Monday, March 22, 2010

Hot Air Balloon, Putrajaya

Belon panas... Sejak acara ni keluar dalam kalendar pelancongan Malaysia, aku memangla tunggu bulan 3 datang dalam keadaan yang tak sabar-sabar. Taun lepas aku terlepas peluang nak pegi tengok disebabkan 2 perkara: 1. aku tak check Malaysia calendar of events 2. aku takde kenderaan sendiri nak pegi putrajaya tu. nak naik public transport ke situ semata-mata nak tengok belon tu..harapanle...
Aku ingat aku datang pagi2 tu dapatla aku naik belon tu..tapi rupanya tiket dah abis masa aku sampai. Memula tu aku macam frust la jugak, tapi bila aku tengok yang naik belon tu takde la tinggi mane mood aku terus ok. Tinggi lagi opis aku yang kat tingkat 24 ni. Tak mencabar langsung ok!
Tapi aku cover dengan menangkap gambar bersama burung kakak tua yang tiketnye hanyelah berharga 2 hinggit.
Aku posing dengan tangan kat pipi tu bukan saja2 tau, itu adalah taktik untuk mengelak dari dipatuk burung yang garang tu.



Tengok die patuk aku...kan aku dah cakap..

Agak melampau aksi burung ni, dah sampai berjalan ke kepala aku pulak..seb baik die tak berak atas kepala aku..
Penat dah..nak balik (dalam pic mesti menten senyum padahal asik komplen panas jek)

1 comment:

rara @ ija said...

huhu akhirnya jimah ada new entry...