Saturday, April 17, 2010

Naik kapal terbang ke Dubai 2

Desert Safari!!!!

Ada orang bagi tau kalau datang ke Dubai, kunjungan tu takkan lengkap kalau tak pegi desert safari.

Disebabkan statement tu, aku pun join the Desert Safari tu dengan bayaran 150dirham.  Seperti yang aku yang dijanjikan, driver sampai dengan four wheel drive tepat pukul 3.30 petang.  Bertemankan 6 orang lagi yang sama-sama join aktiviti tu, kami bertolak dari hotel menuju ke tempat yang dijanjikan.

Aku tak dapat bagi maklumat teliti pasal tempat yang aku pegi tu sebab tempat duduk aku kat belakang sekali.  Jadi tak dapat la aku interview driver yang bawa aku tu.  K, takpa...dengan sapa aku pegi, dan apa nama tempat tu aku tak dapat citer dengan teliti and tu pun bukan main point aku.  Yang aku nak citer adalah pengalaman aku sepanjang menyertai desert safari tu.

Mula-mula, driver tu bawa kitorang ke padang pasir.  Sebelum memulakan perjalanan, setiap driver akan berkumpul sesama mereka (ya, bergerak didalam kumpulan) untuk memeriksa kondisi kereta seperti tekanan tayar.  Memandu di padang pasir memerlukan skil panduan yang cekap dan tekanan tayar mestilah rendah sedikit daripada tekanan tayar di jalan raya untuk memastikan cengkaman tayar semasa membrek di kawasan berpasir.  Ya Allah.....melalui bukit pasir dengan kereta sangatla mencabar, ada rasa-rasa macam naik roller coaster pulak..aku terus teringat rancangan Jejak Rasul semasa memulakan perjalanan.

Setengah jam mengharung padang pasir, aku dan penumpang lain dibenarkan keluar untuk menghirup udara padang pasir.  Urgghhh....masa ni aku teringatkan colleague aku.  Patutnya dia ingatkan aku supaya bawak sekali face mask.  Nasib baik aku pakai tudung, dapatla cover hidung daripada hidu pasir.  Glasses memang dah tersedia dalam beg, so mata dah dapat perlindungan la.

Selepas lima minit berhenti, kami masuk semula ke dalam kereta.  Tak sampai sepuluh minit bergerak, salah seorang penumpang termuntah...yarkkk!!!nasib baik sindrom muntah aku dah tamat sejak aku masuk sekolah berasrama.  Kalau tak, aku pun jadi penyumbang kepada pengeluaran isi perut.  Walaupun begitu, aku tetap terasa perut aku lain macam sebab aku terpandang penumpang tu waktu dia muntah.  Untuk menyelamatkan keadaan, aku start pejam mata (paksa diri tidur jugak walaupun taknak mulanya).  Terima kasih jugak kepada driver yang berlembut sikit dengan cara memandu selepas kejadian tu.  Maksudnya, takdela lagi die drive turun naik lereng bukit pasir tu, siap drift lagi sampai pasir sume panjat bumbung kete.  Tu kalau tak tutup tingkap memang lengkap le proses beristinjak.

Setelah beberapa lama tertidur, aku tersedar dan masa tu kereta dah bergerak di atas jalan raya.  Fuhh..lega..
tapi, tiba-tiba kete tu belok kiri..sume dah panik and oh...not again...takkan jalan atas pasir lagi..lepas ni sure akan muntah punya.  Rupa-rupanya driver tu bawak ke desert safari camp....dan sume yang ada dalam kete tu tarik nafas lega.....

Turun je kete nampak ada camel riding, aku pun apa lagi...terus masuk barisan.  Tak lama lepas beratur, dapat la merasa naik unta.  Tinggi tau dok atas badan unta..sebelum ni pernah naik kuda je..lepas ni nak naik gajah pulak la..penjaga unta tu bawak jalan-jalan dekat kawasan tu dalam masa kurang 10 minit.  Hehe...sebab unta yang aku naik tu nakal skit, aku asyik terjerit je masa dia naik dan turunkan penumpang.  Mana taknya, unta tu buat macam nak campak orang yang duduk atas bonggol die je.  Lagi dua ekor unta yang ada kat situ tak buat macam tu.  Unta yang aku naik je yang kasar skit layan manusia.

Lepas naik unta, masuk dalam kawasan camp.  Kat sini, aku pegi buat henna. Kasik lukis skit tangan aku.  Saje je buat, dah ermasuk dalam 150 dirham tu.  Pakai je la.  Kejap je die buat kat tangan aku..tak sampai seminit pun rasanya. Pantas.  Malam tu, sambil mengadap makanan (yang ni termasuk pakej jugak), aku pertama kaliya menonton tarian gelek.  Cantik betul penari tu.  Putih gebu..Ni, nasib baik aku belum kawin.  Kalau aku dah kawin...jangan harap aku bagi laki aku tengok tarian ni tanpa kehadiran aku.  Kang tak nak balik pulak dia.

Lebih kurang pukul 9 malam, kami pun pulang dan semua dihantar ke depan pintu hotel masing-masing.
Dalam perjalanan pulang, aku akui desert safari adalah satu pengalaman yang perlu dirasai untuk first timer di Dubai.   Tapi aku takkan join lagi desert safari lepas ni walaipun ada peluang kedua ke Dubai.  Cukuplah sekali aku laluinya.


No comments: