Lama aku peram ni dalam draft. Sekarang Darrien dah 3 tahun 6 bulan.
Lama dah tak cerita pasal Darrien kat sini…hmm…nanti
lama-lama lupa pulak. Meh sini mama Darrien nak coretkan. Sekarang Darrien dah
2 tahun 6 bulan. Dua minggu lagi masuk 2 tahun 7 bulan. Budak ni kadang
mencairkan hati kadang memanaskan hati maknya aje…sabo je la…tapi tetap la
penawar rindu intan payung sayang segunung.
Sekarang dia rajin sangat menyanyi..petang-petang lepas
ambik dia kat rumah mama gie masuk je “grey” (ni nama panggilan kete aku) bye
bye ikram kat atas rumah, lepas tu tutup tingkap kete sendiri. Masuk je jalan
besar walaupun aku nak u-turn akan terdengarlah suara “mama, straight”. Kadang aku turutkan tapi semenjak tol dah
naik ni rasa rugi je bayar singgit tujuh demi jalan yang tak berbaloi itu. Dia
nak jumpa kakak tol je pun. Aku yang kopak. Lepas tu sambil tunggu traffic
light, ada lagi suara “ mama, kut”. Dalam kete tak boleh kosong mesti ada
biskut walaupun cream cracker hup seng tu. Kalau tak, ada yang hempas kepala
kat pintu kereta meski perut masih kenyang makan nasi.
Sambil makan biskut tengok truck, bus, aeroplane…sumelah nak
di tegurnya. Ikutkan je la…lepas tu dengar la suara “mama, bus”…ni start dah la
ni…mengasah vocal aku. Dari masuk highway sampai la sampai ke simpang rumah aku
menyanyi. Dulu belum kawin zz suka kondem aku menyanyi pitching lari…tapi baik
dia berterima kasih kat aku sebab yang pitching dok lari ni la entertain anak
dia supaya dia dapat drive dengn tenang. Satu-satu dia mintak aku nyanyikan,
wheel on the bus, old mcdonald, itsy bitsy spider, rain rain go away, Thomas n
friends, abc song, 123 song,Daddy finger, etc. Daripada pengetahuan aku dua
lagu je nursery rhymes sampai la berpuluh lagu aku hafal sekarang. Kalau ada orang lain dalam kete tu,
nasibla….dia panggil suruh nyanyi sama.
Troma sapa tak hafal nursery rhymes.
Darrien ada speech delay tapi doktor kata perkembangan yang
lain bagus tak perlu risau apa-apa just keep communicating with him in full
sentence. Dia memang malas sikit nak develop sentence tapi kalau kitorang
berdua je kat rumah dan biasa masa aku dalam bilik air selalu aku dengar dia
menyanyi sorang-sorang lagu yang biasa kitorang nyanyikan. Ada dua tiga lagu
dia dapat habiskan walaupun ada sestengah perkataan sebutannya belum jelas
macam abc song dan itsy bitsy spider dan daddy finger. Bukan tak buat ayat
langsung Cuma kalau ada short cut memang dia pilih short cut. Stail pemalas
sikit cam aku..nak senang je.
Sekarang dia hafal ABC sampai Z lengkap dengan kenal huruf
dah, tapi huruf besar saje. Bagi huruf kecik tengok…. I boleh jadi 1. 123 dah
sampai 10. Nombor pun kenal jugak tapi dari 0 sampai 9 je. Bagi gambar no 10
dia cakap 1. Hehehehe…aku tak dapat nak ajar suku kata je ni…perlu ketabahan
tinggi nak ajar suku kata.
Sekarang pantang cakap perkataan ‘jalan’…kalau nak pegi
memana terpaksa la aku ngajak bapaknya speaking dalam rumah. Kalau tak selagi
tak keluar, tukar pampers taknak, minum susu taknak, asik nak ke pintu je….
Lepas tu kalau kena marah sikit muncungnya bukan main, bibir
terus tukar jadi huruf C terbalik. Siap pakej hantuk kepala sendiri kat
dinding. Kalau di pujuk terus memang tak jalan….kena biar dua tiga minit baru
panggil ok sikit. Lagi-lagi kalau
merajuk dengan bapaknya, selagi takde kepentingan untuk dia takkan dia pandang
bapaknya. Cuba kalau berhenti kat kedai….masa tu suruh peluk, suruh kiss semua
dia buat. yang penting dapat benda yang dihajatnya.
Lepas sebulan dia keluar dari hospital baru la nampak health
condition dia bagus sikit. Tapi aku tetap berjaga-jaga ni…tak boleh kena hujan,
tak boleh minum air sejuk , bagi makan scott emulsion sekerap mungkin, bagi
makan madu, elakkan makanan berminyak. Kalau tak aku jugak yang susah nanti,
bapaknya dah la kerap outstation lately, dengan keadaan aku sekarang lagi.
Semput tau. Temperature pun cepat naik bila cepat penat ni. Lepas marah anak ,
menyesal lepas tu nangis sorang-sorang….what kind of emotion la….
Badan dia pun dah start naik balik, hari tu stuck 15kg
beberapa bulan. Demam, selsema, batuk, semput…buat dia tak maintain je. Sekarang dah terasa berat bertambah. Elok la…kang balik kampung takde la kata
kesian kat anak aku muka dah panjang…padahal makan boleh tahan…kalau kat rumah,
celik mata minta toast bread sapu kaya biasanya success sekeping setengah kalau
lapar sangat 2 keping pun habis, susu sebotol lagi….tengah hari pukul 12 – 1
makan nasi. Kalau kena selera habis sesenduk penuh. Selang sejam dua, susu
lagi. petang makan roti atau biskut. Malam nasi lagi. kalau tak bagi nasi, plastik
roti, balang biskut semua dia buka. Sambil tengok tv kadang-kadang susu kotak,
biskut la…kalau ada kek makan kek, kadang potong buah takpun pisang sebiji.
Paling best main tangan dia la sekarang…gebu je…ada
isi…hehehehe…jari gemuk…dengan rambut gulung-gulung kaler tak berapa gelap.
Bapaknya taknak potong lagi. Ramai jugak yang tanya anak kakak ni laki ke
perempuan? Tidur nak kena peluk…kalau aku mengadap arah lain masa nak tidur
merajuknya bukan main…berpusing-pusing atas tilam tak puas hati. Paling
menyampah bila bayar duit tol, kalau perempuan muka cantik sikit dia punya
senyum siap angkat tangan bye bye lagi. Kalau lelaki, buat tak tau je. Perangai
menurun bapak ko le tu….lepas daripada to sengih-sengih cakap
“huhuhu…kakak..kakak…tik (cantik)”
No comments:
Post a Comment