Wednesday, January 26, 2011

Bila hubungan diniagakan :(

Dua hari lepas kawan lama Lin aku bagi SMS, dia bagi tau kawan lama kitorang masa buat diploma dulu nak datang rumah dia. Dia bekas roommate kitorang selama 2 tahun, dah kawin, ada anak sorang dan tinggal di Kuantan. Aku namakan dia Cik C.

Apela sangat nak diceritakan kalau setakat kawan lama nak datang melawat kita kan? Patut kena happy la....Memang tak salah........Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii....................yang menjadi kisahnya adalah masa Lin SMS aku, jam menunjukkan jam 11 MALAM bukan 11 pagi.......lalu aku pun balas la kat Lin, ape kejadahnya dia nak datang melawat malam2 buta ni...dah la semalam tu hari Rabu..Khamis orang masuk keje la....bukannya cuti. Kalau setakat nak melepaskan rindu dendam kat kawan lama ape takleh tunggu hari tu siang sikit ke? Malam-malam baiklah duduk kat rumah tengok tv takpun tido awal recharge tenaga untuk masuk keja esok.

Aku expect Cik C ni beria nak datang sebab nak promote MLM yang dia join tu. Sebab dulu aku pernah terkena masa bulan posa tahun lepas. Tetiba dia SMS aku nak duit raya tak...semua tetamu akan dapat duit sekurang-kurangnya 50. Tapi dia tak dapat pegi sebab rumah jauh nun di Kuantan. Event tu kat Bangi. Dia suh aku pegi untuk ganti dia. Pastu dia suh aku contact spupu dia untuk cop tempat. Duit weh....sapa nak bagi free kan??tambah2 dah besar panjang keja pulak tu...aku pun pegila ngan tunang aku masa tu...dia cakap ada  dinner sekali. Maka aku ngan tunang aku pun buka posa makan yang ringan2 je..takdela mentekedarah tak hengat. Malam tu kitorang pegi la..sampai je..spupu yang dia suh aku contact tu nama dia Cik Z pun bawa kitorang ke sebuah function room.

Haaaaa...ni la aku nak story...masuk je bilik tu...bila orang kat dalam tu dah penuh macam tin sardin..ahli-ahli dorang pun block pintu keluar tak bagi orang keluar. Time tu aku baru 1/2 jam kat dalam tu n aku dah dapat agak ni mesti keja orang MLM punya..aku tengah berkira-kira nak keluar dari situ. Tapi tak dapat..Patutla bila aku tanya sapa organizer, sapa yang pegi, program tu untuk apa tak terjawab soklan aku...ni agenda diorang rupanya. Masa kat dalam otai2 diorang ni dengan lancangnya cakap dah pegi negara tu, negara ni..dapat insentif tu, insentif ni..beli rumah kat area mahal la, dapat keta mewah la, dapat beli barangan mewah la..begitu bangganya mereka2 itu. Tapi salah orang la...aku ngan tunang aku memang sekufu pemikiran. Tak kuasa kami nak join. Bagi kami, kalau betul ko dah kayakan.......apsal ko duduk rumah teres, walaupun area tu kawasan mahal, kenapa tak beli tanah buat banglo 5 tingkat siap ngan lift dalam tu? kete ko bukan ko beli sendiri??ouh..kami dapat insentif...pegi luar negara ramai2, apsal ko tak pegi sendiri? abaikan offer company kan ke selalunya benda2 tu bleh tukar ngan duit kalau tak nak join? pegi sendiri lagi romantik dan puas..takyah ikut selera orang kalau nak pegi mana2 tempat tul tak?

Ko cakap berapi-rapi..kutuk orang lain pakai baju murah, keta kecik segala...aku tengok pakaian yang ko kata mahal tu......takdela cun pun...lagi satu...ko pakai handbag coach, kasut Givenchy, baju beli kat munawarrah..eh, takkk...kan dah pegi oversea...harus baju yang dipakai imported jugak..tudung ariani...mekap MAC..tapi the way ko carry macam kampung, dengan selebetnye.....tak lawa jugak...tu blum check yang kat dalam....kalau pakai Vic Secret ok la gak...paling kurang Triumph  aku bleh accept...kalo Scarlet?? aku mau gelak guling2...sentuh pasal makan..aku ingat diorang cakap dinner is provided tu.......makanan hotel....tapi rupanya diorang save budget..potluck je...hehehe...hilang respect aku pada otai2 itu..patutnya..korang kan dah kaya...invest la skit..sponsor makan malam..takpun bagi la hi tea...barula aku ngan tunang aku rasa..."eh, kayanya diorang..sampai dapat sponsor dinner"...macam tu..maula jugak aku register masuk ngan MLM diorang tu..pasal yang duit raya tu pulak...dalam banyak2 sampul duit raya yang diedarkan malam tu...cuma sorang je yang dapat RM50..yang lain dapat singgit, dua hinggit dan tiga hinggit..mostly dapat singgit la dan aku adalah salah seorang yg dapat singgit. Lepas tu..aku berikrar takkan tertipu dengan Cik C lagi. Kalau aku masuk pun..biarla kena caranya. Aku tak berkenan sungguh dengan cara cenggitu.

Tapi aku cakap jugakla kat Lin, ntah-ntah kitorang punya assumption tu salah. Dah orang sudi nak datang rumah kita, kenala layan baik2. Lagipun agama kan suruh kita bersangka baik dan melayan tetamu dengan baik. Manala tau dia memang dah tak sempat nak datang waktu lain, jadi alang2 dah sampai kat KL nih baikla melawat kawan terus. Bukanla dekat Kuantan ngan KL. Padahal 2 setengah jam dah sampai kalau drive sendiri. Lin pun lembut hati...takmau kaco aku lama2, ye la dah dekat pukul 12...dia pun close conversation ngan aku.

BUT...........tadi Lin SMS aku...rupa2nya memang betul sangkaan kitorang yang dia datang memang membawa hajat.......memang citer pasal MLM tu lah..dan tepat jugak sangkaan aku..Lin register. Hati Lin memang lembut. Dia cepat kesian, tambah2 lagi dengan kawan. Dan semalam, Lin pegi talk diorang, kul 2 pagi baru balik..pastu hari ni masuk keje pulak..memang cam panda campur koala la muka dia rasanya.

Rupa-rupanya Cik C dah buat loan 60k untuk mulakan bisnes dia dengan MLM tu. Aku harap dia berjaya..aku tak dengki..cuma yang aku tak suka adalah...jangan buat aku rasa ditipu. Aku tak nafikan ada ramai usahawan MLM yang berjaya dan diorang ni memang kuat berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan kesusahan, aku pun bangga jugak tengok orang melayu bawak BMW, Mercedes but, just be transparent, there must be somebody out there interested in your business. Jangan memperdaya orang lah..lelebih lagi kawan. Dalam bisnes, kawan memang boleh jadi potential customer or downline tapi kalau kawan tu taknak jangan ko paksa dia (direct or indirect) dan jangan pulak bila dia menolak ko jauhkan diri as if aku pegi kat ko dengan harapan ko bawa untung untuk aku, since ko tak dapat bagi aku apa2 tak guna la aku berkawan ngan ko.

Friend is a long term relationship. Kalau dia tak tolong kita hari ni, masa depan mungkin dia adalah orang pertama yang muncul bila kita dalam kesusahan siapa tahu?




 

Sunday, January 23, 2011

Kenapa saya malas menerima pendapat orang lain dalam menjalani kehidupan rumahtangga saya.


1. Masa depan rumahtangga adalah di tangan saya (dengan tidak menolak takdir tuhan). Saya tidak mahu mendengar cakap2 orang lain yang cakap "ini tidak bagus", "kau buat begini baru bagus" menguasai saya. Saya tidak mahu rasa menyesal kerana mengikut pendapat orang lain tetapi akhirnya pendapat mereka tidak sesuai dengan kehidupan saya mungkin dari segi sosial, ekonomi dan corak hidup saya.

2. Sepanjang pengalaman saya, orang lain hanya akan komen itu ini dan pergi. Mereka tidak bersama-sama saya apabila saya telah membuat keputusan seperti yang mereka sarankan. Apa yang mereka kata ialah "itukan hidup ko, ko pandai2 la nak hidup".. eh, tau la pulak cakap macam tu..masa bagi cadangan bukan main lagi berbakul-bakul siap cakap saya ni degil taknak dengar cakap orang..bila saya dengar cakap mereka tetapi keadaan tak jadi seperti yang diharapkan mereka tidak membawa saya keluar dari masalah tersebut, mereka hanya akan mengelakkan diri saja takpun mereka hanya ada seketika sahaja selebihnya saya jugak yang terpaksa hadapi.

3. Mereka yang hanya tahu memberi cadangan itu tidak hidup bersama saya. Mereka adalah pemerhati sahaja. Jadi, mereka tidak tahu apakah sebenarnya yang terbaik kepada saya. Mereka hanya memberi buah fikiran dari sudut pandangan mereka bukan saya dan cadangan yang dilontarkan mungkan baik untuk diaplikasi oleh mereka bukan saya.

4. Orang yang selalu beri cadangan itu kadang-kadang kehidupan takdela bagus mana. Bukanla saya taknak terima tapi pernah dengar tak ayat ni "seperti ketam mengajar anaknya berjalan"? So, fikirla sendiri.

5. Saya tidak kata saya tak pernah tak menyesal dengan keputusan saya sebelum2 ni..tapi sebab keputusan saya yang sebelum-sebelum ni diambil oleh pendapat saya sendiri (of course mengambil kira pandangan orang lain jugak tapi bukan bulat-bulat je) jadi saya sangat berpuas hati dan belajar untuk lebih maju secara tak langsung. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa atas keputusan saya yang ambil sebelum2 ni. 

6. Daripada pengalaman saya, pendapat orang hanya boleh di dengar dan ambil sebagai iktibar atau langkah berjaga-jaga. Tak semestinya ianya akan terjadi pada saya.  Contohnya, dulu semasa saya cakap teman lelaki saya berasal dari Malaysia Timur, seorang kawan (berdasarkan pengalaman dia) pernah berkata pada saya kalau boleh elakkan berkawan secara serius dengan orang dari sana kerana ianya mungkin tidak sampai ke jinjang pelamin, saya hanya untuk girlie2 sahaja.  Mula-mula memang saya agak skeptikal tentang teman lelaki saya itu, tapi disebabkan dasar saya adalah untuk tidak mendengar cakap orang maka saya pun meneruskan hubungan itu dan akhirnya si dia adalah suami saya sekarang ini. 

7. Kalau saya dengar cakap orang, saya takkan puas hidup bujang dan saya masih bujang pada waktu ini sebab :
  • orang asyik suruh saya kawin cepat takut hubungan saya putus & tak sempat kawin sedang saya inginkan kepuasan dalam kehidupan solo saya, thank god saya tak dengar cakap diorang masa tu saya lakukan apa yang saya hajati dan saya tidak rasa menyesal kerana berkahwin pada usia saya menjangkau 26 tahun. Saya mungkin menyesal sekiranya saya berkahwin lebih awal daripada itu.
  • mungkin saya putuskan hubungan dengan teman lelaki kerana pengalaman kawan saya 
  • saya buat keputusan untuk berkahwin pada saat yang saya rasakan sudah bersedia secara emosi dan fizikal tapi sebenarnya ada la jugak sedikit campur tangan orang lain yang menyebabkan saya kawin hujung tahun lepas. kalau tak saya nak kawin tahun ni, takpela tercepat sedikit.. :)
  • kalau dengar cakap orang mungkin saya belum kawin sebab orang asyik mengata saya lebih tinggi dari suami saya, kampung halaman dia sangat jauh dan dia adalah anak lelaki tunggal, takut nanti dia tak benarkan saya balik jenguk ibu bapa dan ibu bapa saya juga sukar untuk melawat kalau saya tinggal di sana, dia tak hensem kalau nak dibandingkan dengan saya, maaf saya bukan nak angkat bakul sendiri ini adalah cakap2 & pendapat orang la, itu sebab saya tak suka DENGAR CAKAP ORANG.
8. Kalau diteliti Islam menggalakkan penganutnya mencari pasangan yang sekufu dengannya. Pada saya pengertian sekufu bukan hanya diukur pada taraf pendidikan, latar belakang keluarga dan keadaan fizikal tetapi juga sekufu dalam pemikiran. Jadi selagi saya sependapat dengan suami saya, bukanlah satu masalah walaupun keputusan yang dibuat itu tidak kena pada pendapat orang lain.

Jadi, walaupun orang akan berkata "awak tak patut fikir macam tu, kalau jadi macam ini macam mana?". Ayat yang terlalu banyak 'macam' itu tidak bagus dalam kehidupan, jadi tetapkan hati minta pertolongan-Nya semoga diperkenankan dan dijauhkan perkara negatif kemudian teruskan hidup seperti biasa. Apapun yang terjadi selepas itu adalah qada' dan qadar tuhan. Jangan biarkan apa yang telah orang lain lalui menguasai diri lalu mengganggu rencana yang telah dibuat. Apa yang terjadi pada orang lain adalah ketentuan-Nya belum tentu perkara yang sama akan menimpa diri kamu. Jadi, pandang ke hadapan dan teruslah melangkah dengan yakin.