Thursday, August 30, 2012

Raya 2012


Aku agak excited kali ni sebab tahun ni giliran beraya kat kampung aku. Sebenarnya bukan agak ye..tapi tiap-tiap memang excited pun. Raya kat mana aku tak kisah, janji dapat balik kampung dan ada Zz sekali. Cuma tahun ni tak dapat balik kampung Zz sebab kurang bajet lagipun tiket mahal giler time kitorang survey tiket. Standard la sapa suh cek lambat kan. 
Ketiga-tiganya masih bujang..sapa nak sila bayar upah telangkai kat aku
Tapi yang membuat aku rasa best tahun ni adalah aku beraya dengan adik beradik perempuan aku semula… 
Gossip girls
Raya ngan adik beradik pompuan ni lain skit feeling dia sebab bila pegi beraya kat rumah yang kitorang tak berapa nak kenal (besala raya konvoi, bajet nak kenal sume orang pulak) kitorang akan duduk dekat-dekat sambil tangkap gambar pastu kalau takde orang nak sembang ngan kitorang kitorang bergosip sesama sendiri. Tu je dah cukup. Tuan rumah sila la sembang ngan tetamu lain, cukup time kitorang pun balik. 
Geng raya 2012
Pastu untuk pertama kalinya, tujuh-tujuh adik beradik termasuk isteri, anak abang aku dan laki aku beraya sekali…dulu time semua bujang takdenya raya ramai-ramai camtu..masing-masing bawak diri raya dengan kawan-kawan. Tetiba tahun ni bersatu hati plak..ececeh…
Mana Zz??..pandai dia menyorok
Tahun ni jugak tercapai cita-cita aku ngan Zz nak ambik gambar kat studio dengan pakaian tema tahun ni. Tahun lepas ada jugak, tema raya oren tapi gambar kat kedai pakai baju kaler krim/coklat. 
Pakaian yang sedondon menunjukkan kami adalah suami isteri hokey...
tu pun ada yang salah teka lagi
Baju baru aku tahun ni 3 pasang je, separuh dari tahun lepas. Tak sebanyak tahun lepas tapi takpe sebab aku recyle baju tahun lepas guna tahun ni sebab orang kampung tak pernah tengok baju raya aku tahun lepas. Lagipun keje pakai uniform jadi bukan aku guna pun baju tahun lepas tu, simpan dalam lemari je. untuk Zz sepasang je sebab baju melayu dia tahun lepas ada tiga pasang. 
Malam tido kat ruang tamu, kena la bangun awal kemas balik nanti tetamu datang
pic: abang aku
Paling best adalah part tido berjemaah kat umah embah la. Aku dah agak dah, mesti kekurangan alas tido kat sana (tilam yang ada hanya untuk orang yang ada anak kecik je) jadi aku angkut sekali set tido aku (toto, bantal & selimut).  Bila sampai time tido cecepat aku ngan Zz cop kawasan…hahaha….lantakla orang kata kete aku penuh cam orang beranak ramai pun aku tak kisah, yang penting mesti selesa.  Sapa tak bawak padan muka hahaahahaha….tapi aku rasa lagi 2 tahun mau jugak aku tido kat hotel kalau balik umah embah sebab cicit dia dah makin ramai cucu pulak semakin membesar dan semuanya mengembangkan diri. Hmmm…akan dipertimbangkan untuk pakej penginapan kat hotel J