Pertama kali makan pai ayam masa sekolah dulu…terus
teringat-ingat rasanya yang sangat sedap. Masa dulu tak belum popular carian
melalui internet ni. Tak macam sekarang, semua di hujung jari tinggal lagi
malas atau rajin je. Keinginan nak makan
pai ayam homemade makin kuat bila terjumpa resepi pai ayam Melbourne kat blog
kak Azie ni. Mudah je rupanya.
Resepi ni sangat sedap dan berbaloi buat sendiri. Dapat makan sampai puas. Kalau beli tentu
mahal. Lebihan pai yang belum dibakar aku bekukan. Boleh buat hidangan minum
petang kalau teringin nanti.
Oh, mungkin lain kali kalau buat lagi inti pai ni aku nak
letak cendawan lebih lagi sebab sedap sangat….sambil buat pai hari tu pun,
sambil suap fillingnya dalam mulut…sedap sangat.
Pai Ayam Melbourne
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Oleh: Azie Kitchen
Olahan semula oleh: Azimah
Bahan bahan:
Bahan bahan:
Untuk inti pai (filling):
1 cawan isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
– saya guna shitake segar
1 tin sup cendawan
butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis - saya guna dice carrot
1 biji bawang besar- potong
dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan
direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan
pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu
pekat)
Untuk pastri :
Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
Saya guna:
Kulit roti pratha jenama kawan – saya pun
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan mentega. Goreng bawang
besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.
Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.
Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.
Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.

*menghasilkan pai daripada roti paratha
sangat mencabar sebab bila paratha dah defrost
tepungnya jadi sangat liat untuk di canai. Mungkin lain kali aku nak cuba
guna kulit puff pastry pulak ataupun buat sendiri kulit pai.
*untuk pai yang dibekukan masa
membakar lebih lama diperlukan. Mungkin dalam 50-60 minit bergantung kepada
oven.
No comments:
Post a Comment