Monday, October 24, 2016

Apam susu gebu

Rupa memang tak berapa kacak, tapi sekali suap nak berkali-kali
Resepi apam susu yang menjadi. Sebelum ni pernah try resepi lain tapi hasil kurang memuaskan. Yang ni dah buat 2 kali hasil konsisten iaitu lembut dan gebu so bolehla tepek kat blog supaya tak hilang. Pernah buat dalam 1 loyang besar dan kali ni aku buat dalam acuan lompang.

Semata-mata nak tarik perhatian Darrien supaya dia makan la. Banyak juga dia makan semalam.

Apam Susu

Bahan-bahan
4 biji telur
1 tsb ovalet
1 cawan gula
1 tsb esen vanila
4 tsb susu pekat
2 tsb minyak jagung
1 ts baking powder
2 cawan tepung gandum

Cara2
1. Pukul gula,telur,esen dengan ovalet sampai kembang
2. Masuk susu dan minyak kemudian putar lagi sampai kembang dan gebu
3. Masuk b.pwder dan tepung,putar sebati
4. Akhir sekali, asingkan ikut warna ksukaan..
5. Kukus lebih kurang 25-30 minit jika guna loyang besar. 8-10 minit jika guna acuan kecil.

*kalau telur saiz besar aku guna 3 biji telur je dan tambah air lebih kurang 60ml. 

Sebelum masukkan adunan apam sapu sikit minyak dalam acuan supaya senang nak keluarkan apam tu nanti. Kalau nak jimatkan masa boleh buat 2 adunan terus. Apam yang lebih tu boleh bekukan, cuma kukus semula bila nak makan ia akan gebu semula. Jimat masa untuk sediakan minum petang. Biasanya bila aku buat apam susu ni kami 3 beranak makan je dah habis 3/4 adunan sekali hadap.

No comments: