Gambar dari Berry's Bakery website. Beli kek ni tapi topping blueberry sauce...the real kek daddy tak sempat snap. |
We’re soooooooooooooo happy Jumaat lepas!!! Adakah ayat dapat
itu menggambarkan seluruh kegembiraan kami? Mestila tak……sini aku nak cite.
Sabtu
lepas ialah hari ulangtahun kelahiran Zizi. Malam tu pukul 12++ kami bagi kejutan
birthday song dengan kek. Mula-mula pasrah je kalau Darrien tetido….tapi lepas
pukul 12 pun mata dia segar je….macam tau je mama ada plan nih……
Oh, mula dengan
balik keje plan nak beli kek….dah borak dengan Darrien kita skip pegi beli kek
dulu baru balik rumah. Tup-tup kat roundabout nampak kete daddy kat depan….takpe…daddy
selalu tak alert pun…even kalau kete mama lalu sebelah dia pun dia selalu tak
perasan. Tengok-tengok daddy pusing pukul 3 jugak…good…maknanya daddy belum
beli dinner la tuh…bagus sebab kalau dia pegi beli dinner mesti kami akan
sampai rumah dulu jugak…kita beli kek kejap je.
Lucky sebab Darrien was very
helpful….dia tak buat perangai pun kat bakeshop. Jumaat malam tu jiran jemput
kenduri doa selamat kat rumah. Ok, kek kita biar dalam kete nanti masa kenduri
balik kejap seludup kek masuk dalam rumah. Takut bawak awal daddy buka esbok
pulak.
Kek berjaya di seludup….kami balik kenduri awal sikit. Daddy balik
kemudian. Malam tu lepak kat bilik je dengan Darrien kalau dia nak tido. Tapi sampai
pukul 12 lebih dia tak tido…..daddy pulak dah mula tido…….ok lah...jom Darrien
nyalakan lilin…..tapi esbok terbuka skit….daddy ada buka esbok kot….ahhhh…tak
kisah la pecah rahsia pun…
Darrien semangat sangat tengok mama nyalakan lilin…"api..api..api.."dia
cakap…bila masa dia belajar xtau lah. Lepas tu gigih sebelah tangan bawak kek
sebelah lagi pegang Darrien. Jap lagi kita tutup lampu.
Lepas tutup lampu baru
la cantik kek dengan lilin terpasang……kejut daddy suruh bangun….Darrien pun
tolong kejut jugak….”Daddy….diiiiii….” sambil tangan dia tepuk-tepuk daddy.
Lepas tu jerit happy birthday sama-sama. Yeayyy!
Kita nyanyi birthday song….mama
paling tak sangka masa ni la…mama pun dapat surprise jugak sebab mama ingat
Darrien akan jadi tukang tepuk tangan je. Rupanya Darrien pun nyanyi birthday
song jugak sama-sama dengan mama untuk daddy…...mama tak pernah ajar pun
sebelum ni…Darrien cuma tengok video anak kawan mama je sekali sekala…rupanya
Darrien ada angan-angan jugak yeeee….takpe next week kita organize untuk
Darrien pulak.
Sebenarnya bawak kek wish dekat daddy tu bukanla benda baru…tahun
lepas pun mama buat jugak..cuma tahun lepas Darrien baru setahun dan dah tido
masa tu. Cuma tahun ni Darrien panjang akal sikit nak join mama celebrate
birthday daddy. Daddy pun tak sangka Darrien akan nyanyi untuk daddy jugak sebab Darrien belum fasih bercakap lagi. Cakap pun sekerat-sekerat. Mama
rasa itula yang paling menggembirakan daddy, anak dia pun ikut sama celebrate
walaupun sebutan tak berapa jelas lagi.
Dan kisah malam tu berakhir dengan
makan sepotong Bluberry topping cheesecake dan tidoooooooooooo…..zzzzzz…..
No comments:
Post a Comment