Apabila bercakap mengenai fesyen tudung terkini, pasti ramai diantara kita yang amat arif mengenainya. Lebih-lebih lagi bagi golongan hijabista yang memang gemar bergaya dengan trend tudung yang moden dan unik. Dalam erti kata lain, trend tudung terkini sentiasa berubah-ubah mengikut kreativiti si pemakai dan kadang-kadang menjadi ikutan ramai, kadang-kadang…..ko sorang je yang pakai hahaha….. Seperti trend tudung Siti Nurhaliza yang pernah menjadi ikutan suatu ketika dulu, diikuti trend tudung Ainan Tasneem. Nak jadi trendsetter, korang kena bereksperimen dan apa yang penting, fungsi tudung itu sendiri masih dikekalkan.
Tudung bawal boleh dikatakan jenis tudung evergreen
dan paling simple. Walaupun ringkas, dengan idea yang kreatif, korang boleh
mempelbagaikan cara pemakaian tudung bawal sehingga boleh kelihatan moden
seperti ini. Tudung bawal pun dah mengikut peredaran zaman tak kosong macam
dulu, sekarang ada bawal bercorak dan bawal pelangi lagi.
Sama juga dengan penggunaan shawl. Rekaan shawl lebih
luas ada jenis glitter, satin, cotton dan chiffon. Senang nak sesuaikan
penggunaan mengikut majlis yang di hadiri. Ada yang murah, ada jugak yang mahal
nak rak. Yang pasti bergaya ikut kemampuan masing-masing. Apa yang perlu korang
lakukan hanyalah bijak membuat gaya kontemporari yang unik agar kelihatan
trendy. Kalau kena gayanya, yang murah pun boleh kelihatan ekslusif.
Dan jenis tudung yang paling trending sekarang adalah
instant shawl! Kalau korang lihat di laman Facebook atau Instagram, banyak
peniaga-peniaga yang sibuk mempromosikan koleksi instant shawl dengan harga
yang cukup murah dan peminat instant shawl ni bleh tahan jugak ramainya sebab selain
murah dapat jimat brooch pin katanya...sap sap suii… dah siap...tak payah nak
letak pin lagi. Selain tu menjimatkan masa. Takde la cik abang bising. Asal nak
keluar je mengadap cermin bukan main lama lagi. Kalau pakai instant shawl ni
sarung je pastu betul-betulkan sikit dah siap.
Pretty and presentable kata orang putih.
Pretty and presentable kata orang putih.
No comments:
Post a Comment