kredit picture: google |
1. Minum susu badam
Jika tak gemar mengunyah badam, dapatkan khasiat kebaikannya untuk badan daripada susu badam. ia bukan saja sumber mineral dan nutrien malah kaya antioksidan serta vitamin E untuk membalikkan tanda penuaan dari dalam ke luar.
Memandangkan kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah daripada susu biasa, susu badam enak dijadikan minuman smothies bagi menggantikan nasi lemak untuk sarapan.
2. Lulur sebelum sapu pelembap
Manjakan tubuh lesu, kusam dan kekeringan dengan lulur antara dua ke tiga kali seminggu. Menurut pakar, 75 hingga 90 peratus habuk di rumah berpunca daripada sel kulit mati pada tubuh.
Justeru melulurnya dengan pembersih khas atau menggunakan berus kering yang lembut dapat membantu menganggalkan sel kulit mati ini di samping kekotoran yang mungkin sudah terlalu lama melekat di tubuh.
3. Kerap melakukan urutan
Untuk menyerikan lagi kulit, dapatkan rawatan urutan tubuh sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Urutan membantu merangsang peredaran darah yang sangat berguna untuk bahagian badan tidak aktif seperti paha dan bahagian atas lengan.
Dapatkan teknik yang berlainan seperti urutan saliran limfa, urutan tisu hingga jauh ke dalam atau refleksilogi untuk kesan optimum.
Tulisan ini merupakan petikan daripada Khasiat Sel Asli Pokok Badam, Khamis, 16 April 2015 @ 1:09PM
No comments:
Post a Comment