Tuesday, January 31, 2017

Akhirnya pelangi indah berlabuh di rumahku....

Genap 3 hari 3 malam di hospital Inarra dibenarkan balik. Waaaa....mak suka! Memangla kat hospital selesa, makan orang siapkan tepat pada masa dan pemandangan wad kanak-kanak tu pun cantik tapi rumah sendiri adalah tempat paling selesa untuk kami. Inarra pun dah pandai tunjukkan yang dia bosan. Sikit-sikit mintak angkat. Sakit belakang aku.

Balik rumah, Ahad tu Inarra ok. Sekali Isnin pagi dia start muntah dan cirit birit. Ingatkan ok....sekali berlarutan sampai 7 hari...pegi hospital hari Isnin tu doktor yang bertugas tu cepat je buat andaian yang Inarra mungkin terkena jangkitan silang sebab ada kes rotavirus masa Inarra warded hari tu. Dang! Terus sel otak aku berhubung. Hari jumaat siang tu aku ada minta balik tapi doktor tak bagi sebab malam sebelumnya suhu Inarra naik tiba-tiba. Nak dijadikan cerita malam tu ada sorang budak perempuan admitted sebab cirit-birit. Esok paginya dia dipindahkan ke wad sebelah. Bila tanya nurse dia jawab sebab dia cirit birit. Bimbang berjangkit.

Bila baca pasal rota, memang kemungkinan besar Inarra cirit birit disebabkan virus tu. Sebab virus tu akan nampak kesan selepas 2 hari terkena jangkitan. Ngam-ngam je kiraan aku lepas bawa balik Inarra dari hospital tu. Yelah..walaupun takde pegi dekat-dekat budak tu tapi malam tu je berapa kali aku dengar bapak dia ulang alik masuk toilet sebab dia asyik membuang je sepanjang malam. Dah tentu aku mandikan Inarra dalam bilik air yang sama. Situla punca jangkitannya. Baca lagi, bila seorang pesakit kena rota, cirit birit boleh berlarutan 5 - 9 hari. Inarra kena 7 hari. Tepat seminggu baru ada tanda pulih. Dalam sela masa tu kurus terus Inarra. Dengan kulit pucatnya...kesian sangat. Nasib Inarra kena masa bayi lagi. Dia belum tahu erti sakit dan tak selera makan. Dia tetap minum susu macam biasa cuma setiap kali dia minum akan muntah balik dan cirit. Najis yang keluar pun sama kaler dengan kaler susu yang masuk ke perut. Makan pun dia nak.

Lagi susah jaga abangnya. Ouh..rota ni berisiko pada kanak-kanak bawah 5 tahun ye...kalau budak besar atau dewasa kesannya tak seteruk pada yang bawah 5 tahun. Darrien pun kena jugak. Lepas 4 hari Inarra kena. Lebih sukar jaga Darrien sebab dia dah besar dan dah pandai bagi tau dia sakit. Dia asyik cakap sakit perut, sakit perut. Dia taknak minum ORS, tak nak makan, tak nak minum susu. Nasib baik umpan dia minum air sirap dia nak jugak minum sikit-sikit. Benda yang paling dia berselera masa tu cuma yakult je. Aku rasa yakult tu membantu jugak cepatkan pemulihan dia. Sehari 3-4 botol dia minum masa tu. Aku bagi je la dia minum banyak pun asalkan ada cecair masuk dalam badan. Kalau kurang cecair dalam badan susah nanti. Kalau Darrien warded penatnya badan. Letih teman Inarra pun belum hilang. Sapa pernah teman anak kecik kat hospital tau la rasa sebenarnya jadi penjaga ni amat letih. Memangla makan tido n mengadap anak je...tapi bila balik rumah rasa tulang temulang ni retak seribu. Susah nak terangkan. Rasa sendiri la. Tabahnya orang yang teman anak kat hospital lama-lama atas sebab yang tak dapat dielakkan. Aku yang jaga berapa malam pun dah sakit badan sana sini. Tapi ye la....kerana anak memang mak bapak sanggup buat sehabis daya.

Sepanjang bulan Januari2017 aku rasa hari-hari aku kelam je. Diorang start kurang sihat dari minggu pertama bulan Januari bersambung-sambung sampai minggu terakhir baru la dua-dua sihat sepenuhnya. Sebenarnya punca imun Inarra rendah sangat tu bukan apa pun...dia asalnya demam nak tumbuh gigi je....tambah pulak cuaca yang kejap panas, kejap hujan plus mungkin ada budak lain tak sihat kat rumah babysitter tu yang buat senang sangat kena jangkitan. Dah adik sakit, abang pun kena tempias jugak. Bila dah sihat ni happy je Inarra sengih tunjuk 6 batang gigi. 4 keluar masa dia demam masuk hospital hari tu. Selera makan pun mencanak naik. Darrien pun sama. Suap nasik bukan main lagi selera dia. Best je masak bila anak-anak berselera makan. Tepat pukul 12.30 tengah hari je dia bersuara "Mama, nak makan nasik".  Makan malam pun. Lambat sedia je ada la orang bersuara cakap nak makan nasik. Cuti CNY tahun ni seronok sikit sebab dah 3 kali weekend aku rasa tak best sebab anak sakit. Anak happy mak pun happy. Dah jangan jatuh sakit lagi nanti mama sedih.

Wednesday, January 11, 2017

Hijau, Kuning dan Merah

Warna-warna kehidupan betoi.

Masa bujang dulu sebelah kaki pun xpernah masuk bahagian kecemasan hospital. Masuk hospital bermalam lagi la tak pernah. Eh..ada 2 kali, 1st masa form 5 teman kawan kena asma. Teruk dia kena...kesian sangat...2nd masa diploma kawan sakit tak ingat.

Semenjak ada anak ni....dah macam rumah no.2 pulak. Dalam setahun mesti dapat pakej bermalam kat hospital. Makan, tido, mengadap anak je. Bertabah je la kan...bahagian aku kan.....ada orang lagi susah dari aku.

Tapi malam ni lain dari sebelum ni....pertama kali masuk red zone. Sebelum ni sampai yellow zone je. Dah masuk dua2 zone ni baru nampak kesibukan doktor2 kan. Kalau yang pegi emergency dept (ED) kena tunggu 4 jam. Yang masuk yellow n red ni memang doktor attend cepat atas sebab keseriusan kes. Tapi tetap menunggu ye selepas dapat 1st treatment. Macam malam ni, aku masuk red zone sebab inarra bernafas laju. Korang kena maklum bayi bawah setahun memang akan dapat keutamaan walau dia masuk zone mana pun. Lepas doktor bagi neb menunggu la kami disini sebab ada kes lecur. Hampir semua doktor dan staff bagi tumpuan untuk diorang. Aku dengar diorang dari kilang coklat. Ada letupan kat sana. Tak nampak sangat. Tapi dengar la dia mengerang sakit.

Moral of the story, kalau korang pegi hospital kerajaan masuk green zone yang kena tunggu berejam-rejam tu....tetapkan dalam hati supaya bersabar banyak-banyak. Doktor sibuk ok. Dah doktor kat malaysia ni masih lagi kurang berbanding jumlah penduduk. Pernah dulu aku datang pukul 9 pagi doktor tu rawat anak aku, aku datang balik pukul 9 malam doktor tu belum boleh balik tau siap dia datang tengok anak aku. Kesian dia, 12 jam keje. Bila ntah masa makan, solat dan rehat dia. Kalau kitorang masuk green pulak memang tak pernah kurang dari 3 jam kat situ. Macam malam ni, aku sampai pukul 1 pagi, sekarang masa aku taip entry ni pukul 4.48 pagi ingatkan dapat balik....rupanya admitted pagi ni 12 Jan 17...huhuhu....doktor saya sleep deprived dari minggu lepas lagi....adakah saya tak layak dapat mc???huhuhuhu.....

Apapun...terima kasih doktor dan para staff perubatan.

Monday, January 9, 2017

Alahai adik...alahai abang...



Pagi Khamis lepas betapa sayunya hati nak pegi keje tapi demi mencari rezeki ku gagahkan jua….gitttuuuu…

Inarra dah 2 hari sakit gusi…gigi atasnya nak tumbuh dah…gigi ke-3 Inarra. Sejak rabu peelnya makin bertambah..asik nak melekap je..kalau tinggal pegi toilet 2 minit pun nangis. Sampai rumah semalam siap masak, mandi, solat, makan selaju yang boleh lepas tu pegi pharmacy cari teething gel terus. Sebelum ni tak beli sebab dia ok je takde merengek-rengek nak berdukung sepanjang masa. Kali ni memang gusi sekitar gigi tu nampak bengkak dan merah tu terus nak beli. Dah sampai farmasi beli sekali ulser gel sebab lidahnya pun ada ulser sikit. 

Dalam kereta dah ngantuk plus lapar agaknya bagi direct bf dia nak. Terlelap sekejap dalam kereta. Ingatkan nak tido terus rupanya sampai rumah sambung nangis….layan orang merap sampai pukul 11 dah ngantuk tapi tak boleh tido…try bagi bf reject….last-last bagi makanla…lapar agaknya sebab asik reject susu dari rumah babysitter lagi. lepas makan, baru nampak selesa rupa dia dan barulah gosok-gosok mata nak tido. 

Dapatla tido beberapa jam sebelum dia terjaga balik, start pukul 3 pagi tidur-tidur ayam je kami ni….tadi pukul 6 dia dah lapar tapi masih taknak bf…last bawak pegi dapur bagi makan sikit…lepas makan baru dia boleh sambung tido…kesian..nak minum susu tapi takut sakit…asik nangis je. Lepas tu bagi kat daddynya suruh tidokan sebab nak pam susu sebab dah semalaman dia refuse. Lepas tu terus siap nak gi keje. 

Sebabnya mula-mula nak off je tapi mengenangkan HQ baru 1st day keje kat sana dan semalam pun ada hantar email hari ni tunggu reply diorang la plus lain-lain email lagi nak kena reply. Tak dapek la nak cuti…..
Tapi sedihnya bila Inarra sedar masa nak pegi keje tadi…badan panas lepas bagi ubat dia asik angkat tangan minta aku angkat dia…huhuhu…lagi sambil angkat tangan sambil sebut mammaaa..mammaaa…aaaaa….macam nak cabut balik je tudung duduk rumah…Inarra ni memang aku perasan sejak dia umur 4 bulan lagi kalau dia menangis sakit memang dia boleh sebut mama tu. bukan sekadar bunyi ma..ma..ma. memang dia maksudkan nak mamanya. Adoi adikkkk…mama pun kalau boleh nak jaga adik…kesian adik mama keje masa adik sakit. Lagi satu, memang ada ‘aku’ dalam dia. Aku pun macam dia juga tak boleh sakit sikit pun. Sakit sikit pun terus stop semua plan, semua hal pun aku jadi badmood. Aku suka tiptop condition kalau nak buat apa-apa.

Sambil Inarra merengek-rengek Darrien pun tersedar sekali…lepas tu dia cakap, “baby, sini bum (baring) dengan abang Darrien, mama work”…alahai anak-anakku sayang…understanding betol…Darrien bila adiknya merengek jarang dia tambah 'perisa' lagi. dia tiba-tiba boleh jadi mature pulak. Tapi kalau adiknya behave dia pulak datang perangai baby pulak…kadang-kadang merangkak kat lantai race dengan Inarra kejar maknya…

Aku angkat jugalah adiknya tadi pujuk-pujuk, usap sambil cakap mama kena keje ni…bila dia diam pass kat bapaknya pulak. Lepas tu angkat barang keluar rumah. Tunggu lagi nanti tak pegi terus ke ofis. 

Lastnyer hari tu aku half day…tapi tak balik rumah pun…aku lepak kat rumah baby sitter sampai petang baru balik. Kurang la sikit panas nak bawa anak dalam kete. 

p/s; sampai harini Inarra masih belum sihat sebab lepas tumbuh gigi, mulut dia ada ulser pulak. sekali dengan Darrien pun kena ulser dan tonsil bengkak. Pun taknak makan, taknak minum susu...ber'huhuhu' la aku tak cukup rehat, Darrien pulak bila tak sihat perangai babynya keluar pulak....cepat la sembuh anak-anak....ceriakan balik hidup kita.