Monday, October 25, 2010

Tips Tidur Cara Aku

Ada jadual yang sibuk 7 hari seminggu buat aku jarang dapat update blog ni. Sebab asyik sibuk je, aku pentingkan tidur yang berkualiti untuk elak kekurangan tenaga pada waktu siangnya. Tidur penting sebab sekarang susah untuk aku curi masa tidur siang walaupun hujung minggu.  Ape ce nak tido depan cash register machine, nak kena potong gaji??Tak tido pun duit short, walaupun 3 posen duit tetap duit....

Jadi aku nak kongsi tips tidur cara aku. Cara mengatasi masalah mengantuk di siang hari adalah dengan memastikan tidur malam yang berkualiti.

Tips tidur cara aku adalah:
  1. Minum sebelum tidur - Minum jangan banyak, nanti esok pagi mata jadi cam panda dan tidur pun terganggu sebab bangun buang air tengah2 malam.
  2. Elakkan makan berat apabila hampir waktu tidur. Perut yang kekenyangan buat tidur aku tak nyenyak, hanya berat badan yang akan bertambah.
  3. Jangan sesekali tidur siang melebihi 30 minit (yang ni...dulu aku rajin buat, akibatnya malam aku susah nak lena)
  4. Bilik yang kemas. 
  5. Bilik mempunyai bau yang menyenangkan
  6. Selimut dan cadar yang bersih
  7. Elakkan minuman berkafein 2 jam sebelum tidur
  8. Main game kat dalam phone sebelum tidur
  9. Tidur lepas sapu losyen wangi kat badan
  10. Basuh kaki sebelum tido
  11. Pakaian yang selesa dan menyerap peluh
  12. Usahakan untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam. 
  13. Jangan mengada kata tido mesti 8jam.  Sebenarnya kalau umur dah 18 tahun keatas, 6 jam pun dah cukup.
  14. Biasakan diri untuk tidur dalam suasana gelap
  15. Tido wajib pakai selimut, walaupun panas kaki kena tutup.  Sebab waktu antara jaga dan lena adalah paling mudah korang kena ganggu dengan makhluk halus dan gangguan seperti itu biasanya menggunakan tapak kaki sebagai pintu masuk.
  16. Posisi tido pun kena ambil kira juga. Paling bagus tido mengiring ke kanan sambil kaki kiri bengkok di atas kaki kanan. Korang nak tau sebab? Klik kat sini Posisi Tidur Menurut Islam & Sains
  17. Baca ayat kursi & doa tidur. Insyallah takde mimpi buruk bila tido. Taktau bace?Takpe..tengok kat bawah 
Untuk doa tidur, klik kat sini

                                           Ayat Al-Kursi

Terjemahan
"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan Nya apa yang ada di langitdan di bumi.Siapakah yang dapat memberisyafaat disisi Allah tanpa izin Nya?Allah mengetahui apa-apa yang di hadapanmereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi.Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Kenapa kena baca ayat kursi???

Sebab....Rasulullah SAW bersabda bermaksud
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya , Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga Subuh."

"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 sekitarnya."


Perkara-perkara yang aku tulis ni bukan aku merepek ekk....memang aku buat tau...kalau yang baca entry ni ada idea lain, korang dialu-alukan untuk tulis cadangan korang kat comment area. Tetiba dapat idea nak tulis pasal tido ni sebab terbaca artikel kat utusan pagi tadi pasal imsomnia. Naktau klik kat sini.


 

2 comments:

Shahrina My said...

Baguslah tue, amalan sihat membawa berkat... Thank you cik azimah.

Azi said...

Baekla....che ina...sama2..