|
Nampak je kucing terus ambik tin makanan kucing suruh buka dia nak bagi makan |
Aku suka tulis perkembangan Darrien secara berkala. Bila masa dah berlalu aku baca balik nanti aku tersenyum sendiri. Umur Darrien sekarang 2 tahun 3 bulan.
Komunikasi
Darrien dah boleh cakap sikit-sikit, tapi belum jelas untuk orang yang tak biasa dengan dia. Susu, jatuh, sakit dah betul, banana masih lagi nana, taknak, sakit, eat, minum (num), seluar (suar), bedak (dak), daddy, mama, fish, pampers, mandi (di), hot, plane, lampu, sudu dan banyak lagi la. Normal la tu untuk budak 2 tahun. First time, dia mintak sudu…lama aku nak digest..apela asik du,du,du ni sambil lari pegi kat sinki..last nyer aku angkat dia suruh ambik sendiri. Baru la paham maknyer pon, tempat sudu dekat dengan sinki.
Pemahaman dia agak jelas. Kalau kita cakap jangan atau no memang terus dia bentak. Suruh tutup mata dia buat, tutup dengan jari, mintak barang, kalau merajuk selagi tak abis rajuk taknak minta maaf….ego tinggi melangit…
Boleh dikatakan hampir semua milestone budak 26 bulan dia achieve.
|
Baru sampai rumah, nampak anak jiran main air dia pun tarik hos suruh pasang, lepas tu siram ke udara sambil jerit rain, rain...lepas tu dia pegi siram pintu rumah pulak. |
Perangai
Tapiiiiiii….perangai memang mencabar iman. Walaupun kelakar bila ingat balik…tapi waktu kejadian memang tak boleh elak dari gerammmmmmm……birthday bapak dia tahun ni, pepagi lagi dia berak kat living hall…..mula-mula aku menjerit jugak….dah cuci semua..aku gelak balik la...kesian bapak dia hadiah dahla takde, dapat barang baaaeekkkkkk pulak….hehehehehehe…..
Mandi
Lepas tu, kalau mandi nak dengan aku je….daddy tak mau…sebab dengan aku dia dapat mandi lama sikit…lepas tu dah siap mandi aku ajak masuk dia meniarap katak keluarkan lidah letak kat lantai bilik air kalau tak buat macam tu dia duduk macam orang bertafakur kat bawah shower head….kalau dengan bapak dia takut sikit….elok je dia serah diri lap badan lepas tu keluar dari bilik air.
Nak pakaikan pampers dengan baju pun ada drama. Nanti dia lepaskan tuala lari turun naik katil keluar masuk bilik bila dah kena tangkap nak pakaikan pampers meronta lagi.
Bulan puasa…tahun lepas kitorang buka puasa dia nak join duduk atas riba aku. Tahun ni, up sikit….kerusi sendiri, pegang sudu garfu dan pinggan sendiri. Lepas makan confirm tukar baju.
|
Makan mee sampai perut pun ke depan..dengan mulut muncung lagi sambil tengok movie Plane |
Daddy’s boy
Walaupun dia nampak amat rapat dengan aku. Dia clingy dengan bapak dia bila bapak dia nak keluar dari rumah. Dia punya amukan tu…haha….macam ribut datang. Sedih, pedih dan tersiksa la kalau kena tinggal sampai bapak dia nak keluar tempat yang tak sesuai nak bawak dia sembunyi-sembunyi keluar ikut pintu dapur. Tupun kalau dia nampak dari tingkap kereta bergerak, frust dan sedih sangat. menangis pun sambil sebut….daddy….daddy….muka tekup dengan tangan ke lantai.
Kejut daddy
Bila hujung minggu selalukan aku bangun awal…bila dia terjaga, bangun buka pintu perlahan-lahan terus cari senyum pastu lari peluk aku….niiii aku suka la…..hihihi…lepas tu suruh dia kejutkan bapak dia pulak…cepat-cepat dia lari masuk bilik semula…mendapat la bapak dia…anak dia kejut terus tampar kat mana yang dia sempat…kasar gila…kalau dapat kaki..ok..kadang ke pipi, perut dia tampar…niat nak kejut je..tapi sabar je…motoriknya belum dapat di control sepenuhnya. Kadang-kadang aku tengah tumbuk bawang kat dapur, dia datang nak tegur tapi ditamparnya belakang sampai aku rasa temperature naik kejap. Bila tengok muka dia senyum je tau la aku niat dia nak tegur je.
|
Aku cakap tutup mata dia pun tutup dengan jari telunjuk |
Tukang kemas pakaian
Bila aku mandi terlama sikit..dulu setakat ketuk pintu kuat-kuat je. Sekarang dia advance, aku keluar bilik air pijak panties dengan bra sendiri. kalau weekend petang aku terlelap kejap tapi dia tak tido, aku celik mata je satu drawer baju keluar dari drawer dia. Tapi jadi mak kena pandai sikitlah…..aku ajak dia keluar lepas tu bagi syarat…pegi kemas baju dulu masuk dalam drawer balik…hahahahahaha….memang dia masukkan semua balik…jangan expect dia lipat baliklah…tapi lepas tu kena tunaikan janji bagi dia keluar.
Sleeping time
Malam-malam, sampai waktu tido..macam biasa la..jangan harap bapak dia dapat tengok tv..semua panggil masuk bukan setakat orang dengan segala toy truck dia bawa masuk… gosok gigi dulu ok…sekarang tiap malam gosok gigi….nanti dia cari toothbrush dia …..”green,green” nak cakap toothbrush tak pandai lagi…sebab berus gigi kaler hijau..panggil green je. Lepas tu dia sambung main…masuk dalam bedsheet…dah rupa ju-on…ada orang gelak-gelak dari bawah alas tilam. Selagi tak tutup lampu..ada je akalnya. Dah tutup lampu aktiviti lain pulak dia buat. Kalau dia belum mengantuk, kadang-kadang aku tetido dulu…dia turun naik katil berdiri sebalik langsir tengok lampu, tengok bintang. Bila aku terjaga suruh dia baring, cepat-cepat dia naik tilam baring dengan aku.
|
Ntah hape-hape je boboy ni pakai cekak rambut sampai 2 plak tu |
Memang berwarna-warni hidup aku dengan Darrien ni…korang pernah baring telentang letak kampit beras 15kg kat dada tak?kalau pernah apa rasanya? Haaa…..Darrien camtu la bila menyusu…seluruh badan dia atas badan aku….terus semput aku nak bernapas.
Kitorang memang sentiasa ada stok kismis…bila tengok tv aku keluarkan untuk dia buat kunyah-kunyah…kejap lagi dia bagi kitorang sorang satu suruh makan…kalau letak balik dalam bekas dia marah…terpaksa semua makan kismis….dan berulang-ulang sampai dia bosan bagi kitorang. Semua sihat, makan kismis beramai-ramai. Masa bulan puasa hari tu…siang tak boleh keluarkan…kena paksa makan, naya…
Ma, truck?
Sekarang, dah berminggu aku tak enjoy tengok tv…hari-hari kena tengok movie ‘Plane’ sebabnya dalam movie tu ada truck kaler hijau…bukan mak kau hijau ye…back to back ok dan kena tengok sama dengan dia walaupun aku dah hafal setiap inci movie tu sekali dengan skripnya. Dia akan ambik remote bagi aku suruh on video, kalau dah habis dia ambik remote yang sama tekan ‘ok’ dan cite tu pun akan ulang sekali lagi.
|
Babysitter bagi aku donut pun kena hijack...dah tu taknak share ngan aku. |
Jom, jom, jom..
Dia dah pandai cakap ni asyik jommmmmm je kat aku….selagi aku tak bangun selagi tu la dia tarik..last sekali kalau tak bangun jugak..ada orang buat shuffle kat lantai. Marah anak babysitter merangkap best fren, kazen tu lagi la…budak tu sebaya dengan dia, kira diorang ni membesar bersama-sama la. Setiap kali aku ambik Darrien dia akan pegi kat pintu..kira macam nak hantar balik la…yang anak aku pulak selambe je dia sound…”Adik, masuk!”…lantak korang dua la…dah babysitter dia pun kata kalau diorang kat dalam rumah tu..yang si Adik tu asyik menyakat dia je…bila mak dia sendiri sampai…dia balas dendam la..gitula kekdahnya..
|
Asal nampak bakul, baldi, kotak hatta gayung air pun dia masuk...bajet bontot kecik la tu. |
GPS hidup
Bapak dia tak percaya bila aku cakap anak dia ajak pegi mall. Ini betul ye…Darrien hafal jalan sekitar kawasan rumah dan dia akan direct aku kemana dia nak pegi. Contoh kat bulatan biasa aku ambik pukul 12, dia akan tunjuk pukul 3…nak suruh aku ngelat la tu… kalau straight…dia akan tunjuk depan je…kalau sampai simpang tempat dia nak pegi jari telunjuk dia akan bengkok sikit kekiri atau kekanan….macam mana aku tau??? Bila belok je ke arah tempat dia nak tuju dia akan jerit yeayy sambil tepuk tangan. Maknanya betul la tu.
Minggu lepas kami balik kampung, petang tu sengaja aku ikut kehendak dia nak pegi aeon big…ni pun dia la tunjuk arah nak kemana…sengaja aku test. Balik kampung malam tu baik giler perangai….takde bersungut langsung…maklumla kehendak dia dipenuhi…tapi kalau selalu macam ni…bengkok la mak ko…kadang-kadang mama letih tau balik keje.
2 hari lepas, dia ajak balik ikut jalan lain bukan jalan biasa….rupanya…dia nak lalu jalan bertol…nak bayar cash dekat toll gate girl tu…ye ye..dia rampas singgit aku…sampai kat toll dia hulur duit tu..tapi tak sampai la…aku jugak yang bayar….asal nampak pondok tol kat highway je sebut akak…akak…macamkan perkerja tol takde lelaki…hikhik..
|
Aku kata "Darrien, eat fish"...tu lah jadinya... |
Ci….ma, ci….
Ada sekali tu, aku dah lewat nak pegi keje..dia pulak bangun awal…memang tak sempat kalau aku yang hantar dia pagi tu…aku nak keluar je terus dia peluk kaki aku…lepas bapaknya ambik… aku keluar tutup grill…dia nangis sambil mintak kunci dekat Zizi…dah la tu aku tertinggal barang pulak…patah balik…sambil nangis dia depa tangan mintak angkat dan sebut kunci…waaaaa…aku rasa macam taknak pegi keje je pagi tu…kalau la cuti kompeni ni banyak…aku EL je…tapi…cuti aku boleh bilang dengan jari tangan je…baru setengah tahun, mana boleh suka-suka nak cuti. Kalau ada kecemasan nanti susah pulak. Balik keje petang tu, terus aku bawak dia round tasik bagi dia happy.