Monday, May 14, 2012

Charlie

kredit gambar: google

Suatu ketika dulu aku pernah mengalami keadaan melecur disebabkan binatang ‘Charlie’ atau ‘Tomcat’ atau nama modennya kumbang Rove. Oh my…dia betul-betul musuh dalam selimut sebab datang serang waktu malam sewaktu lena dibuai mimpi. Bangun pagi je..sebahagian muka dah merah dan melecur macam kena minyak panas. Nightmare sungguh time tu…pegi kelas pun semua orang pandang. Dalam hati mesti cakap “huduhnya muka budak pompuan ni…” tak cukup dengan muka, dagu dengan leher pun kena jugak. Sampai roommate sendiri pun tak sanggup nak pandang muka ni dan sanggup bagi krim mukanya untuk dipakai (aku dulu mana ada rejim kecantikan yang betul, pencuci muka je ada)..huhuhuhu….

Pikir punya pikir teringat member lama pernah cerita pasal binatang ni, dia pun pernah kena ngan binatang tu jugak..call la dia tanya nak buat cemana..pastu dia cakap pegi kalau demam baru pegi klinik…dan jangan pakai calamine losyen, nanti berparut hitam tak hilang sampai tua….hmm…dalam hati betul jugak dia cakap, dulu pernah kena kayap air masa sekolah kat kaki, pakai calamine losyen tu memang menyejukkan tapi bila dah baik bekas kayap tu berparut gelap. Terima kasih untuk dia :)

Sebab sayangkan muka ni, taknak bagi berparut tahan sakit dan pedih tunggu sampai melecur tu kering sendiri..sikit pun tak kutil oooo..punyala takut muka yang tak berapa jelita tu jadi huduh terus. Bila dah kering …otak pun ligat berfikir sambil search kat internet vitamin apa yang boleh menghilangkan parut….danggg, jumpa!!!! vitamin E. Terus pegi Guardian PKNS (dulu-dulu shopping kat situ la) beli 2 botol. Aku beli yang 400iU terus sebab itu yang maksimum boleh diambil dalam sehari oleh manusia. Tak cukup dengan tu, aku beli krim vitamin E untuk pakai kat muka. Pastu, baru-baru tu sebelum kena Charlie, aku ada attend beauty seminar kat school aku, dapat normal size Garnier scrub free, masa tu Garnier belum kuar kat pasaran lagi. Jadi pakai la scrub, krim vitamin E dengan makan kapsul vitamin E. Scrub tu aku tenyeh kat pipi selama 2 minggu setiap hari sebab nak galakkan kulit baru cepat tumbuh (ye..aku tau..tak elok scrub hari-hari, tapi aku geram sangat n nak cepat elok so aku belasah la) pastu pakai krim vitamin E tu tiap-tiap malam dan makan vitamin E selama 2 bulan berturut-turut.

Hasilnya…taraaaaaaa!!!!!! Kesemua parut tu kat muka tu hilang tanpa dikesan. Macam tak pernah melecur. Sampainya adik aku kata, mana parut kalau pernah kena Charlie? Aku cakap takde..sume dah hilang..bukan takat tu je…sebab ambil vitamin E secara oral, parut-parut lain pun pudar jugak. Termasuk parut kayap tu, parut jerawat, luka kat jari dan bla, bla, bla…..

Kesimpulannya…kalau melecur:
1.  Tunggu sampai kesan melecur kering
2. Dah kering baru pakai vitamin E dan makan vitamin E. kalau makan waktu lecur tu masih ada, nanti ia lambat kering sekaligus melambatkan proses penyembuhan.
3. Scrub tempat lecur sebelum pakai krim vitamin E untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan dan menambah daya serapan vitamin E ke dalam kulit.
*aku tak bertanggungjawab kalau ada yang tiru cara ni tapi tak berkesan, kesan yang berlainan atau sebarang masalah. segala bentuk langkah yang diambil atas tanggungjawab sendiri.

Tapi yang sebenarnya, baru-baru ni aku melecur kena minyak panas masa goreng ikan..aku pun taktau la sebab apa..selama ni goreng ikan, takdela pulak tergoreng tangan. Time tu dengan tangan aku pun sekali minyak tu nak masak..lecur la sikit kat pergelangan tu. Tapi takdela pulak aku sibuk nak makan vitamin E segala…mungkin sebab bukan kat muka kot..kalau kat muka akak sensitive sikit dik non oi……tapi parut baru ni pun dah start pudar sebab rajin scrub kot. Scrub buat sendiri je.. jimat duit dan lebih mudah.




 

5 comments:

Nuur Athirah said...

u pakai vitamin e jenama ap?

Azi said...

Dulu saya makan jenama Live Well, krim pulak jenama Organic Aid.

Fatin Fathiah said...

Vitamin E paling baik makan waktu bile?

Yuss Roslan said...

Boleh tahu tak harga vit e tu?

Yuss Roslan said...

Boleh tahu tak harga vit e tu?