Jumaat lepas ZZ pegi meeting taman. Balik
dari sana selain agenda utama perbincangan dia share dengan aku ada dia bagi
tau jiran setaman kami ada yang kongsi saluran air kat sinki diorang perlahan.
Rumah aku ok je, taknak fikir negatif sebab aku masuk rumah lewat setahun dari
diorang.
Cuma besar kemungkinan aku syak diorang tuang lebihan minyak masak
terus ke dalam sinki kot. Logiknya kalau masak seminggu sekali pun dan setiap
minggu tuang walau lepas tu simbah dengan air panas pun lama kelamaan mesti
sedikit demi sedikit minyak melekat kat saluran air tu.
Macam colleague aku, dia memang tuang dalam
sinki. Walaupun dah cairkan dengan sabun pencuci pinggan dan tuang air panas.
Lama kelamaan pasti akan tersumbat.
Di rumah aku, lebihan minyak masak memang
aku takkan buang ke dalam sinki. Mana aku buang? aku sejukkan dulu minyak tu
kemudian masukkan minyak ke dalam botol mineral. Bila dah penuh, aku masukkan
ke dalam tong sampah dan buang macam sampah biasa.
Aku belajar ni dari kakak ipar aku. Dulu
diorang tinggal kat apartment, sebagai penduduk bertanggungjawab diorang tak
buang lebihan minyak ke dalam sinki. Diorang tuang dalam botol air mineral
kosong. Tak dapat aku bayangkan kalau
orang lain tak fikir pasal ni. Sebab apartment, flat, kondo ni salur air limbah
dia bersambung-sambung. Kalau ada penduduk yang tak bertangunggjawab, cepat la
tersumbat.
Sebab tu, untuk rumah aku aku buang minyak
dalam botol plastik. Walaupun cara aku tak cukup ‘hijau’ sekurang-kurangnya aku
tak buang minyak terus ke longkang yang boleh sebabkan longkang berminyak,
tersumbat dan berbau.
Hmmm…mungkin ni juga punca tikus suka masuk
jiran sebelah rumah ikut salur longkang dapur. Ada bau yang menarik perhatian
cik tikus ni kot. Setakat ni, semut, lipas atau serangga lain tak datang dari
saluran longkang dapur tu. Bau pun takde.
2 comments:
Salam. Hee idea yang bagus boleh dipratikkan juga.
Tiga lalat: terima kasih.
Post a Comment