Sunday, October 9, 2016

Smoothie Pisang Mentega Kacang/ Banana Peanut Butter Smoothie

Kan dah  janji nak bagi resepi smoothie pisang....inilah dia....aku buat semalam. Sedap, mengenyangkan dan kalau korang tak suka tambah lemak dalam badan, jangan letak mentega kacang tu...tapi kalau korang suka tekstur smoothie yang creamy....letak la sesudu....

Untuk aku, lepas ni tak nak letak dah sebab berlemak sangat rasanya. Kalau nak creamy tekstur, lebih baik kalau di gantikan dengan yogurt saja. Lebih menyihatkan. Tapi aku minum semalam dalam 300ml kot, memang kenyang. Aku minum pagi..selalunya sebelum lunch aku mesti cari kuih buat mengunyah..tapi semalam tak pun.


Smoothie pisang mentega kacang

1 cawan pisang (aku guna kiub pisang beku)
1 sb mentega kacang (creamy)
1 gelas susu segar (boleh ganti dengan yogurt jika suka)
1 sb madu (optional)
1.       Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2.       Boleh juga tambah bahan lain seperti chia seed, flax seed, serbuk koko atau kismis. Be creative!
3.       Untuk rasa yang lebih ‘frosty’ boleh tambah kiub ais semasa mengisar.

No comments: