Bila ada anak ni, dapat pulak jenis yang melekat macam gam
UHU kena pandai cari masa. Masa nak masak, mengemas, lipat kain, mandi hatta
nak buang air pun kena pandai cari masa.
Di sebabkan itu….aku selalu mencuri masa. Cara aku curi masa
adalah dengan tidur lebih lewat (biasanya ni aku fail) ataupun bangun lebih
awal (ni selalu practice). Kalau tak buat macam ni, masuk rumah aku pijak
sampah la.
Biasanya aku settle kerja-kerja mengemas hujung minggu sebab
hari biasa masa bersama Darrien tak panjang jadi luang lebih masa dekat dia dan
rehat lebih sikit. Kalau ada buat kerja pun setakat basuh dan lipat kain je,
sidai kain sebelum pegi keje esoknya. Keje-keje yang tak perlu berjauhan dengan
Darrien la. Aktiviti mop atau cuci bilik air memang takkan la. Setakat susun
toy kat ruang tamu adela. Walaupun sebenarnya aku suka buat semua tu weekdays,
weekend aku boleh memanjakan tubuhku dengan tengok tv sepanjang hari.
Biasa aku bangun awal hari Sabtu. Darrien pulak bangun tido
dalam pukul 9. Kalau bangun pukul 6.30 pagi memang banyak dapat selesai awal
lagi tak dapat la nak buka mata..kot kalau anak dua nanti boleh di
pertimbangkan. Contohnya, lepas je solat terus cuci kain. Lepas tu sapu lantai
(kalau Darrien tido tak dapat guna vacuum, nanti dia terjaga), mop sambung
terus cuci bilik air dan mandi. Kalau Darrien masih belum bangun masak air,
buat sarapan ringkas sambil sedia bahan untuk masak tengah hari nanti. Bila
tiba waktu masak nanti senang campak dalam kuali je. Memasak sebenarnya tak
lama tapi nak sediakan bahan masak tu yang ambil masa sikit.
Lepas je Darrien bangun, aku pun dah siap mandi. Terus ajak
dia sarapan pagi. Lepas tu layan dia main atau tengok katun. Sementara tu, Zizi
pulak ambik alih sidai kain dan cuci kain lagi. Bila hari dah tinggi, aku pun
nak start masak Zizi akan mandikan Darrien. Bolehla aku bersilat kat dapur
pulak. Kalau makan kat luar, kadang-kadang aku yang mandikan Darrien.
Petang pulak, tidokan Darrien dan aku nap jugak sekejap.
Masa tu, aku akan tidokan dia kat ruang tamu dan amik kesempatan sapu dan mop
bilik pulak. Bersihla rumah untuk minggu tu….kalau rajin basuh bilik air satu
lagi…kalau tak tunggu minggu depan je. Malam lipat kain sambil main dengan
Darrien. Pandai-pandaila lipat kain bila dia masih berjaga dan opkos kerjasama
Zizi amat penting untuk elak dia kacau kain yang dilipat.
Hari Ahad pulak, jangan fikir aku bangun lewat yeee….takde
maknanya….aku bangun pagi seterika baju keje pulak. Ni je la masa aku boleh
menyeterika tanpa gangguan dan risau Darrien datang dekat dan usik iron tu. Dia
memang pantang aku buat keje rumah dan tak bagi perhatian dekat dia. Lepas tu,
sarapan ringkas. Kemudian, cuci bedsheet and towel, ni wajib sekali seminggu
sekurang-kurangnya. Kalau sempat sambung
pulak dengan alas kaki pulak. Sambil-sambil tu kalau Darrien belum bangun
aku cuci la laman belakang sapu sikit kat koridor rumah dengan laman tepi. Aku
suka tengok luar dan dalam rumah aku kemas. Menyampah gila kalau tengok penutup
longkang berlumut jek…sakit di mata, di hati dan di kepala.
Tapi yang menyampah
tu la selalu aku terpaksa hadap sebab tak larat nak settle semua sekaligus.
Kalau tak sempat, aku buat waktu petang masa dia nap. Aku
atau Zizi cuci car porch atau bahagian belakang rumah kemudian sambung cuci kete
atau cuci longkang. Kadang-kadang sempat la aku buat minum petang…uli donat ke,
buat cekodok ke.
Ni yang aku tulis banyak kat atas tu kadang-kadang tak jadi
macam tu pun dan bukan semua aktiviti tak penting macam sapu koridor tu buat
tiap-tiap minggu yer…adakala sempat buat sebulan sekali je. Adakala Darrien
surprise kan kitorang bangun awal, taknak tido petang…maka tunggang terbalik la
sesi mengemas aku. Tapi aku akan cuba selesaikan yang paling penting dulu
contohnya iron baju dan mop lantai. Mop lantai adalah top priority bagi aku
sebab Darrien selalu berguling di lantai dan kulit dia sangat sensitive dengan
habuk. Kadang-kadang berguling sekejap je habis muka dia merah-merah macam kena
alergik seafood.
Lepas 2 3 jam baru hilang. Biasanya macam tu la jadual aku,
untung perabot tak banyak dalam rumah. Kalau mop lantai tu, kejap je boleh
settle. Kalau semua settle pagi-pagi, senang hati aku nak merayap hujung
minggu.
Bulan puasa, memang banyak kerja dapat settle sebab lepas
sahur aku tak tidur dah. Lepas je makan terus buat kerja rumah. Weekdays pun
dapat buat. Jarang sekali kain baju berlonggok tak berlipat. Tapi badan memang
letih sikit sebab malam tak dapat tido awal pun. Cuma bila tengok rumah teratur
rasa damai je hati itupun sebelum Darrien sepahkan toy dia.
Kalau nak buat summary lebih kurang camni la bila weekend
kat rumah je;
6.30am
Solat lepas tu terus cuci baju
6.45am Sapu
lantai dan mop/iron baju
8.00am
Cuci bilik air dan mandi
9.00am Sidai
kain/kemas laman belakang/sediakan bahan masak lunch
10.00am Darrien
bangun/Sarapan ringkas
12.00noon
Masak
1.00pm Makan/
Solat
3.00pm Darrien
tido/ sambung kerja cucian dan mengemas.
5.00pm Rehat/Lipat
kain/Jalan-jalan
No comments:
Post a Comment