Friday, June 18, 2010

Apple Cider Vinegar (ACV)

Pernah baca or dengar citer pasal apple cider vinegar (ACV) or cuka epal tak?

Entry kali ni aku nak citer pasal ACV plak.  First time aku tau pasal ACV ni masa aku rajin beli majalah Rapi lebih kurang 3 tahun yang lepas.  Dalam tu ada kolum untuk orang yang berjaya menurunkan berat badan.  Salah satu cara diet yang aku baca adalah dengan mengamalkan ACV setiap hari.  

Disebabkan aku memang suka pasal diet tanpa penggunaan ubat atau pun slimming produk.  Aku pun cari maklumat pasal ACV.  Rupa-rupanya ACV ada banyak kebaikan selain membantu menurunkan berat badan.  
Yang aku tau, ACV boleh digunakan untuk membilas rambut, kurangkan batuk (yang ni aku dah cuba, nanti aku bagi tau cara aku buat), cantikkan kulit, jadi dressing salad, buat minuman waktu petang dan macam2 lagi.  Aku bukan minum sebab nak diet, aku minum sebab lain.  Sila teruskan baca.

Mula-mula beli ACV masa tahun 2007, masa tu aku ada masalah sembelit.  Rutin aku pegi toilet tak tetap langsung, sakit plak tu bila sampai waktu benda tu nak keluar (rasa cam geli bila baca tapi ni la kebenarannya).  Aku beli ACV beberapa hari sebelum puasa, sebulan puasa aku minum ACV pada waktu sahur dan berbuka.  Waktu terbaik untuk minum adalah sebelum makan.  Jadi, sebelum makan nasi waktu sahur ataupun berbuka aku pastikan aku minum ACV dulu.  Kesannya, sistem pencernaan aku jadi sangat lancar.  Hampir setiap hari aku masuk toilet.  Hehe..memang tu pun tujuan aku.  Eh, pernah dengar tak orang cakap kalau kita 'membuang' setiap hari adalah salah satu cara untuk awet muda?  Selain tu, badan pun jadi lebih segar.

Logiknya, apabila ko 'membuang' setiap hari bermakna bahan2 buangan tidak terkumpul didalam badan.  Ini kerana...korang ada belajar bio tak? Hish...susah nak terang.....kolon/usus besar akan menyerap air pada bahan buangan kita, hari2..selagi buangan ko tak keluar dari badan, selagi tu la ia berusaha menyerap air darinya...jadinya kalau lama sangat bahan buangan tu kat kolon...tentu la semakin busuk dan kotor air yang diserap.Tul tak?bila air yang diserap kotor, lalu bersatu dengan darah...darah pun kotor lalu mengalir ke seluruh badan, pastu kulit ko pun tumbuh la jerawat la, parut hitam la, badan lemah la...dan macam2 lagi..eh, kalau ada orang yang belajar perubatan kat sini, tolong terangkan secara istilah sains ye...Senang cakap detoks setiap hari la bila ko buang hari2.

ACV tak bertindak macam julap k. Kalau tak minum takleh 'membuang' once ko dah minum. TAKKKK!!!Sebab aku berenti minum ACV sekejap dulu bila aku rasa sistem pencernaan aku dah normal.  Tapi takde kesan sampingan pun.  Itulah kebaikan menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia.  Suka hati nak guna dan suka hati nak berenti jugak.  Cuma baru-baru ni aku beli balik sebotol ACV sebab aku asik batuk berkahak plus sakit tekak.  Tu pun bila dah sembuh aku berenti balik minum.  Aku simpan je buat bekal kalau2 aku perlukan ACV tu balik nanti.

Resepi untuk cegah batuk

1 Sudu besar ACV (aku guna jenama Wescobee)
1 Gelas air sejuk

Kacau dan minum.

Aku recommend minum waktu malam.  Kalau minum untuk kuruskan badan korang kena minum 2 sudu besar  ACV yang dicampur dengan segelas air sebelum makan 3 kali sehari.  Tapi aku tak recommend camtu. Nanti terhakis pulak dinding perut ko. ACV tu masam tau.  Minum macam aku buat untuk cegah batuk tu pagi dengan malam sudah...sebab kalau perut tak tahan dengan keasidan ACV boleh dapat ulser perut plak nanti.
AMARAN!! Jangan sesekali minum ACV tanpa dicairkan terlebih dahulu. Kalau buat jugak, memang cari nahas la..bukat takat ulser perut ko dapat.. ntah2 dah tak dapat rasa nikmat makan guna mulut nanti.   Dan jangan guna sudu besi.  Kalau takde sudu kayu, guna je sudu plastik.  Sebab sudu besi akan mengurangkan khasiat pada ACV terutama yang telah dicampur madu.

Harga ACV sangat murah kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya. Tak macam grape seed oil.  Mahal giler..tapi mungkin bagus kalau dalam diet ade kedua-duanya.

Aku tulis berdasarkan pengalaman.  Yang mana aku belum cuba, aku tak berani nak cakap lebih2.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal ACV baca kat sini  -->Honey_ACV_Info_Sheet-2.pdf.

Ada banyak lagi artikel pasal ACV, tapi yang aku bagi link tu sebab aku minum jenama tu.  Tu je.

Wednesday, June 16, 2010

Cold Pressed Grape Seed

Korang percaya dengan kaedah perubatan menggunakan bahan semulajadi tak?

Tolong jangan salah faham ok.  Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku, cara aku tak semestinya sesuai diguna pakai oleh orang lain.  

Aku adalah orang yang bukan terlalu, tetapi percaya dengan amalan penyembuhan semulajadi.  Aku tak nafikan cara moden tapi aku rasa kalau terlalu banyak mengambil ubat-ubatan akan mengganggu sistem dalam badan seseorang.

Contohnya kalau sekali sekala sakit kepala, kemudian makan ubat penahan sakit, ubat tu mungkin akan memberi tindak balasnya dengan cepat.  Kalau selalu ambil ubat penahan sakit, bukankah badan akan imun dengan ubat tu lepas tu memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sembuh.  Bila dos yang diambil lebih besar, bukankah akan membebankan hati untuk menyingkirkan toksik berlebihan. 

Selalu yang terjadi kat aku pulak, setiap kali aku tak sihat dan ambil ubat dari klinik aku lambat sembuh.  Kadang2 tak sembuh2 pun, elok dalam 2 hari lepas tu penyakit aku jadi balik.  Penyakit aku bukanla berat2, kadang2 demam, sakit tekak, selsema dan batuk.  Tu je.  Tahun lepas aku sakit tekak...Masa tu, aku pegi klinik lepas 3 hari aku sakit, klinik mahal pulak tu.  Nasib baik bleh claim.  Kalau tak salah bil aku dekat RM70 kot masa tu.  Sampaikan adik aku yang bakal ahli farmasi tu kata apsal doktor tu bagi ubat yang berdos paling tinggi untuk sakit tekak, aku bukan peminat sakit tekak.  Lagipun aku sakit baru berapa hari. Biasanya, kalau tak sembuh, aku minum air asam jawa je..konpem baik.

Baru-baru aku ada baca pasal 'grape seed' (GS).  Actually, aku dah lama tau pasal kebaikan GS ni antaranya mengelakkan wujudnya jagat pada kulit, mencantikkan kulit, menghilangkan parut dan melambatkan kedutan .  Selebihnya baca kat sini -->minyak biji anggur. Memang la ada terpikir nak beli gak satu hari nanti untuk mencegah penuaan, cuma faktor harga buat aku tangguh dulu hasrat aku. Ecece...eh, dari muda la kena jaga kesihatan kulit bila dah tua kulit dah kedut baru nak jaga buat apa.  Ambik contoh Datuk Sarimah Ahmad tu,  dah lebih 60 tahun pun masih berseri-seri.  

Dulu aku terpikir nak guna GS ni untuk kecantikan je, tapi satu website yang aku jumpa dan baca artikel kat dalam tu sungguh mengejutkan.  GS secara cold pressed dapat melawan penyakit kanser dan lebih berkesan sekiranya diambil bersama-sama vitamin C dengan nasihat doktor. Baca kat sini --> Cold Press Grape Seed by Vitis.  

Founder company tu, mengidap leukimia tahap 4, sembuh dengan mengamalkan Cold Press Grape Seed.  Anda tak percaya??Terpulang.

Aku pasti akan beli produk ni nanti.  

Thursday, June 10, 2010

The Karate Kid

Recommended!!

Masih ingat lagi dengan entri aku sebelum ni???

Salah satu sebab aku nak tengok The Karate Kid adalah kerana anak Will Smith berlakon dalam filem tu.

Dan....semalam aku telah menontonnya!!!  Nasib baik dapat teman yang kaki wayang plus kaki tv. Walaupun tiket tu, paling depan sekali pun dia beli jugak.  Sakit tengkuk, nasib baik cite tu best..berbaloi aku tengok cite tu sambil tongkat dagu.  Kalau tak.....

Memang lakonan Jaden sebijik cam bapak dia la..pandai betul ajar anak.  Rasa2 aku, Will Smith pun tak pernah berlakon dengan Jackie Chan.  Anak dia pulak, first movie sudah berlakon dengan Jackie Chan.  Pandai dia (or bapak dia) pilih skrip.




Sunday, June 6, 2010

Filem-filem yang mahu ku tonton

Pernah tak rasa kecewa sebab tak dapat tengok filem yang memang korang tunggu sangat ia muncul di pawagam???

Aku ada...huhuhu... Disebabkan kesempitan hidup (wah, macam dalam bersamamu TV3 la..haha)sejak 2 bulan lepas..saya terpaksa lepaskan keinginan untuk menonton wayang.

Antara filem yang terpaksa dilepaskan adalah...

Ouh...aku nak tengok sangat filem ni..ramai yang cakap best..



Yang ni aku nak tengok sebab Putera Dastan dan Puteri Tamina...


Hohoho..aku suka lakonan bapak Jaden ni..So, aku nak tengok adakah anaknya mampu jadi pelakon hebat seperti bapaknya...plus, ada Jackie Chan dalam filem ni..suuuuuukkkeeerrrr......


Pernah dengar ungkapan 'laugh is the best medicine'? Kita mesti menonton filem animasi...ini adalah salah satu tips untuk melambatkan penuaan. Kuikuikui....

Ada cadangan macam mana nak tengok semua ni tanpa mengeluarkan wang walau sesen pun?