Bila anak tak sihat, ibu bapa tertekan anak lebih tertekan sebab tak tahu nak express kesakitannya. Gambar semasa Darrien admitted kali kedua. |
Tip yang aku nak bagi lebih kepada pencegahan dari serangan asma bukan merawat. Bagus jugak di jadikan panduan untuk elak anak sakit ringan seperti demam, selsema dan batuk ringan.
1. Masakan – kerapkan penggunaan herba seperti bawang putih dan halia dalam masakan kerana herba seperti ini antivirus, antibakteria, meningkatkan imunisasi dan boleh mencairkan kahak. Aku masak apa pun selagi relevan aku masukkan je bawang putih atau halia.
2. Kurangkan makanan berminyak – kawan aku pernah tegur aku makan keropok ikan masa tengah batuk, dia cakap kalau ikut perubatan Cina tak elok makan makanan yang berminyak nanti batuk lambat baik. So, aku pun kawal Darrien daripada makanan yang berminyak.
3. Elakkan minuman sejuk/berais – sekali sekala masa dia sihat aku benarkan minum tapi kalau ada tanda batuk dan selsema satu family dilarang minum. Kat rumah pun memang takde air masak/manis simpan dalam esbok.
4. Minyak bawang putih – ini first aid kat rumah, kalau ada sikit hingus meleleh atau batuk je terus aku buat minyak ni dan lumur kat badan dia. Nasib baik Darrien tak tolak bila lumur minyak ni, dia siap cubit-cubit bawang putih tu letak kat perut dia.
5. Minyak Batooka – minyak ni pertama kali diperkenalkan oleh seorang doktor kat Ulu Kelang. Sekarang dah simpan stok kat rumah. Kenapa? Sebab minyak ni berkesan untuk bantu melegakan pernafasan. Aku tau sebab masa aku selsema hidung tersumbat pakai minyak ni je, senang hidung nak bernafas. Rasa macam lubang pernafasan aku di buka semula.
6. Mandi air suam – kalau ada tanda, pagi petang Darrien mandi air suam. Walaupun dia dah besar tetap mandi air suam. Gigih masak air setiap kali nak mandikan dia.
7. Gunakan garam bukit dalam air mandian – ni sebagai salah satu usaha sebab aku ada terbaca pasal kebaikan garam bukit. Salah satunya meningkatkan sistem imun.
8. Minum air suam – bancuh susu dengan air suam. Lagi bagus kalau air kosong pun suam jugak.
9. Kismis sebagai snek – ni antara snek harian Darrien. Kismis bagus untuk memutuskan kahak. Madu je belum mula sebab pernah bagi dia luah. Mungkin tak dapat terima kemanisan madu masa tu. Nanti cuba lagi.
10. Scott Emulsion – Darrien suka sangat main air. Jadi aku bagi minum Scott hari-hari. Minyak ikan bagus untuk orang yang ada asma.
11. Elak terlalu letih – ni aku pun tak reti apa hubungan dia dengan asma. Tapi aku perhatikan Darrien kalau terlebih letih macam senang kena serang batuk dan selsema. Contohnya macam perjalanan balik kampung yang panjang. Badan dia letih. Senang jatuh sakit. Ubatnya, pastikan dia cukup rehat je la. Aktiviti pulak tak boleh terlalu aktif. Kiranya kena bagi dia masa sesuaikan diri dulu baru boleh kitorang ligat nak berjalan.
12. Bersihkan rumah secara sistematik - walaupun habuk bukan punca utama untuk Darrien selsema kami tetap kawal kebersihan dalam rumah. Paling tidak seminggu sekali vacuum dan mop. Cadar memang standard la seminggu sekali tukar dan cuci.
13. Pakaian yang kering dan selesa - Darrien kalau makan atau minum kotorkan baju memang tak sah. Jangan sesekali biarkan anak dengan baju yang lembab. Dada anak-anak yang ada asma sensitif. Tukarkan bajunya walau semalam dia tukar 3 kali.
14. Nebulizer – kalau terdapat tanda yang berat, terus kitorang neb dia. Mesin ni memang beli sebagai langkah berjaga-jaga untuk kawal keadaan dia. Ini untuk elakkan keadaan dia lebih teruk atau bantuan awal sebelum sampai hospital. Kalau kurang kami pantau je kalau masih sama terus la ke hospital.
Ni cuma pengalaman aku menguruskan Darrien. Tips untuk elak serangan adalah tidak terhad sebenarnya. Cuma ini amalan aku setakat ni. Ada jugak aku baca orang bagi anak minum susu kambing. Bagus jugak tu, mungkin aku boleh cuba bagi Darrien minum. Paling penting lebih awal kesan alahan anak lebih bagus. Dapat la mulakan langkah pencegahan yang lebih spesifik.
Darrien pantang dengan sejuk tapi tak boleh terlebih panas sebab dia ada eczema. Kena pandai-pandai kawal. Tentang kucing pulak, aku tak halang sangat dia nak main sebab setakat ni penyakit dia tak bereaksi dengan bulu kucing tapi bila dah puas dia main kami cuci kaki tangan dia. Takpun mandi terus.
P/s: ini adalah daripada pengalaman aku semata-mata bukan dari pandangan profesional. Sila rujuk pada yang pakar untuk maklumat yang lebih tepat.
No comments:
Post a Comment