Monday, October 10, 2016

Urus masa I: Menguruskan masa (sebelum ada anak)

Aku selalu takde kat rumah. Hampir setiap minggu pulak tu. Hingga kalau kawan-kawan, adik beradik atau saudara mara nak bertandang selalu pesan SMS atau call dulu. Sebab tiada jaminan dirumah. Kalau tak bagi tahu awal-awal, bimbang aku punya perancangan lain. Dalam dok sibuk-sibuk tu ada jugak yang bertanya macam mana urusan rumah tangga, tapi setakat ni semua ok. Rumah takdela bersepah, kain berbasuh dan berlipat, bahan mentah pun takde yang berkulat kat dapur. Cara-cara bagi orang yang hujung minggu tak lekat kat rumah adalah………………………….sila baca kat bawah.

Isnin
Laundry day!!!! Hari ni basuh baju hasil daripada hujung minggu yang lepas. Sambil-sambil basuh baju, masak untuk dinner sekali. 

Selasa
Membasuh lagi, kali ni cuci pakaian putih/cerah kemudian cuci sekali lagi untuk fabrik bukan pakaian contoh, cadar dengan tuala. Juga sambil mencuci, jangan lupa masak untuk dinner.
Lepas dinner, lipat kain basuhan hari Isnin yang dah kering tu.

Rabu
Hari ni pegi kedai kawan buat part time. Sebab hari ni waktu opis habis awal, selalunya aku akan seterika baju sama ada untuk hari khamis ataupun untuk minggu berikutnya (kalau sempat la..kalau tak lipat kain je). Selalunya hari rabu cuti daripada masak memasak. Ni la time nak rasa air tangan Zz pulak.

Khamis
Ok, jika perjalanan tu bermula hari jumaat (malam, lepas keje). Hari ni cuci kain dan iron baju untuk minggu berikutnya. Iron baju hari khamis, jumaat perjalanan bermula kemudian jika hari ahad sampai rumah lewat malam tak perlu risau lagi sebab baju untuk dipakai ke tempat kerja dah ready. Hari ni dinner selalunya sangat sempoi, kalau  tak sempat masak order je kat cik abang. Hari ni jugak, akan sapu dan mop lantai. 

Jumaat
Jika Jumaat merupakan hari mula perjalanan - Balik keje terus lipat kain kemudian kemas dapur. Buang barang-barang yang dijangka rosak sepanjang peninggalan. 
Jika sabtu merupakan hari perjalanan – balik keje, masak, lipat kain, iron baju untuk hari sabtu. Jika membasuh, ianya adalah seperti kain pengelap dapur atau alas kaki. 

Itulah serba sedikit cara menguruskan rumah. Kadangkala, tak terikut pun dengan plan yang aku buat. Selalunya ikut gerak hati je. Peraturannya tak ketat pun, prinsip utama jangan sampai kain kotor berlonggok macam everest, debu kat lantai boleh buat bedak muka dan sayur busuk dalam peti sejuk. Perkara-perkara lain yang boleh dibuat secara berkala macam cuci kipas, cuci tingkap dan menyusun atur barang aku buat masa yang kurang sibuk sikit. Takdela terasa beban nak buat kerja tu.

No comments: