Monday, March 31, 2014

The Necklace


Minggu lepas singgah rumah jiran baru..umur kami hanya berbeza setahun sebenarnya. Tapi air muka memang berbeza gila (yang ni kena puji mak dan ayah aku la kan bagi genetik tak makan umur kat aku). Walaupun aku tak secantik retis kata orang….she’s really represent her age while I am not (ceee…kena puji terus taip bahasa orang putih). Sejak awal lagi dia tanya umur berapa..katanya nampak macam muda lagi dan untung dah ada anak…..haaa…part anak tu….aku pun dapat anak umur dah hujung 20an…

Bila aku sebut umur aku (yang nak tau…sila korek blog ni sendiri, ada je aku bagi tau dulu), katanya kami cuma beza setahun…bukan takat dia, dengan anak buahnya yang lepasan SPM tu pun terkejut (sikit je)…hehehe…hanya mampu ucapkan terima kasih dan….sila la puji lagi..pasti lambat urat kedut aku muncul…

Sebenarnya bukan nak cerita pasal orang puji tu, itu cuma intro saje..aku teringat kat cerpen English Literature masa nak ambik SPM dulu tajuk " The Necklace"

Korang bacala cerita penuh kat link tu. aku percaya yang umur muda dari aku mesti ada baca cerita ni sebab aku 1st bacth kena ambik English Literature dulu. Sekarang xtau la ada lagi ke tak.

Ada banyak mesej yang disampaikan melalui cerpen tu. korang fikir sendiri la tu kan..aku Cuma nak sebut pasal si Mathilde tu adalah perempuan yang sangat cantik dan mampu menawan orang lain, tapi disebabkan dia terpaksa bekerja keras nak bayar hutang wajahnya jauh lebih tu daripada sahabat dia, Madam Forestier tu. sampaikan kawan dia tak dapat cam rupanya masa mula-mula pandang selepas 10 tahun diorang tak jumpa. Sedangkan Madam Forestier tu, tak berubah banyak selepas 10 tahun. Sekali tengok je Mathilde tu boleh cam dia. Kalau la Mathilde tak pinjam, kalung kawan dia tu dan tak perlu ganti dengan rantai yang mahal tu, mesti dia tak perlu kerja keras bayar hutang sebab walaupun suami Mathilde tu tak kaya sangat tapi dia masih mampu sediakan rumah dan orang gaji untuk Mathilde sebelum diorang jadi miskin.

Susah kan hidup berhutang ni? Bila berhutang, orang yang bertanggunjawab akan rasa tidak tenang macam Mathilde tu..(orang yang tak bertanggungjawab tak kisah pun) So, kalau nak buat hutang, pastikan hutang tu dalam lingkungan yang mampu diurus….kalau nak kata bebas hutang tu..payah kot untuk majoriti umur cam aku ni..sebab aku pun berhutang jugak…tapi mampu lagi untuk menguruskan hutang-hutang aku. 

So, ketenangan adalah salah satu cara untuk awet muda. Jangan kerja teruk, tapi bukan kita yang menikmati hasilnya. Kalau susah payah kerja lepas tu kita yang menikmati bagus la jugak…stress yang baik kata orang…dan jangan selalu bersungut, ini kurang, itu tak cukup…cuba la bersyukur sikit..yang penting sekali jangan pinjam barang orang semata-mata nak menunjuk…bak kata orang ‘biar papa, asal bergaya’. Hilang kan susah…kena ganti pulak…kalau harga seringgit dua xpela, kalau ribu-ribu???