Gambar ihsan en. google |
Kengkadang tertanya-tanya apa yang menarik pada teh botol? Ia hanyalah sejenis minuman teh yang dibotolkan. Tapi bila pegi Sari Ratu, restoran makanan Padang yang sedap tu….suami saya mesti tak akan order air lain selain the botol walaupun tehnya bukan dibotolkan tapi dalam kotak macam susu dutch lady.
Satu hari, saya jumpa the botol
yang versi botol. Bukan yang dalam kotak tetrapak tu ye. Kat mana? Kalau tempat
tu bagi saya diskaun bila saya beli barang akan saya revealkan namanya. Hehehehe….teruja
bila nampak, saya pun beli sebotol untuk si suami. Kat rumah, dia excited bila
saya katakan teh botol sebenar ada dijual di sini. Bila dia minum saya pun
tumpang semulut. Hmmm…bila minum teh tu…terasa diri saya kembali ke zaman awal
90an makan di restauran di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke Bagan
Datoh. Kenangan minum minuman dalam botol menerjah dalam ingatan. Masa tu saya
teringat semua air berkarbonat disusun cantik di dinding kedai untuk dijual. Selalunya
oren mirinda akan menjadi pilihan. Agaknya sebab tu la teh botol ni menjadi
pilihan. Lagipun menarik juga minum teh dalam botol berbanding menggunakan
gelas. Ia mengimbas semula kenangan dulu. Ye la..sekarang mana ada coke atau
air mirinda dalam botol kaca lagi kan? Semua
dalam aluminium tin atau botol plastic. Patutla dia sanggup bayar RM1.80 untuk
sebotol the daripada minum air teh yang saya bancuh.
Eh, adeke?...