Monday, May 31, 2010

Jodoh oh jodoh...

Sejak minggu lepas aku ditugaskan untuk membantu rakan sekerja menghantar lebih 1000 sampul surat yang mengandungi newsletter company.  Lenguhnya tangan tak tau nak cite macam mana.  Sampaikan adala doploh kali aku menguap masa tengah sibuk memproses surat-surat tu.

Nak hilangkan mengantuk si opis mate yang aku namakan sebagai V ni (dia lelaki k)dok ajak aku borak. Macam2 la dia sembang ngan aku. Nak dijadikan cerita V baru kehilangan cinta. Dia bukan putus cinta cuma pompuan yang dia nak tu cintakan lelaki lain. Jadinya topik kami banyak berkisar pasal jodoh.

Disebabkan dia asik sibuk tanya pasal aku ni ada boyfren ke tak la, lelaki camna aku suka la dan macam-macam lagi...aku pun twist dia punya topic supaya patah balik kat dia balik. Aku jawab skit2 soklan dia tu pastu aku tanya dia balik dia nak pompuan macam mana. So, dia jawab dia perlukan perempuan yang lembut, penuh kasih sayang supaya dia rasa dikasihi dan disayangi. Ishhh..takkan la nak yang kasar kan?

Hehe..bukanla maksudnya camtu, aku paham pompuan macam mana yang jadik taste dia. Of course la bukan aku, aku garang. So, aku cakapla kat dia " V, u perlukan orang yang keje sebagai nurse, cikgu terutamanya cikgu tadika, pembantu pusat veterinar or volunteer la macam ni".

Lepas tu dia cakap perempuan yang dia hilang cinta tu sukarelawan la. Oohoho...so sori k. I tak bermaksud pun nak U ingat kat dia pulak. Lepas tu dia cakap, "tu la, kalau I nak pompuan macam U cakap I taktau mana nak cari". Hahahahaha...I kata, our potential partner bergantung kepada dengan siapa kita bergaul atau siapa disekeliling kita. Kita takkan dapat jodoh dengan orang yang tak pernah kita jumpa. Lainla kalau arranged marriage, tul tak? So, kalau nak kawin dengan cikgu kena la bergaul dengan cikgu-cikgu, duduk dekat rumah yang berdekatan dengan sekolah or tempat tinggal guru-guru (kuarters guru), tolong hantar anak sedara pegi sekolah (dapat jumpa cikgu diorang), belajar kat UPSI (tempat orang nak jadi cikgu).

Aku bagi macam-macam cadangan untuk dia cari cinta dia ada yang masuk akal ada dan yang tak masuk akal tapi berguna pun ada. Haha..contohnya si V ni rajin pegi gereja so aku suruh dia tukar2 gereja tiap2 minggu untuk luaskan pergaulan. Bila jumpa yang berkenan, kekalkan gereja tu untuk dia berkenalan dengan pompuan yang dia suka. Kalau dia nak nurse jadi pasangan hidup aku suruh dia rajin2 cari MC kat hospital, lawat sedara or jiran yang masuk hospital selalu or jadi sukarelawan hospital je. Senang, dapat access keluar masuk hospital dengan mudah. Dalam masa yang sama, dapat buat kebaikan jugak. Sambil menyelam minum air.

Betul tak?

Pastu aku cakap la, mustahil la untuk aku nak cari partner seorang juruterbang dalam hidup aku. Sebab dalam keluarga aku takde yang kerja or study nak jadi pilot. Aku pun bukan keja sebagai pramugari or kat kerani kat lapangan terbang tu. Takde link. Camne nak berkenalan dengan pilot. Logik tak akal aku.  Pegi naik kapal terbang banyak kali pun bukannya dapat jumpa pilot pun.  Pramugara adala.  Aku taknak pramugara.  Macam tak macho je aku tengok.

Walaupun camtu, aku masih mengakui kuasa tuhan tiada batasan. Kalau dah ditakdirkan jodoh. Kemana pergi pun memang dapat orang tu jugak. Walaupun takde link. Jodoh V mungkin belum jumpe V. Kalau dah takdir, jumpe kat shopping mall pun boleh. Nurse dengan cikgu pun spend duit kat shopping mall kan? Tapi diorang takde la pakai tag tulis 'Saya seorang cikgu' atau ' Saya seorang jururawat' sangkut kat leher. 

Banyak lagi contoh aku bagi kat V, jurutera la, tentera la, pe lagi ek..haa...kalau V nak nurse, untuk aku mestila doktor.  Tapi tu contoh je la..aku dah dapat dah. Insyallah..sememangnya dia adalah orang disekeliling aku je.  Bukan kenal sebab kapal angkasa dia pernah mendarat kat bumi.  

Contoh-contoh yang aku bagi pun berdasarkan pemerhatian aku je.. sebab aku tengok macam mana kengkawan aku dapat jodoh.  Kebanyakan adalah teman universiti, sekolah atau pernah jadi rakan sekerja.  Takdela pelik-pelik. Macam kenal melalui surat dalam botol yang dicampak ke laut ke, atau gambar passport tertinggal kat sekolah memandu. Haha..imiginasi aku terlebih pulak hari ni.  Untuk jodoh yang belum sampai...kuasa tuhan terlalu besar untuk di sangkal.  Dia lebih tahu.

So...for V..U muda lagi la..dun worry..nanti life partner U datangla..Gud luck k!!!

Tuesday, May 11, 2010

Tak dapat DPLI

Aku kecewa....


Tak dapat temuduga DPLI...