Ni adalah kali pertama kami buat kerja ‘out of the mind’. Percutian pendek ni tak pernah dirancang oleh kami berdua. Sabtu lepas (minggu pertama Mac) kami pergi Kuala Terengganu selepas makan tengah hari yang tak berapa menyelerakan kat JJ Sunway Pyramid (nasi goreng Teow Chew yang masin). Zz ajak survey barang pun aku cam xde perasaan, tapi aku taknak balik rumah. Dah la taknak balik, orang ajak tawaf shopping mall pun aku taknak jugak padahal selalu laju je angguk. Aku cuma cakap nak pergi jauh dari rumah buat sementara. Last-last, dia topup Tngo drive ke arah Pantai Timur. Aku follow je la…aku rasa dalam pukul 1.30petang kot kami bertolak.
Sampai kat Kuala Terengganu dalam pukul 7 malam. Perut pun dah lapar, tak dapat berfikir dengan baik sebab masing-masing dah letih kami makan A&W je kat Pantai Batu Burok. Ok…kalau tak penat lagi memang la nak cari tempat makan biasa je…sedap sikit, tapi kami tak book mana-mana hotel pun sebelum pergi…kenala pantas tu yang belasah makan kat fastfood je. Nak dijadikan cerita, hari tu peringkat akhir LTdL 2013 yang berakhir kat KT. Semua hotel yang best dah fully booked. Padan muka, tak merasa nak tidur bilik mengadap laut. Primula, Grand Continental dan Tanjung Vista pun sama, penuh. Nasib baik ada satu hotel 3 bintang yang masih available kat kawasan berdekatan, Ming Star hotel. Dapat jugakla bermalam kat situ. Kalau tak, tido dalam kete kat tepi laut kot kami.
Lepas check in, dapat la aku tengok Bella Awards berselang seli FFM awards kat dalam bilik. Bilik kat Ming Star tu ok la jugak, berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bersih, selesa dan tak sempit. Sebab bercuti secara kilat, Zz beli barang keperluan asas yang baru. Best menghabiskan masa di luar kawasan secara tiba-tiba dan kami ‘pillow talk’ malam tu. Dah lama tak camtu.
Esoknya, lepas sarapan kitorang keluar ronda kat Pantai Batu Burok sekejap. Sebab matahari dah meninggi, kami terus ke pasar payang beli buah tangan sikit kang lewat pulak. Tangan Zz gatal je nak check in location kat Fb tapi terpaksa menahan jari jemarinya sebab takut mak dia marah bawak aku jalan jauh-jauh time ni..kang kantoi plak kalau mak mentua aku check fb, dia kalau boleh nak aku bersenang lenang kat rumah jaga perut je. Kat payang, aku beli serba sikit keropok kering dengan kain batik sarung. Nak beli batik lukis, nanti aku peram je dalam plastik walau hakikatnya ada la jugak yang aku berkenan bila jalan2 kat situ. Nak hilangkan rasa, aku beli kain ela yang murah corak batik kaler oren. Jadi la daripada takdak langsung.
Keluar dari payang, kami pegi Taman Tamadun Islam.. 2 tahun lepas tak sempat pegi kali ni aku nak pegi jugak tengok apa ada kat sana. Untuk ni, sila tatapi gambar-gambar monument masjid yang kat bawah.
Dalam perjalanan balik, selain merenung lautan aku singgah beli kepok rebus dengan satar..satar ni wajib untuk aku..kang macam telan air liur tak lepas kalau tak beli. Singgah makan tengah hari kat Marang..pastu meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam….sekian..tamat sudah percutian aku yang pertama untuk tahun 2013.
Akhir sekali ni la gambar kenangan aku masa kat Taman Tamadun Islam tu, sebab cuti yang tak dirancang, maka henpon la penyelamat untuk bergambar. Seb baik travel charger ada dalam kete.
Ok, itu saja.