Tahun ni aku tengah merangka nak order kek apa. Nasib baik masih ingat lagi kek yang aku order 2 tahun lepas. Tapi gambar takde. Raya tahun 2013 aku order tujuh bijik kek lapis Sarawak. Banyak??? Banyak, tapi 2 daripada tu adik aku punya. Yang selebihnya aku share dengan orang lain. Tujuan aku order banyak tu sebab nak rasa sendiri air tangan kazen Zz sebab dia ambik tempahan kek jadi nak rasa la mana yang sedap mana yang tak kena kat tekak ni. Dia buat 1 saiz je 8x8. Tak cuba tak tau kannnnn….jadi aku pun melabur la banyak skit.
Aku order 5 jenis, Kek Lapis India, Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Coklat Cheese, Kek Lapis Intan Terpilih dan Kek Belacan. Adik aku pulak Kek Lapis India dengan Kek Lapis Selipar Jepun. Semua sedap. Cuma aku punya personal favorite adalah Kek Belacan dan Kek Lapis Intan Terpilih. Kedua-dua kek ni paling cepat habis berbanding yang lain.
Cakap pasal kek lapis ni..korang yang biasa pegi Kuching mesti tau berapa harga yang pengusaha kek lapis komersil lain jual kan? RM 10 je untuk seketul (8x8 di bahagi 3). Untuk versi homemade/buat bila hanya ada tempahan jangan expect harga yang sama ok. Harganya memang tinggi sikit.
Untuk Kek Lapis Intan Terpilih dengan kek Hati Pari rasanya takde masalah kalau nak kurier. Kos kurier tak murah jugak tau sebab kek Sarawak berat. Tapi untuk kek Belacan, eksklusif skit sebab ia dikukus. Lebih baik kalau ambik sendiri sebab kek kukus senang pecah tapi sangat berbaloi sebab sedap hingga menjilat jari. Tapi takleh jugak nak order banyak sebab sensitif sangat kek ni.
Lepas tu, masa beraya kat area rumah MIL jumpa lagi orang yang ambik order kek lapis jugak dan Kek Lapis Semen, kek Lapis Selipar Jepun dan Kek Teduhan Kasihnya sedap wehhhhh…..dah la tu..lapis semen dengan teduhan kasih tu dia yang cipta resepi sendiri katenyerr….lapis semen sebab masa tu kaki dia patah dan bersemen dan teduhan kasih tu sebab drama bersiri teduhan kasih tengah popular masa tu. Ni kalau semua aku order meriah kolestrol dalam badan aku!
*rasa macam nak buat kek sendiri jugak tahun ni....buat kek yang mana 1 ye??? yang penting no bake la....tu pun kalau Darrien bagi kerjasama......

1 lagi jenis yang aku tak order masa tu adalah Kek Hati Parek/Hati Pari. Sebabbbbb….tahun sebelumnya aku belasah kek tu 2 loyang (8x8) sorang ok..Zz adalah makan sikit2. Kebanyakannya aku yang belasah. Jadi, taknakla menu yang sama je kan..kita tukarla. Tahun lepas aku order Hati Pari tu 3 kali. Dahdah la tu…kasi can kat orang lain pulak.
Cakap pasal kek lapis ni..korang yang biasa pegi Kuching mesti tau berapa harga yang pengusaha kek lapis komersil lain jual kan? RM 10 je untuk seketul (8x8 di bahagi 3). Untuk versi homemade/buat bila hanya ada tempahan jangan expect harga yang sama ok. Harganya memang tinggi sikit.
Untuk Kek Lapis Intan Terpilih dengan kek Hati Pari rasanya takde masalah kalau nak kurier. Kos kurier tak murah jugak tau sebab kek Sarawak berat. Tapi untuk kek Belacan, eksklusif skit sebab ia dikukus. Lebih baik kalau ambik sendiri sebab kek kukus senang pecah tapi sangat berbaloi sebab sedap hingga menjilat jari. Tapi takleh jugak nak order banyak sebab sensitif sangat kek ni.
Lepas tu, masa beraya kat area rumah MIL jumpa lagi orang yang ambik order kek lapis jugak dan Kek Lapis Semen, kek Lapis Selipar Jepun dan Kek Teduhan Kasihnya sedap wehhhhh…..dah la tu..lapis semen dengan teduhan kasih tu dia yang cipta resepi sendiri katenyerr….lapis semen sebab masa tu kaki dia patah dan bersemen dan teduhan kasih tu sebab drama bersiri teduhan kasih tengah popular masa tu. Ni kalau semua aku order meriah kolestrol dalam badan aku!
*rasa macam nak buat kek sendiri jugak tahun ni....buat kek yang mana 1 ye??? yang penting no bake la....tu pun kalau Darrien bagi kerjasama......
No comments:
Post a Comment