Sebelum ada 2 anak selalu aku tertanya-tanya macam mana
keadaan rumah nanti. Sempat ke tidak, larat ke malas nak mengemas…tapi walaupun
aku bukan OCD mungkin kerana sifat diri yang tak suka berselerak aku gagahi
jugak mengemas walaupun hayat kekemasan rumah tu tak lama. Sekurang-kurangnya
aku tau rumah aku boleh dikemas asal rajin. Tapi tak sampai tahap yang
membanggakan la…biasa-biasa je.
Mujurlah anak nombor dua ni sangat ‘baik’ perangainya. Bukan
jenis menangis je kerjanya bila aku tak angkat dia atau tak ada kat
sebelah. Penido pulak tu. Jadi dapatla
aku laksanakan tugasan mingguan aku dengan berkesan. Semenjak adik ada ni, tak
banyak berubah pun tugasan mengemas aku tu. Masih lagi aku gemar mengemas
seawal pagi. Cuma aku kena pastikan adik kenyang bila nak keluar dari bilik dan
ada ‘break’ kejap selepas 2 atau 3 jam untuk susukan dia semula. Biasanya
diorang akan bangun pukul 10 ke atas semasa hujung minggu. Jadi aku ada cukup
masa untuk siapkan tugasan mengemas, membasuh etc. Paling magik semenjak
beranak dua ni….badan aku pandai pulak bangun pukul 6 walaupun semasa hujung
minggu. Dulu jangan harap la…..
Ada sesetengah benda aku ‘terpaksa’ lepaskan untuk tak di
selesaikan waktu hujung minggu. Pepandai la aku cari masa time weekdays nak
pastikan keadaan rumah bersih dan kemas. Contoh, aku utamakan pakaian keje dan
harian untuk di cuci. Jadi bedsheet atau alas kaki terpaksa aku cuci semasa
weekdays je. Contoh lain, kain yang kering di hujung minggu terkadang tak sempat
pun dilipat jadi aku akan cuba selesaikan masa weekdays je sebab kena bagi
perhatian kat anak. Kadang-kadang ada je aku bangun pukul 5 pagi masa hari
bekerja sebab nak selesaikan kain yang berlonggok atau iron baju.
Kesimpulannya, tak banyak berbeza rutin mengemas aku
sekarang. Sama je…masih lagi bangun awal pagi di hujung minggu untuk mengemas
cuma kena turun dari katil lebih awal dari dulu. Habis mengemas je terus
uruskan anak-anak yang baru bangun tido. Letih memang letih, tapi lagi letih
tengok rumah tak berkemas.
No comments:
Post a Comment