksi baju raya dalam almari tu..
Malam, iron langsir dan baju raya.Cik abang dan iparnya asyik menyiapkan lantai kat ruang tamu.
29 August 2011
Keluar pasar beli barang basah dengan mak. Nasib baik keluar awal, dapat parking dan proses membeli belah cepat siap. Sekarang, balik dan masak.
Malam, call mak n ayah salam raya dan bermaafan siap2..ouh..emo cakap ngan mak..huhuhu...jauh gila kami berdua....cakap ngan adik beradik jugak...ouh..jadual telah berubah selalu malam raya kami pegi campak sampah hasil mengemas siang tadi....emo lagi....huwwaaa....
12 malam, Pasang langsir dengan Nia. Terkial-kial kitorang dua pasang langsir sambil dengar rancangan malam raya kat RTM.
3 pagi, pasang scallop kat depan rumah...nak launch rumah baru sempena raya..Sejuk hingga perasaan nak terkencing tak dapat ditahan lagi. Orang yang pasang lantai sedang bekerja keras kat ruang tamu didalam. hmm..esok raya tu..
30 August 2011
Pukul 7 pagi cik abang kejut...mandi???bukan..suruh cuci car porch dan longkang dengan Nia.
|
Credit to Google |
Pukul 10, dah siap mandi..pakai baju raya??nope..takde mood..sebab orang yang janji nak pakai baju kaler oren dengan saya ada atas katil, tido...kesian..malam semalam pasang lantai sampai siap. Pertama kali makan kelupis..emmm..sedappp..aku kan pandai makan..semua aku ngapp tanpa kompromi..
Malam, baru la dapat bersalaman dan bermaafan dengan cik abang...pastu keluar beraya dengan baju baru..tinggalkan mak dengan bapak kat rumah tunggu tamu..kami kan perantau...waktu terhad..kena habiskan masa dengan melawat dan berkenalan dengan saudara mara sebab tiada kenduri di sebelah suami masa kawen dulu.
31 August 2011
Tangkap gambar keluarga..dah ada 2 member baru la katakan.
1 September 2011
Bertolak ke Miri. Melawat saudara mara di sana. Ouh...jalan pegi Miri macam jalan dari Lenggong ke Kuala Kangsar 1 ketika dulu...hanya ada 2 laluan bertentangan dan kenderaan tak berapa banyak. Pertama kali nampak rumah panjang..tapi dah dimodenkan sebab rumah diorang dah guna konkrit sekarang. Gerak dengan Vios. Sepajang jalan sebelum tido, mak macam tourist guide kat menantu dia ni.
2 September 2011
Pulang dari Miri. Ouh..Miri sangat panas...cepat pergi dari sini....migrain aku dalam kete sementara nak sampai Bintulu.
3 - 6 September 2011
Raya, raya dan raya...tak banyak sehari lebih kurang 2 buah rumah je kitorang pegi. Yang kagum ialah orang Melayu Sarawak tetap dengan baju melayu lengkap bersamping bila keluar beraya walaupun dah lebih seminggu raya. Semenanjung???ada yang balik sembahyang raya dah tukar Tshirt dan jeans.
7 September 2011
Habis sudah cuti raya..eh, nak sambung cuti lagi boleh?? But the reality is, we need to work to earn money. Jadi boleh kumpul duit dan balik kampung lagi. Harus pulang......