Thursday, April 6, 2017

Currently in love with….



BEET  ROOT…woot…woot..

Sebenarnya beli ubi bit ni untuk Inarra…sebab dia kurang zat besi masa admitted dulu. Doktor suruh dia makan makanan yang kaya zat besi macam daging, telur, makanan laut dan bayam. Memang ada buat, tapi mungkin olahan aku kurang sedap Inarra makan sikit je. Ye lah…nak letak macam-macam bagi sedap untuk makanan bayi takut perut dia tak tahan pulak. Lainla orang dewasa boleh letak itu ini nak tutup rasa ubi yang kuat tu. Untuk Inarra aku kukus ubi tu lepas tu kisar campur dengan lobak merah. Tapi rasa ubi tu masih lagi kuat. Tak hairan Inarra tak suka sebab aku pun tak berapa lalu nak telan…hehehe…

Lepas tu aku pun cari maklumat lain pasal ubi bit ni. Salah satunya meningkatkan fungsi hati yang mana mama Inarra ni pun ada masalah bilirubin berlebihan…cari sendiri la apa kaitan bilirubin berlebihan ni dengan hati dan ubi bit. Jadi aku pun cari resepi untuk buat jus ubi bit.

Banyak khasiat ubi bit ni (dari sini);

  1. Membersihkan hati, ginjal serta hempedu
  2. Membunuh sel kanser
  3. Menguatkan kapilari darah dan fungsi darah
  4. Menguatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh
  5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel darah merah
  6. Menguatkan stamina
  7. Menguragkan kolestrol
  8. Mengurangkan masalah pencernaan
  9. Sebagai pewarna semulajadi
  10. Menurunkan tekanan darah

Sini aku letak resepi beet root yang biasa aku minum.

  1. Bit, lobak merah, tomato & halia
¼ ubi bit (dipotong kiub)
½ batang lobak merah (dipotong kiub)
1 biji tomato
½ inci halia
¼ biji lemon
1 sudu madu

Kisar ubi bit, lobak merah, halia dan tomato. Perahkan lemon kemudian masukkan madu dan kacau.
Sedia diminum. Aku tak tapis, kalau nak tapis boleh juga.

  1. Bit, apel & halia
¼ ubi bit (dipotong kiub)
1 biji epal
½ inci halia
¼ biji lemon
1 sudu madu

Kisar ubi bit, epal dan halia. Perahkan lemon kemudian masukkan madu dan kacau
Sedia diminum.

Kalau tak suka resepi yang aku letak, boleh je guna daya kreatif masing-masing untuk pelbagaikan resepi jus ubi bit ni. Contohnya, delima, strawberi, timun, sayur hijau dan lain-lain lagi.