Anak dah nak masuk 6 bulan baru sempat nak menulis. Ada anak
dua sangat-sangat sibuk okey serta sangat-sangat stress (mula-mula je...sekarang dah ok). Tapi jangan ko serik
beranak sebab walaupun statement tu betul kelak ko mesti teringin ada baby
lagi…hahahaa…tapi betul apa…ni bukan aku yang cakap…kakak opis yang beranak
empat yang cakap (dan aku pun rasa macam
tu jugak..hee…heee..). Tapi katanya bila dia lahirkan anak ketiga stress
lebih rendah sebab anak yang sulung dah besar sikit dan boleh diharap dengan
tugas-tugas ringan. Dengan syarat…anak berjarak sekurang kurangnya dua tahun ke
atas.
Okeh…Inarra aka dik Narra lahir 18 April 2016. Hampir tepat
3 tahun selepas kelahiran Darrien. Mengandungkan Inarra tak banyak beza dengan
Darrien…Cuma aku cepat letih dan agak pemarah. Mungkin sebab aku kena handle
Darrien yang nak membesar. Banyak ragam dia masa tu… I am very tired.
Kadang-kadang nak bernafas pun susah especially bila perut membesar. Tak ada
masalah kesihatan yang lain, muka pun kusam tapi tetap suka mengemas rumah. Aku
jugak jadi penyedih sebenarnya masa tu menyebabkan aku menjadi teramat letih. Hari-hari aku nangis…dan dimana-mana saja asalkan orang
tak nampak. Serius nangis memang ambik tenaga banyak sangat..sebab tu lepas
nangis je tertido. Dik Narra pun aku tengok mengikut perangai aku masa
mengandung…tetengah tido tiba-tiba dia berbunyi macam nak menangis, merengek
kejap sambil pejam mata lepas tu sambung balik tido.
False alarm ada sekali je…itupun malam sebelum kelahiran dik
Nara. Itu je…jadi aku pun tertunggu-tunggu bila la nak beranak ni…tak larat dah
nak bawak perut, kaki yang sakit, pinggang yang sengal-sengal, kencing 4-5 kali
semalam, kena tindih dengan Darrien lagi. Pagi hari bersalin tu aku nak makan
laici…lepas tu makan kek besday laki aku.
Masa solat subuh pagi tu aku minta doa turunkan tanda supaya
ada sebab aku tak perlu pegi keje hari tu..hahaha…lepas solat aku gi bilik air
nak buang air terus turun tanda…wow!!! sebab yang kuat untuk aku dapatkan
MC..ok..terus text bos cakap nak gi hospital. So, lebih kurang pukul 10 pegi
hospital, doktor cek jalan katanya baru 2cm…silakan balik..MC pegi mintak kat
kaunter…hehehe…selamat untuk hari tu…kuar dari hospital dah 12.30 tengah hari,
jom makan la dulu…sebelum tu doktor pesan bila sakit selang seminit setengah baru
datang hospital balik. Sampai je tempat makan sakit datang…setiap 10
minit…ok..ingat apa doktor pesan? Masa makan, sakit setiap 5 minit. Lepas
makan, eh…barang baby ada yang belum beli….alang-alang laki tak keje jom kita
gi shopping…sambil shopping…datang sakit 3 minit sekali..tiap kali sakit datang
pegangla apa yang sempat. Mohla kita cecepat bayar.
Laki tanya nak balik dulu ke nak gi hospital terus ni…aku
cakap jom balik rumah jap..nak mandi. Dalam kete balik rumah menten 3 minit
sekali..kete sampai depan pintu rumah…tersembur muntah dalam kete…habis segala
nasi aku makan tadi… :(
Masuk rumah terus mandi…sambil menahan sakit contraction
yang makin kuat. Sebelum kuar rumah dah siap-siap pakai kain batik je..I is
confirm nak beranak petang ni. Sempat jugak minum air glukos nak ganti balik
segala yang termuntah tadi. Series sakit
contraction kali ni lagi sakit dari masa bersalin anak pertama…ingat nak dekat ajal
dah, sampai terpikir kalau orang nak mati sakitnya macam ni ke…sampai je hospital terus nurse bawak naik atas tempat pre labor kot…doktor
check jalan katanya dah 6-7cm, pasang jarum, tukar baju…ada labor room
kosong…masuk!
Masuk je labor room, sakit tak menahan…tak ingat dah mintak
gas kurang sakit…nurse tanya nak teran ke…iyeee….teranla…3 kali teran…keluar la baby girl :)….aaaahhhhhh….sakit contraction dah takde…leganya….and the rest is
history…jahit, azan baby (lewat sebab bapaknya tak sempat masuk), naik ke
ward….bla..bla..bla..
Aku masuk ward lebih kurang pukul 7.30 malam macam tu...dah terlepas waktu dinner...lapar lepas bersalin tadi nurse bagi minum air milo panas. Nasib baik Zz datang semula malam tu bawak roti. Esoknya lebih kurang pukul 3 petang kitorang balik. Lambat sikit sebab baby lambat berak.
Ni kali pertama bersalin kat hospital kerajaan...terima kasih nurse dan doktor sebab tak marah masa saya jerit dalam LB...hahaha...saya ni kalau sakit ke, takut ke, geli ke...memang menjerit je kejenye...sebab bila menjerit tu lega sikit rasanya :)
Itu je la cerita kelahiran dik Nara. Seorang serikandi mama.
No comments:
Post a Comment