Ahad lepas ada nasi tak habis ngam-ngam sukatan nak buat
apam nasi. Teringin buat sendiri. Senang je…. Ingatkan renyah…rupanya simple je
caranya. Buat satu adunan tu dapat 2 kali kukus. Banyak jugala…yang lebih tu
simpan dalam freezer nanti bila-bila nak makan lagi kukus semula je. Tak payah
nak membancuh adunan lagi. Sebab buat malam, tak sempat nak hantar kat jiran
bagi rasa. Next time je la…dah la togel je takde kelapa parut.
Resepi ikut dari blog Yatiememories. Terima kasih kak Yatie.
Disebabkan mereka-mereka yang rajin menulis ni la aku dapat belajar buat kuih.
Nak belajar dengan mak sendiri jarang-jarang jumpa. Bila dah jumpa tak sempat
pun nak belajar masak. Asik layan anak je. Tau-tau kuih dah siap masak. Tanya
resepi katanya agak-agak saje…aduhhh..macam mana la nak belajar.
Ni resepi dari blog kak Yatie.
Bahan-bahannya.
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 1/2cwn gula pasir
- 2 1/2 cwn air
- 2 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
- Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
*semalam tu buat guna tepung beras 1 ½ cawan je. Kalau nak
tunggu cukup sukatan alamat takkan jadi la cuma lebihkan sikit tepung gandum tu. Lepas tu gula pulak 1 cawan campur
½ cawan lagi gula perang. Hasilnya lembut juga dan manis pun sedang-sedang.
No comments:
Post a Comment