Esbok pertama aku kecik je, lebih
kurang 170liter saiznya….beli second hand je masa tu…baru nak belajar hidup
sendiri…beli setakat yang mampu je la…tak nak hutang banyak-banyak, lagipun
barang lain pun perlu jugak. Esbok 2nd tu pun banyak berjasa, 5
tahun lebih pakai baru la tukar. Ia masih elok cuma tak sesuai lagi dengan
agenda masakan aku…hehehee…sekarang dah sedekah kat orang dah esbok tu. Sebenarnya,
duit aku dah nak cukup penghujung tahun 2014 dulu...tapi tahun tu mak dapat
panggilan haji ….jadi aku hulurkan duit yang terkumpul tu untuk belanja mak dan
ayah ke Mekah…so, kenala kumpul semula…heheheeee…
Selepas tu, perlahan-lahan duit
nak beli esbok tu terkumpul semula…sampai la aku dapat beli sebijik esbok
bersaiz 700liter. Tu pun, niatnya nak beli side by side door…tapi sebab masa tu
pregnant….nak jimatkan duit, beli yang 2 pintu yang biasa tu je… J
kalau beli ikut nafsu memang lagi seribu melayang untuk saiz esbok yang sama (eh, macam ayat iklan trivago plak)….tapi
tu la…beli ikut keperluan….bukan kehendak…
Masa nak beli esbok besar tu pun
agaknya laki aku terkejut jugak…padahal untuk saiz family aku ni patut cukup
setakat 400 – 470 liter je. Tapi, sebab aku tau aku ni memang suka ke
dapur..aku teruskan jugak. Kalau pasal barang kat dapur, tolong jangan lawan
ye…. I know better…hehehe…sebab sekarang esbok tu tak pernah lapang….ade je
sesuatu kat dalam tu.
Banyak kelebihan esbok besar ni,
kalau terlebih rajin masak pun tak de nak risau lagi…simpan saja lebihannya
dalam esbok…nak makan nanti panaskan je. Boleh juga buat menu ‘in advance’
supaya bila ada hari terlewat sampai rumah, boleh keluarkan frozen food je. Stok
lauk pauk memang cukup untuk seminggu sekali beli. Nak beli lebih tak dapat
sebab freezer penuh dengan susu Inarra sekarang. Paling selalu bekukan kuih
muih. Bila nak makan, cuma kukuskan semula je. Teramat senang dan memudahkan.
Bahagian bawah pulak, penuh sebab semenjak beli esbok baru ni aku masak hampir
setiap hari. Jadi, bahagian bawah penuh dengan sayur-mayur, perencah makanan
dan sebagainya. Hari tu buat kimchi senang-senang sumbat 3 balang dalam esbok
dah takyah nak risau tak cukup space lagi dan tak perlu nak buat kerap-kerap.
Sekali buat untuk stok sebulan lebih.
Biasanya hujung minggu tu kami luangkan masa
lebih kat dapur untuk potong sayur, blend bawang dan sebagainya. ‘Kami’ ye
sebab Zz pun tolong sekali bagi cepat proses tu. Senang nak masak bila balik
kerja…campak-campak je…setengah jam atau lebih kurang 40 minit hidangan lengkap
dah siap untuk di makan. Memang ekonomi dan puas dapat makan hidangan yang
keluar dari dapur sendiri. Dengan ekonomi yang terlalu menekan zaman sekarang
ni, aku rasa berbaloi investment aku beli esbok besar gabak tu. Daripada amaun
yang sama tu beli handphone…barbaloilah beli benda gabak tu. Terjaga perut
keluarga aku.
Setakat ni, penggunaan elektrik untuk esbok besar tu ok lagi. Sesiapa yang berhajat esbok baru, nak beli tu pastikan ada esbok dengan inverter, sebab esbok ‘on’ 24/7. Inverter tu amat membantu untuk kawal penggunaan elektrik.
Walaupun dah ada esbok gabak, aku
tetap simpan angan-angan nak esbok yang side by side jugak….suatu hari nanti pasti
beli…iyelah…lifespan esbok kan 10-15 tahun je….nanti kite belilah baru, dapat
refresh suasana dapur...hehehehe….
So, ciri-ciri untuk aku beli
esbok masa tu adalah…..
- 550 liter ke atas – untuk storage yang besar, tapi aku beli 700L. Untuk esbok aku, kapasiti untuk bahagian sejuk beku saja dah 150L. Berguna sangat untuk mak beranak kecik macam aku.
- Inverter – wajib ni, nak jimat tenaga elektrik
- Side by side – tak dapat…beli normal 2 door je
- Deodorizer – ini untuk keep food fresh longer n esbok tak berbau. Lain brand lain namanya.
- LED lighting – supaya interior menarik…hehehe…
- Kaler hitam
- 2 vege drawer – ini untuk separate tempat buah dengan sayur atau bahan mentah kering yang berbau dengan bahan kering yang tak berbau. Contoh, satu simpan stok ikan bilis, ikan masin atau belacan so sebelah lagi simpan sayur dan buah. Tak lah terjejas bau antara satu sama lain. Tau-tau je la…simpan ikan masin dalam bekas bertutup pun kadang-kadang keluar lagi baunya.
No comments:
Post a Comment