Wednesday, April 25, 2012

Cantik dengan minyak zaitun


Baru-baru ini aku jadi sangat tertarik dengan minyak zaitun. Mula-mula dulu aku beli minyak zaitun sebab nak buat scrub je. Resepi scrub tu nanti aku tulis. Lepas sedikit desk research, baru la aku tau banyak sebenarnya kegunaan minyak zaitun ni. Disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran, sejarah mencatatkan, Muhammad (prophet p.b.u.h) pernah berkata:


`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja


Klasifikasi minyak zaitun:


Extra virgin olive oil
hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

Virgin olive oil
perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

Pure olive oil / Olive oil
melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

Extra Light olive oil
hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

Kat bawah ni adalah cara aku menggunakan minyak zaitun secara luaran:


1. Scrub badan
    3 sudu minyak zaitun
    2 sudu madu
    ½ cawan gula pasir

    Gaul sebati dan gunakan sebagai scrub pada badan dan wajah.

2. Rambut
Lumur minyak zaitun pada rambut, urut kulit kepada dan biarkan 10 – 15 minit. Kemudian syampu dan gunakan perapi seperti biasa. Kalau nak cuci keesokan hari pun boleh, tapi tak praktikal kat aku.


3. Lulur badan dan wajah
Untuk melambatkan penuaan, lumur minyak zaitun pada badan dan wajah dan urut lembut. Elakkan bahagian mata. Kalau ikut petua dari halaman lain, cuci dengan air suam tapi aku cuci dengan pembersih muka macam biasa. Tetap terasa kesannya selain takdela oily sangat lepas tu.


4. Perawatan tangan dan kuku
Urutkan minyak pada tangan dan kuku.


5. Melembutkan kulit (belum buat lagi)
Kalau ada masalah kulit kaki atau tangan mengelupas, lumur minyak dan pakai stoking semalaman. Esoknya baru cuci.


Minyak zaitun (extra virgin) juga boleh diminum untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Tapi rasa minyak zaitun meloyakan bila dah masuk dalam tekak. Tips untuk mengelakkan rasa loya tu lama kat tekak adalah dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum sesudu the minyak zaitun.


Cara-cara mengekalkan khasiat minyak zaitun:
Tutup rapat dan letakkan di tempat yang terlindung daripada cahaya dan sejuk. Cahaya dan haba adalah musuh kepada minyak zaitun.

Sumber:



 

Monday, April 23, 2012

Enjoy your life!


Tiap-tiap tahun company aku sediakan free medical check untuk semua staff.  Tahun ni, yang pertama untuk aku. Complete check up okey...bukan takat urine test je...free plak tu..gomen pun tak spon 1.2mil staff dia buat medical check sampai tahap tu. Kalo korang nak, meh la apply kat tempat keje aku ni..kompem korang troma setiap kali datangnya April..sampai aku yang penakut tahap gaban ni pun terpaksa serah tangan untuk diambik darah. Tapi jangan tanya la keadaan aku time tu..tangan basah giler...ambik keputusan SPM pun tangan tak menggeletar walau pun keputusan kat slip tu memang tau takkan gempak.

Sampai doktor guna jarum baby je untuk ambik darah aku. Eh, sebenarnya aku taktau pun doktor guna jarum apa..cuma orang yang berbaris kat belakang aku cakap "eee...doktor guna jarum baby la kat dia..." Whatever, asalkan darah boleh keluar...Boleh pulak time aku tengah di ambik darah orang belakang aku cakap, "pusing la kepala tu..taknak tengok ke darah awak...kaler purple"..ces...aku tengah dok kawal pernafasan sebab doktor cakap salur darah aku lari bila kena jarum ni..sebelum tu dah kena cucuk sekali   tapi vein aku melarikan diri...agaknya vein aku pun tak merelakan darah di sedut dari situ..Last-last, bekas kena cucuk jarum baby tu 5 hari baru hilang..ambik ko...orang lain 2 jam lepas ambik darah terus xnampak kesan..yang aku berhari-hari baru hilang.

Petang tadi dapat keputusan ujian darah, air kencing dengan ECG...ujian darah pertama yang aku alami sepanjang hidup aku. Baru aku tau aku punya jenis darah, tahap kolestrol..bla..bla..bla...syukurla semuanya normal kecuali 2 benda je yang terlebih sikit dari normal. 2 benda tu adalah bilirubin (sila google sendiri sebab aku tak reti nak terangkan) dengan tahap LDL atau dengan kata lain lemak jahat. Yang bilirubin tu, doktor cakap takyah risau..sebab takleh buat apa pun sebab hati aku masih berfungsi dengan baik..

Yang LDL tu....hmmm.....lebih sikit je..hehee..normal kurang daripada 2.58. Aku punya bacaan 2.80. Tapi doktor tu sangat sporting..dia cakap "ntah-ntah 2 3 hari sebelum blood test awak ni ada banyak makan makanan bergoreng kot"..yang sebenarnya memang pun, hari-hari balik rumah mengadap keropok dengan kek hati pari tu dah la sejak dua bulan lepas aku yang mengabiskan dekat 2 loyang (8 x 8) hati pari tu, ..mana la LDL tak tinggi. Sedap giler kek tu...Tapi, takpe...yang HDL tu tinggi jugak lebih daripada 0.91..jadi balance la..cuma kena kurangkan lemak-lemak jahat je...jadi mari kita teruskan makan telur omega-3 dengan minum susu anti koles. Tak sia-sia Zz beli susu tepung kat aku tiap-tiap bulan. Kalau dia beli susu kotak kompem aku mintak yang full cream atau fresh milk sebab low fat milk rasa tak best.

Keseluruhannya, semuanya ok...itu tandanya aku tak perlu ubah apa-apa dalam diet...makan je apa yang aku suka setiap hari seperti biasa....macam doktor nasihat kat aku petang tadi..don't worry, be happy and enjoy your life!




 

Tuesday, April 17, 2012

Slice Cheese Cake

Sebab dah banyak kali buat kek ni, dah berani nak disclose hasil air tangan sendiri.Kek ni memang tak mengecewakan setiap kali buat cuma yang aku buat mesti sedikit mengecut bila sejuk tak macam Kak Ros, semedang gebu keknya...tapi sedap dan walaupun kecut sikit..masih mendapat pujian daripada rakan sekerja. Kek ni  sangat sesuai untuk minum petang.

Inilah hasilnya!


Resepi dari halaman Kak Ros
Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )
Slice Cheese Cake

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.



 

Saturday, April 14, 2012

Musim bunga di Bintulu


31 Mac lepas pulang ke Bintulu...kitorang dapat tiket murah masa AA buat promo hujung tahun lepas. Return ticket KL-BTL RM200 je tak termasuk makanan dan luggage. Campur semua dalam RM280 je...masih lagi dikira murah berbanding waktu lain. Balik pagi hari sabtu dan pulang hari ahad, 1 April. Kejap je. Rasa berbaloi jugak sebenarnya sebab tiket murah. Sempat la menikmati terubuk kukus, ketam, sotong & udang kat sana sepuas hati...lelebih lagi ketam...aduhhhh....lagi aku disuruh-suruh mengabiskan ketam dengan Nia..apalagi memang abis kitorang kerjakan..kalau simpan pun dah tak sedap nanti, jadi makan je la..sori ok, jangan berangan nak tengok gambar...dah alhamdulillah kekenyangan baru aku teringat kamera..hehehee...


Sarapan pagi..

Mata merah sebab bersungguh tahan tido. Dahla kitorang terlewat bangun pagi tu..flight pukul 6.45 pagi tapi pukul 6 baru sampai airport. Masing-masing lupa set alarm. Nasib baik dah web check-in hari sebelumnya..beg pulak hand luggage je. 

Pad thai, rasanya bleh tahan.

Spagetti bolognese

Menuju ke timur, siangnya lebih cepat.

Rasa macam cerita kayangan pulak tengok awan pagi ni.

Kebetulan masa balik kali ni Nia dah ada bela sekor kucing kat rumah tu..memang syok la aku berteman kucing masa kat sana..Zz pulak dah tersuka kucing sekarang ni..dia siap belikan tempat tido dengan tempat cakar untuk kucing Nia lagi..

Nama Mo Nyeng..sungguh la tak komersil..tapi pandai ambik hati orang...kalau takde orang kat hall..datang berbunyi depan pintu bilik suh buka pintu pastu join orang duk kat dalam bilik.

Cat scratcher

Nama pendek, Nyeng.

Kalau kat Jepun tengah musim bunga..sama juga di Bintulu..hehehe..adala bunga yang sedang mekar di taman...alang-alang bawa Lumix tu..snap jugak la 2, 3 gambar..






Balik pada 1 April, Ahad, 6.55pm..ada rezeki pulang lagi..bukan jauh pun...2 jam perjalanan je...

Adios..




 

Kerabu Tomato


Aku memang sayang kat resepi ni. Resepi ni telah berjaya membuat aku makan tomato. Lagi pulak, menu ni sihat dan mudah. Tak sangka yang tomato sedap hingga menjilat jari. Resepi asal aku ambik kat Mat Gebu . Tapi aku seperti biasa akan menambah ke'kreatif'an aku dalam mana2 resepi yang aku jumpa dan ternyata ianya sedappppp sekali....hehehehe..layannnn...


5 biji tomato (pilih yang kurang masak)
100 g ikan bilis
5 biji limau kasturi
1 batang serai
1 biji bawang besar
1 batang cili besar (jika suka pedas, gantikan dengan cili padi)
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit pati ikan bilis dan gula

Hiris tomato, serai, bawang besar dan cili besar.
Perah limau kasturi, ambil jusnya.
Goreng ikan bilis dan toskan
Satukan tomato, serai, bawang besar, cili besar, jus limau, gula, sos ikan, pati ikan bilis, gula dan ikan bilis goreng dalam 1 bekas.
Gaul rata.
Hidangkan bersama nasi putih yang masih panas....terangkattt...