gambar lama, botak kali ke-3 |
Sempena umur Darrien masuk 2 tahun ni…mama terasa nak menulis pasal Darrien pulak. Darrien sekarang dah pandai menari, bukan tarian balet tapi buat aksi bila mama dedi menyanyi nursery rhymes. Kat dalam kereta tugas mama menyanyi je tugas dedi drive, menyanyi dan menari kalau tak buat terus kena sound “Diiiiii………”. Kalau dia taknak dengar satu satu lagu tu, cepat je dia geleng kepala sambil cakap “nanak..nanak..nanaaaakkkkk…..”. Bila dengar qasidah pak Habib pun dia dah rajin bukak mulut..sambil dengar qasidah dalam kete kejap lagi keluar dari mulut dia “Allah”la, “Muhammad” la…walaupun sebutan dia belum jelas sangat tapi bolehla….dalam kete kalau dah pasang qasidah atau zikir jangan harap boleh tukar pegi radio..mengadap la 4 jam qasidah tu ulang-ulang tapi boleh tukar kalau lagu Barney and Friends.
‘Baba, bubu, ata, ata’
Minum teh cina |
Sebelum terlupa, hari tu mama Zie cakap Darrien tak tido petang mama pun bagi la minum susu awal sikit. Lepas minum susu terus mama ajak masuk bilik. Darrien pun panggil daddy, “Di, tup, do”(Daddy tutup tv, tido) lepas tu kita baring sama-sama kat tilam…tak sampai 5 minit lepas tu Darrien menyanyi “baba, bubu, ata ata” dan seterusnya. Mula-mula mama daddy diam je lepas 2 round Darrien buat macam tu terus kami berdua pecah gelak. Nasib baik lepas setengah jam Darrien tido jugak dapat la mama lipat kain daddy pulak dah lena dulu.
Big boy, suap sendiri |
Darrien suka makan mee, nasi kering goreng yang embah buat, berjalan memang nombor satu asal nampak mama bersiap je mula la tunjuk muka suka kehulu kehilir mengekor mama takut kena tinggal. Masa ni cium bontot pun takpe…yang penting dekat dengan mama. Baju kegemaran pun dah ada suka sangat baju yang ada gambar bas, traktor tu sampai baju dalam bakul kain kotor pun Darrien ambil nak sarung. Kalau order teh Cina kat kedai dia pun sibuk ikut minum jugak.
‘Tutu’
Main alligator vs ...... |
Darrien tengah berusaha nak cakap sekarang. Semua perkataan 2 suku kata jadi separuh rabbit - bit, nyamuk – mok, lizard – zerd, cat-tat, star-tar, mama-ma, daddy-di, air-i, abang-bang, adik-dik. Dog, cow, crane, truck, car, bus je betul setakat ni. Ahaa… ada satu perkataan 2 suku kata dia pandai sebut ‘turtle’ tapi cara dia sebut unik sikitlah…dia sebut ‘tutu’. Membebel ikut mood dia, bila dia happy sangat banyak la dia bebel, kalau tak keluar suara meraung je. Acik Nurin dengan Acik Dina sebelah rumah pun pandai panggil dah….nampak je…’cik yin’, kejap lagi ‘cik na’…dah la buat suara tu lemah lembut je….macam nak mengorat pun ada. ..kalau panggil mama bukan main kasar lagi…terkejut mama…
‘Maceh’
Cakkkkk....aaaaaa.... |
Kalau bagi atau terima barang dari dia sekarang bukan main bersopan lagi cakap terima kasih…ahaha…first time dengar nak ketawa sebab kecik and lembut je suara dia…tapi balas jugak la ‘sama-sama’ kat dia. Ohoiiii….sejuk hati mama asal bagi botol susu je ‘maceh’, bagi remote tv ‘maceh’ n blablabla….kalau nak marah pun tak jadi.
‘Ma, tut’
Dia tunjuk je, kita kena cakap |
Mmmuuuahhhh!!!! |
My hero |
Selamat hari lahir sayangku Darrien Rahman.
No comments:
Post a Comment